Total Pageviews

Wednesday 17 April 2013

My Favourite Collections - English Style Decoration

Suatu ketika dulu, aku minat sangat pada koleksi hiasan, cara hias dan hiasan yang bermotifkan timur tengah. Aku suka pada ukiran ayat-ayat al-quran pada dinding kayu atau bidai pemisah antara ruang. Aku suka ukiran dan corak ala arab yang terpapar juga di dinding. Pada masjid misalnya. Aku suka warna-warna keemasan. Aku suka dengan kilauan biasan lampu chandelier cantik tergantung di tengah-tengah ruang. Aku suka barangan berkilau seperti kendi atau cerek air yang orang bawa balik dari Mekah. Hingga aku suka juga kepada bekas cantik yang orang arab pakai untuk merokok tu, lupa dah aku apa yang sepatutnya aku namakan dia, oh ya.... orang panggil 'shisha', sorry padahal aku dah pernah try sekali dalam dua tiga kali sedut di rumah kawan aku yang berbangsa Iraq, tak salah kan....terkejut ke...? Aku pernah menyimpan hasrat untuk menghiasi seluruh ruang rumahku dengan hiasan ala timur tengah. 
Shisha ( gambar dari Mr Google)

Banyak sangat berangan tapi aku sebenarnya akur, mana aku nak dapat semua tu jika tiada ongkos untuk membelinya. Maka angan-angan itu aku simpan saja dalam koleksi cerita impiannku. 

Lepas tu.... lepas satu.... satu..... aku melihat koleksi majalah yang memaparkan pelbagai corak hiasan dalaman. Susah untuk mencari yang bermotifkan ala timur tengah ni. Tapi aku ada pilihan kedua. Corak hiasan gaya inggeris country style. Walau pun setengah orang tak suka sebab nampak berserabut tapi aku tetap juga suka. Minat setiap orang kan lain-lain....

Dalam masa aku bermukim sementara di Adelaide ni, ada pula peluang aku mencari banyak barangan second hand, apa lagi dengan harganya yang murah-murah (yang mahal aku tak belilah), aku rasa aku dapat merealisasikan impian aku yang terangan-angan dan tersimpan selama ini. Apa saja yang aku tertarik dengan harga yang patut, aku cuba dapatkan. Dah minat dan ada pula peluang, tak hirau apa orang nak kata... itu macam sampah ke, tapi itulah minat aku kan.... Bolehlah aku start kumpul koleksi.... 

Antara yang aku kumpul... antaranya saja tau, aku tak tunjukkan semua... setengahnya dah packing masa ambik snap ni...
Koleksi majalah country style.
Nampak gaya english.... no worries if tak ori pun...
 Motif bungaan atau buahan hingga pada pinggan mangkuk.
Pada meja makan kecil aku....
Masa aku masukkan gambar ni....almari hampir antique aku tu dah terjual melalui Gumtree....
Sebahagian koleksi rak....
Kerusi kesayangan aku ni adalah pemberian landlord aku masa mula-mula masuk rumah ni dulu, sarung kusyennya berwarna plain dark blue. Bila aku jumpa kain perca ni kat kedai second hand dan murah, aku cantumkan dan jahit buat sarung kusyen ni....
Serabut sangat ke....? Gambar atas sebelah kanan tu, adalah dua bekas penggantung toilet paper. Salah satu yang berbunga-bunga tu, aku jahit sendiri.
Lepas tu ada lagi lebihan kain perca tu, tak nak bazirkan, dan bakinya aku buatkan ala-ala table coaster ni... saja-saja hobi....

 Bila diletakkan bersama, kiranya dah jadi macam satu set la ni.....
Yang ini pun aku jahitkan satu lagi untuk salah seorang teman rapat kat sini sebagai simple birthday gift setelah tahu dia amat berminat dengannya. Nampaknya kami berkongsi minat yang sama, memang pun...
Bed spread
Patch work, aku dah kumpul beberapa, amat aku suka.
Hingga kepada benda-benda gini, sorry sebab dulu-dulu aku tak dapat main ngan semua ni.... :-)
Kotak sebegini pun aku suka. 
Berangan sangat  pun ya jugak aku ni. Apa salahnya dengan hobi, asal tidak melanggar hukum, tidak menganggu atau menyusahkan orang. Asal kita selesa, sedap mata melihat, sejuk hati berada dalam suasana yang kita suka. Bukan menunjuk tapi ingin mengongsi jika ada mereka yang mempunyai minat yang sama. 

2 comments:

  1. masyaAllah. hebatnya kak nani.
    saya ni setakat jahit butang dgn jelujur bodo-bodo, boleh la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Is... Itu pun kira menjahit juga laa.... :-)

      Delete