Total Pageviews

Wednesday 18 July 2012

MiNi AkOk BuLat



Bestnya bila dapat makan akok kat Adelaide ni. Bukan apa... ia kan makanan tersohor dekat Kelantan. Lebih-lebih lagi dekat-dekat dan dalam bulan puasa ni, teringat kat akok. Nak buat bukan kata payah sangat pun... cuma nak kena ada acuan yang sesuai. Lepas tu pula kena belanja lebih sikit untuk telur, santan dan gula melaka. Jika tak cukup bahan, tak lemak berkrim, tak lembut... maka tak akan sedap rasa akok tu nanti.

Kebetulan masa ke garage sale hari tu, ada la ternampak muffin maker ni... so hubby pun belilah dengan niat nak membuat kuih akok, bukannya nak buat muffin. Sekalipun bukanlah bentuk akok tu bulat malah bujur sebenarnya, tapi nak cari acuan tu, bukannya senang. Memang ada yang real punya bentuk pernah aku buat sebelum ni kerana pakai acuan omellete maker, tapi sekali bakar hanya dapat menghasilkan dua biji kuih akok je... lambatnya. Pastu dah lah lama nak tunggu masak tu... hampir sepuluh minit untuk sekali letak. Sebab dia besar sikit, maka bolehlah dipotong 2. Masih tak berbaloi jika kita berniat nak buat banyak untuk menjamu orang.

Oppsss.... masih kurang satu kat tengah...
Haaa.... inilah yang aku kata buat pakai acuan omelete maker dulu tu... dapat hasil dalam bentuk asli akok. Cuma lambat sikitlah... ambil masa.


Semasa menuang bancuhan akok ke dalam acuan muffin maker.....

Dah ada bekas acuan tu... kenalah cuba buat kuihnya pula kan... nak tengok apa bentuk yang terhasil nanti. Resepinya aku cedok resepi dalam internet je dan adjust sikit-sikit. Terima kasih kepada penyumbang resepi akok yang aku pakai ni. 

Dah dituang bancuhan tu, pembakar ini ditutup sekejap...

Separuh kembang.... Bila dah begini, terbalikkan dan tutup lagi. Nampak dah mula mengecut sebagaimana rupa kuih akok.

Jika nak lagi kembang, jangan terbalikkan dan jangan buka acuan. Biarkan dia tertutup dan mengecut sendiri. Memang akan nampak macam rapat-rapat dan melekat, tetapi ianya boleh dipisahkan nanti....

Nanti jadi macam ni... macam bunga reflessia pun ada....

Siap sepinggan akok, nak membuatnya bukan main lama, tapi memakannya sekejap je boleh habis. Cubalah... sedap dan puas hati....
Posted by Picasa

No comments:

Post a Comment