Total Pageviews

Friday 13 July 2012

Kisah Sup Ekor Adelaide


Mendengar keceriaan seorang rakan di sini bercerita tentang sup ekor yang selalu dia booking dari salah sebuah halal butcher di sini, aku pun jadi terliur nak merasanya juga. Dah lama tak menghirup sup ekor ni sekali pun masa balik Malaysia lebih 6 bulan lalu. Di Malaysia pun, sup ekor ni termasuk dalam kategori makanan mahal juga la kan. Aku tak la pasti sangat, cuma aku agak semangkuk sup tu berharga lebih rm6 but not sure now. Dahlah tak banyak pun isinya dalam tu, mungkin dalam 2 ketul je. Nak beli yang mentah pun aku rasa sekarang ni lebih rm20 untuk sekilo.

Teringat kepada satu babak ringkas setiap kali makan sup ekor ni. Suatu hari tu aku ke satu butcher yang biasa aku pergi, dengan ada niat nak bertanya kot-kot ada ekor lembu yang dijual pada hari tu. Sebelum ini tak pernah terlintas untuk aku bertanya kat mana-mana butcher pun pasal ekor lembu ni. Aku sebenarnya tak tahu apa orang panggil  untuk perkataan ekor ni. Selepas membeli beberapa perkara pada bahagian daging ni, aku memberanikan diri bertanya, "just want to ask, do you have a cow tail? Orang butcher tu jawab, "we do, in the store and need to cut if you want". 

Aku belum yakin, betul ke itu ekor lembu? Aku tanya lagi, " but that part was really tail from cow alright?" Sambil tangan aku masa tu dengan secara tak sengaja diletakkan dibelakang punggung sambil menunjukkan gaya ekor lembu. Dua penjual itu senyum-senyum pulak, lucu dengan gelagat aku agaknya. Salah seorang menjawab, " yes, yes... that the long one", sambil tersengih lagi. Aku pulak yang jadi malu, "sorry, but I don't know what to call it". Dalam hati..." malunya aku...". Selepas itu baru aku tahu, rupanya ia di panggil "ox tail". Maklumlah vocab aku tak banyak.....

Selepas daripada itu, aku kerap datang membeli ekor lembu kat butcher itu. Puas hati dah memakannya. Untuk membelinya kena datang awal ke kedai, takut-takut ada orang lain yang terlebih dulu datang membelinya. Hanya sekali dalam seminggu je dia ada. Dekat butcher ini aku mendapat harga aud5.50 perkilo. Ada satu butcher lagi berharga aud7.50. Banyak pula perbezaan harganya. Biasalah kat sini. Tak pelik jika satu kedai dengan satu kedai lagi berbeza harga. Memakannya pula macam biasalah aku... dua tiga ketul makan dah mula muak. Berlemak sangat.
 
Sesekali untuk menghilangkan rasa muak, sedap juga makan nenas ni selepas makan sup. Dicicah pula dengan sambal kicap yang pedas. Resepi buat sup tu tak payahlah nak cerita, macam biasa-biasa juga. Tapi yang bestnya bila selalu dapat pujian daripada hubby... :-)...
Posted by Picasa

No comments:

Post a Comment