Total Pageviews

Friday, 20 April 2012

KiSah RaJa Dan PenGeMis

Sejak tiga hari yang lalu, kepala aku asyik berdenyut-denyut je. Penat sangat kah masa aku di Wallaroo tu? Entahlah, tapi aku hanya berehat sehari je selepas balik. Itu pun tak juga, kena kemas dan basuh semua baju kotor yang dipakai di sana. Mesin basuh pulak macam nak buat hal je. Bisingnya mengalahkan orang tengah bertukang. Jangan lah rosak, mahalnya nak cari duit ganti baru. 

Jika tiga hari lepas, aku gagahi juga diri ini ke gym. Tapi hari ni aku dah tak larat lagi. Malam tadi macam nak demam. Panas sejuk terasa badan di samping kepala masih berdenyut sakit. Dua tiga kali telan panadol pun tak ada kesan langsung. Jadi hari ni aku berehat ajelah kat rumah. Hubby kata kena berehat dan jangan buat apa-apa yang boleh menambahkan lagi sakit kepala. Jangan main game atau duduk depan komputer. Tak boring ke aku nanti....

Tapi aku cuba juga lelapkan mata. Bila aku terkejut, bangun dan pandangan aku makin berpusing. Jadi lebih baik aku buat kerja. Aku lipat kain yang berlonggok macam gunung tu, settle, aku basuh bathtab, aku sental sinki bilik mandi, bersih, dan aku masak makanan yang hubby claim sejak dua hari lepas, siap. Cuma tidaklah dia mengharap bila aku demam begini. Tapi aku nak buat surprise juga, tak bagitau dia awal-awal. Nanti dia jadi cepat lapar pula dekat Uni. Aku cuma cakap aku goreng ayam garam kunyit  je. Tak adalah apa sangat, cuma hari tu dia tiba-tiba nak bagi aku tugas. Ingatkan tugas apa, rupanya dia minta aku masakkan dia nasi arab yang ada daging di dalamnya, bersama ayam berempah. Ini mesti kes tengok gambar dalam internet la ni..... Aku apalagi, demam-demam pun, on the way balik dari hantar dia ke Uni tadi, terus ke butcher  nak cari beef rib. Beli sekilo cukuplah. Tapi sorrylah, aku goreng ayam tu terhangus sikit, biasalah, banyak sangat rempah yang menyalut.

Sebenarnya aku teringat sesuatu masa aku baca Quran lepas solat zohor tadi. Pada surah Muhammad ayat ke 36 di mana Allah telah berfirman yang lebih kurang membawa maksud " sesungguhnya kehidupan di dunia ini hanyalah seperti permainan dan hiburan, jika kamu beriman dan bertakwa, Dia akan memberi kamu  balasan pahala kamu, dan Dia tidak akan bertanya tentang harta benda kamu". 

Aku menjadi sayu ketika itu. Aku teringat dalam dua tiga hari lepas, ada seorang sahabat telah menghantar sms dari Malaysia kepada ku. Katanya bagaimana nak menjadi orang yang baik-baik dan menjadi insan yang rasa berkecukupan pada harta dunia. Dia merasa seperti terlalu mengejar dunia kadang-kadang. Aku cuma dapat menenangkan dia dengan kata-kata perbincangan antara kami sehingga akhirnya dia sedikit tenang. Aku pun bukanlah orang yang layak untuk mengulas sesuatu.

Kita tahu yang setiap perkara ada penyelesaiannya. Sebagaimana setiap penyakit juga pasti akan ada penawarnnya. Keadaan ini mengingatkan aku kepada suatu kisah pengajaran yang boleh kita ambil iktibar daripadanya..... Iaitu kisah antara seorang raja dan seorang pengemis....

Suatu ketika seorang raja telah keluar bersama para pengiringnya untuk menikmati udara pagi yang nyaman. Di perjalanan dan dicelah-celah orang ramai, raja ini telah terserempak dengan seorang pengemis. Raja ini  telah menyapa pengemis, "Wahai pengemis, apa yang engkau mahukan dari ku"?. Si pengemis itu tersenyum dan berkata, "Tuanku bertanya seakan-akan tuanku dapat memenuhi permintaan hamba". Raja terkejut dan rasa tercabar, "Tentu saja aku dapat memenuhi permintaan mu, apa saja yang engkau mahu, katakanlah". Jawab pengemis, "Berfikirlah dua kali wahai tuanku sebelum tuanku menjanjikan apa-apa".

Rupanya pengemis itu bukanlah sembarangan pengemis, namun sang raja tidak merasakan hal itu. Malah timbul pula rasa angkuh dan tidak senang hati pada diri raja kerana mendapat nasihat dari seorang pengemis. "Sudah aku katakan, aku dapat memenuhi permintaan kamu, apa sahaja! Kerana aku adalah raja yang paling berkuasa dan kaya-raya". 

Lalu dengan penuh merendah diri, si pengemis telah menghulurkan mangkuk penadah sedekah lalu berkata, "Tuanku isilah mangkuk ini dengan apa yang tuanku inginkan". Raja menjadi tercabar dan memerintahkan para pengiringnya untuk mengisi penuh mangkuk pengemis yang dianggapnya kurang ajar ini dengan emas. Anehnya semua emas yang diletakkan tidak dapat memenuhi mangkuk pengemis. Tidak mahu kehilangan air muka di hadapan rakyatnya, raja memerintahkan bendaharanya mengisi lagi mangkuk itu dengan emas, tetapi masih belum dapat memenuhi mangkuk itu lagi. Tetap kosong. Bahkan segala harta raja juga telah habis diisi, namun  mangkuk pengemis itu seolah tiada dasar dan berlubang. 

Dengan perasaan yang tak menentu, tiba-tiba sang raja jatuh tersimpuh di kaki si pengemis, ternyata dia bukan pengemis biasa, dengan suara yang tersekat-sekat dia bertanya, "Sebelum berlalu dari tempat ini, dapatkah tuan menjelaskan, terbuat dari apakah mangkuk sedekah ini"? 

Pengemis menjawab sambil tersenyum, "Mangkuk itu terbuat dari keinginan manusia yang tanpa batas. Itulah yang mendorong manusia sentiasa bergelut dalam hidupnya". "Ada kegembiraan, ghairah yang memuncak di hati, pengalaman yang mengasyikkan dikala mereka menginginkan sesuatu. Ketika akhirnya apabila mereka telah mendapat keinginan itu, semua yang telah mereka dapatkan itu seolah tidak lagi bererti. 

Semuanya hilang ibarat emas, intan dan berlian yang masuk ke dalam mangkuk yang tak beralas itu. Kegembiraan, ghairah dan pengalaman yang mengasyikkan itu hanya berlaku dalam proses untuk mendapatkan keinginan itu. Begitulah seterusnya, selalu datang keinginan yang baru pula. Manusia tidak pernah merasa puas malah selalu merasa kekurangan, kerana kekuasaan itu boleh cenderung untuk berlaku tamak.




Raja itu bertanya lagi,"Adakah apa-apa cara untuk dapat menutup alas mangkuk itu"?

"Sudah tentu ada, iaitu rasa syukur terhadap segala sesuatu yang telah engkau miliki. Jika engkau tahu bersyukur, itu akan menambah nikmat padamu". Ucap sang pengemis itu,  sambil ia berjalan yang kemudiannya menghilang.

Kisah yang menyentuh hati kita semua, peringatan kepada diri sendiri, tazkirah yang sentiasa menunjuk jalan kepada kita supaya tidak bersikap lalai terhadap ke arah manakah sebenarnya jalan kita.....

Posted by Picasa

Tuesday, 17 April 2012

3 HaRi DuA MaLam Di WaLLaRoo

Telah lama merancang. Kira-kira dua bulan yang lalu ketika masih fresh lagi aku baru balik dari Malaysia ketika itu. Tak lama masa berfikir, aku bersetuju saja ajakkan dua orang sahabat yang merancang untuk bercuti hujung minggu ke Wallaroo selama tiga hari dua malam. Sebenarnya ini adalah kali ketiga aku ke sana. Namun aku terima juga ajakkan dua sahabat yang belum pernah datang lagi ke sini.

Wallaroo sebenarnya terletak kira-kira 160 kilometer dari Adelaide. Kami memandu selama lebih kurang dua jam. Slow-slow sambil melihat pemandangan di sepanjang jalan. Oleh kerana ini telah kali ketiga aku ke sini, tidaklah aku banyak sangat mengambil gambar. Dulu-dulu dah banyak sangat dah.

Kami pergi bertiga family. Perancangan kami akan bertolak pada hari jumaat. Sepatutnya kami bertolak serentak dengan berkumpul di rumah salah seorang kawan untuk sama-sama bergerak. Tapi aku meminta mereka bertolak dahulu kerana hubby perlu membereskan beberapa perkara sebelum dapat bertolak. Tak apa, aku menyusul kemudian. Aku tak kisah kerana yang penting, asal ada alamat, masuk saja pada GPS, insyaAllah akan sampailah ke tempat tu. Lagi pun tak adalah nak terikat sangat. Boleh berhenti ambik gambar kat mana-mana dulu.

Dua family dah sampai dulu. Oooh... lupa aku nak perkenalkan kawan-kawan aku ni. Keluarga pertama ialah keluarga Syafizul dan Kak Has bersama empat orang anaknya dari Pulau Pinang. Kedua adalah keluarga Idris dan Hairani serta seorang anaknya juga dari Kedah dan Penang tetapi menetap di Shah Alam. Mereka ni kira jiran aku dulu lah kerana tinggal di Puncak Alam tapi hanya berkenalan ketika di sini. Keluarga ketiga tu akulah.

Aku sampai terlewat dalam sejam daripada dia orang. Dia orang dah kelaparan dan makan dulu. Aku pun makan lah sikit. Tak adalah beria sangat sebab dalam perjalanan tadi dah makan roti. Masih kenyang la lagi.

Dah angkat barang dan sedikit berkemas. Ini lah bilik yang aku dapat. Penginapan yang kami sewa ini ada empat bilik tidur dan dua bilik air termasuk master bedroom. Kira ok sangat dah. Bolehlah. Dua kali yang aku pernah datang sebelum ini, tempat memancingnya hanya di belakang rumah. Private, hanya rumah kita yang punya tempat tu. Masa tu memang datang beramai-ramai. Pernah ada 9 family berkongsi satu rumah. Bayangkan betapa meriahnya. 

Tapi kali ini, untuk ke tempat memancing, nampaknya kenalah pergi ke jettynya yang di sediakan khas untuk memancing, mencandat dan crabbing. Untuk ke jetty, kami kena memandu sejauh kira-kira 6 kilometer.


Tetapi sebenarnya penginapan kami dekat saja dengan pantai jika untuk main-main dan mandi pantai. Lima minit berjalan kaki je. Jadi selepas solat, kami pun jalan ramai-ramai untuk melihat pantai dan ada yang mandi. cantik betul pemandangan dan dapat melihat sunset untuk petang ini.

Malamnya selepas isyak barulah kami bergerak ke jetty untuk memulakan aktiviti mencandat dan crabbing kami.
Terlupa membawa pengukur saiz ketam. Jadi En Zul buat je ukuran dengan menggunakan tali plastik pengikat. Oh ya... di sini ada peraturan yang ketat. Jika kita crabbing, dapat ketam yang tak cukup saiz, tak boleh ambil, kena lempar balik ke laut. Sama juga jika mendapat ketam betina yang sedang ada telur pun kena buang balik ke laut. Jika ambil juga salah besar. Akan di denda sampai aud 200 untuk seekor. Itu yang aku pernah dengar. Memang tak berbaloi. Jika terlepas tak apalah, tapi jika tertangkap oleh pegawai perikanan dia yang kebetulan membuat rondaan dan sport check, memang tak berbaloi.

Dapat dah hasil permulaan.

Alhamdulillah, di malam mula-mula tu dapatlah sebanyak 20 ekor ketam untuk kami buat lauk pada tengahari esok. Bilangan ini tidaklah banyak jika dibanding dengan apa yang pernah kawan-kawan aku dapat sebelum ini. Adakalanya jika berkebetulan banyak, sampai beratus ekor ketam yang dapat ditangkap.
Haaa.... Ini dia sotong yang berjaya kami candat. Semua sekali kami dapat 4 ekor sotong yang besar-besar.

Tengok ukuran sotong ni, sama panjang dengan kaki aku.

Malam tu kami pulang dalam jam 12.00 tengah malam. Mengantuk dan penat. Selepas membersihkan badan, kami semua tidur dengan lena sekali. Cuaca pun amat sejuk kat sini lebih-lebih lagi kerana dekat dengan pantai.



Ini makanan tengahari kami. Masak lemak cili padi ketam, sambal goreng dan salad. Berselera sekali.



Pada hari kedua, selesai saja makan tengahari dan solat, kami bersiap sedia untuk ke satu lagi jetty yang agak jauh sedikit dari tempat kami menginap. Perjalanan kami mengambil masa selama kira-kira setengah jam. Tempat itu berjarak dalam 27 kilometer dari tempat kami menginap. Sajalah nak merasa crabbing kat tempat ini pulak. Seperti biasa, ada yang mandi tapi aku macam takut kesejukan pulak nak mandi pantai ni. Aku memang tak tahan sejuk walaupun baru musim luruh.

Namun nampaknya rezeki kami kurang memuaskan di sini. Hanya seekor ketam dan dua ekor sotong besar yang kami dapat tangkap. Keputusan diambil dan kami kembali ke jetty semalam. Alhamdulillah seawal jam 10.00 malam kami dah berangkat pulang. Dah mula terasa penat dah semua orang pun. Aku dan hubby sampai tertidur dalam kereta sekejap tadi sebelum mula crabbing  kerana terlalu mengantuk. Jadi hasil yang kami dapat malam ini ialah dua ekor sotong dan juga 16 ekor ketam sahaja. Boleh lah.....

Sudah menjadi peraturan di kebanyakan tempat penginapan di sini, check in dalam pukul 2.00 pm tetapi bila hari nak check out mesti pada jam 10.00am. Rumah pula mesti ditinggalkan dalam keadaan asal yang kemas dan bersih. Jika tidak bond juga akan dipotong. Jadi pada pagi hari ketiga yang kami nak keluar tu, semua orang bertungkus lumus berkemas dan membersih. Lepas tu barulah dapat posing-posing di dalam dan luar rumah.

Kami singgah sekejap di perjalanan untuk bergambar kenangan.

Dalam perjalanan, kami singgah di satu park yang ada kemudahan untuk berBBQ. Bakar ayam yang kami bawa, makan tengahari dan bersolat zohor serta jamak dengan asar terus. Tenang perjalanan kami nanti.

Kami selamat sampai ke Adelaide kira-kira jam 4.00 pm. Agihan ketam dan sotong di lakukan. Tapi aku hanya mengambil 4 ekor ketam dan seekor sotong sahaja kerana ahli ku bukannya ramai, sekalipun aku ni 'hantu' ketam. Tak apalah insyaAllah moga lain kali akan ada rezeki lagi.

Inilah hasil yang aku masak pada keesokkan harinya sebagai menu dinner aku dan hubby, sambal sotong dan ketam goreng telur. Syukur alhamdulillah. Hubby pula dah ok kini jika nak ratah seafood pun. Masa balik Malaysia hari tu Kak Chik ada bagi satu ubat. Jika teringin nak makan apa-apa seafood, telan je ubat ni setengah jam sebelum makan. Jadi insyaAllah tiada apa-apa rasa sakit pada kakinya lagi. (faham-fahamlah apa masalahnya ya :-).... Thanks Kak Chik ya....
 
Salah satu pemandangan ketika tengah sunset.

InsyaAllah ada rezeki aku harap dapat lagi melawat ke Wallaroo ini untuk kali ke 4 pula :-).

Posted by Picasa

Wednesday, 11 April 2012

TeTaMu MaLaYsia LaGi....

Nampaknya sekarang ini adalah musim konvokesyen bagi pelajar-pelajar PhD yang telah menamatkan pengajian mereka pada semester lalu. Universiti of South Australia (UNISA) telah mengadakan majlis konvokesyennya pada minggu lepas, manakala pada minggu ini pula adalah giliran Universiti of Adelaide.

Jika masih ingat pada cerita aku yang lalu tentang tetamu Malaysia yang telah menjadi jemputan ke rumahku (Kak Ros) adalah salah seorang pelajar dari UNISA. Datang lagi bertamu ke rumahku selepas itu adalah Dr Awang dari Universiti Malaya yang pernah juga belajar di UNISA. Kedatangannya juga adalah untuk majlis konvokesyennya dan dia sempat menginap dirumahku selama dua malam. Tapi tidak pula aku menulis tentang dia. Cuma dia juga merupakan salah seorang antara geng-geng yang rapat dengan kami di sini.
 
Kali ini aku menjemput seorang lagi seorang sahabat yang datang untuk menghadiri majlis konvokesyennya bersama familynya. Meriah sekali dia kerana diiringi oleh ibu dan kedua orang mertuanya serta dua orang adik iparnya. Suaminya sudah semenstinyalah. Roslina namanya yang aku panggil dia dengan panggilan Ros saja.

Ros merupakan salah seorang best friend ku di sini. Banyak cerita kelakar lucu, suka duka, sedih hiba, susah senang yang kami kongsikan bersama. Ketika Ros ingin menyerahkan rumahnya kembali selepas tamat pengajiannya dulu, dia suami isteri telah menginap di rumahku selama dua minggu. Ini keadaan biasa di sini. Rumah yang ingin di serahkan mesti dalam keadaan kemas dan bersih. Jika tidak duit bond akan di potong. Jadi untuk memudahkan keadaan dan kerja-kerja pembersihan, lebih baik kita berpindah ke mana-mana seminggu atau dua minggu sebelum tarikh kontrak tamat. Ketika itu adalah bulan puasa pada tahun lalu. Rasanya baru saja aku lalui semua itu. Seperti biasa akan ku katakan " cepat betul masa yang berlalu".
 
 
 
Suasana ketika bersembang. Rancak sangat huraian topik perbualan. Dapatlah aku berkenalan dengan family Ros. Alhamdulillah semuanya peramah. Tak sempat aku nak ambik gambar makanan yang aku masak. Masih lagi menu yang sama, mudah dan cepat aku buat. Beriani kukus, daging kurma kari juga ayam tandoori di tambah dengan popperdam dan salad. Jika ambil gambar pun, sama juga macam yang lepas-lepas.
 
Tapi masa tidak mengizinkan Ros berlama-lama. Hampir jam 11.00 malam, dia kena balik ke penginapannya. Sepatutnya malam ini dia kena tidur awal. Banyak lagi persiapan kena buat katanya. Maklumlah kerana esok pagi-pagi seawal jam 8.00am dah kena sampai ke dewan konvokesyen dah.

Tahniah ya Ros... Terima kasih semuanya kerana sudi bertamu ke rumah kami. Ada masa dan peluang nanti silalah datang lagi....
Posted by Picasa

Tuesday, 10 April 2012

LePak Di RuMah Muna


Dah lama tak jumpa Muna. Aku pun rindu gak pada dia. Dahla aku balik Malaysia tak sempat nak bagitau dia. Biarkan dia tertanya-tanya dalam bahasanya, di mana Nani ni....? Lama betul tak dengar khabar. 

Sebenarnya Muna ni berasal dari Libya. Datang sini bersama suami dan tiga orang anaknya. Suaminya buat PhD di UniSA juga, sama macam hubby tapi dia orang tak kenal pun. Ini antara aku dengan mereka je. Dia pernah tinggal di Malaysia selama 2 ke 4 tahun. Suaminya pernah belajar di UPM Serdang. Tapi sayang.... tak banyak perkataan Bahasa Malaysia yang dia tahu. Namun dia masih ingat alamat rumah dia dan selalu dia sebut-sebut pada aku. 

Oh ya.... aku jumpa dan berkenalan dengan Muna ni masa sama-sama menghadiri English Class dekat Findon Community Centre. Punyalah susah aku nak faham dia. Rupanya dia tak tahu berbahasa inggeris sangat. Last-last aku yang berbahasa Arab dengan dia. Baru dia happy. Kelakar pun ada. Bila dia tak faham apa-apa, teacher akan minta aku terangkan pada dia dengan menggunakan Bahasa Arab. Teruklah aku, bukan nya aku terror sangat pun. :-).....


Suatu hari selepas kembali ke Adelaide, dapat juga aku jumpa dia. Itu pun selepas aku meng SMS dia dan berkali-kali dia minta aku datang. Liat dan payah masa betul aku nak gi rumah dia. Suka je dia kalau setiap hari aku dapat lepak ngan dia. Sorry ya Muna. Dia pulak tak boleh datang rumah aku, suami dia belum beli kereta. Naik bas susah juga bagi dia. Kalau aku nak bawa dia ke rumah aku pun masalah juga. Anak dia yang kecik tu belum sampai 7 tahun. Dia kena duduk atas car seat pulak. Mana aku ada car seat. 

Sekarang ni ada je kesibukan sendiri-sendiri aku. Nantilah bila-bila free kita lepak lagi ya.
Posted by Picasa

Friday, 6 April 2012

What TeaCher Gave To Me For This Easter


Semalam merupakan hari akhir sesi persekolahan sebelum bermulanya cuti panjang selama 2 minggu. Semalam juga merupakan hari akhir aku ke kelas bahasa inggeris. Ini bermakna kelas inggeris yang aku hadiri pun akan turut bercuti seiring dengan cuti persekolahan juga. Tapi kali ini cutinya bersekali dengan hari penting yang disambut oleh kaum yang menganut agama Kristian di atas muka bumi ini. Cuti hari Easter selama 4 hari bermula dari jumaat hingga isnin.

Jika dahulu, aku tidak pernah mengambil tahu apa itu 'Hari Easter'. Aku tidak pernah tahu yang ia ada kaitan dengan hari dalam kalendar di Malaysia yang di sebut istilahnya sebagai 'Good Friday'. Apa yang aku tahu, sememangnya hari jumaat adalah hari yang merupakan penghulu segala hari, hari kebesaran umat Islam seluruh dunia, hari nabi Adam di ciptakan, diturunkan ke muka bumi, diwafatkan, hari kiamat dan banyak lagi peristiwa yang berlaku pada hari jumaat ini. 

Semasa di kelas, adalah juga teacher menerangkan tentang hari Easter ni. Hari yanng berkaitan dengan Jesus di bunuh atau dengan istilah yang di guna pakai iaitu di salibkan pada kayu yang bersilang. Jesus di salibkan dan mati pada hari jumaat. Agaknya itulah yang di sebut sebagai good friday. Biasanya Easter ini disambut pada hari ahad pertama semasa bulan penuh selepas masuknya musim bunga. Ini kerana menurut kepercayaan mereka, musim bunga merupakan petunjuk kepada kehidupan yang baru bermula selepas habis musim sejuk yang dingin dan beku. Menurut kepercayaan mereka juga Jesus dihidupkan semula pada hari ahad selepas tiga hari mati di tiang salib.

Tapi aku tak faham, mungkin ia disambut mengikut kitaran bulan bagi  negara Roman, kerana menurut kalendar mereka, musim bunga akan jatuh pada 1 April setiap tahun. Dan seluruh dunia juga akan mengikut masa dan waktu yang sama dengan negara yang menjadi tempat Jesus disalibkan. Mungkin betullah sebab musim-musim yang beredar akan berbeza dari satu bahagian dengan bahagian yang lain di muka bumi ini.

Ada dua artikel yang aku petik dari internet mengenai Easter ni : ( Boleh baca jika suka, malas pun tak apa)


Hari Easter

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hari Easter merupakan kepercayaan penganut agama Kristian bahawa Jesus Christ telah dihidupkan kembali ("dibangkitkan") pada hari Ahad itu. Lazimnya ia disambut antara akhir bulan Mac dan akhir bulan April setiap tahun (awal April hingga awal Mei bagi penganut Kristian Timur), menurut kitaran bulan.
Sebelum perayaan Easter, Minggu Suci ("Holy Week") disambut oleh mereka dan pada Jumaat sebelum Easter dikenali sebagai Good Friday iaitu hari Jesus telah disalib. Pada Ahad Palma ("Palm Sunday") yang menandakan permulaan Minggu Suci, setiap penganut akan diberikan daun palmayang telah diurapi oleh para paderi.
Perayaan Easter terkenal dengan pemberian telur berwarna-warni yang berisikan coklat. Tradisi memberi telur sebenarnya bukan tradisi Kristian tetapi merupakan tradisi kuno Yunani merayakan datangnya musim bunga. Perayaan musim ini selalunya dirayakan dengan meriah mengiringi kegembiraan meninggalkan musim dingin yang suram dan beku. Telur adalah lambang kesuburan.

Satu lagi artikel yang boleh di baca untuk sedikit pengetahuan ialah tentang sejarah ringkas hari Easter :-

In this article, I shall explain the main historical events of Easter and some of their religious meaning to Christians. Although Christmas, commemorating the birth of Jesus, is a more festive event, Easter is the more religiously, more important, commemorating the death and resurrection of Jesus.
Like Eids, the exact time of Easter varies. Easter falls on the first Sunday after the first full moon after Spring Equinox (March 21). This causes the date to vary up to one month from year to year. Easter and spring indicate the beginning of new life. It is interesting to know that until the 16th century, our calendar placed the New Year in spring on April 1, not in mid-winter. Even today, the Persian New Year is celebrated on March 21.
The month before Easter is a month of fasting called Lent. This commemorates Jesus’ 40 days of fasting in the dese. Today, fasting is not commonly practiced, neither by priests nor other believers, but it is preached about every Sunday during Lent, and it is marked with a special, modest gathering at the last Sunday called ‘Fastelaven’ in my Norwegian mother tongue. Lent and Easter are in many ways similar to Ramadan and Eid-ul-Fitr. In Pakistan, many Christians observe fasting, borrowing from the Muslim tradition.
After the last supper, Jesus was arrested by Roman soldiers, the occupiers of Jerusalem and the Land of the Jews and Palestinians at the time of Jesus. The Roman soldiers were tipped off by one of the disciples, Judas Iscariot, who according to the Bible, committed suicide later when he realised his mistake. It should be noted that some Muslims believe that someone else was arrested by mistake instead of Jesus.
The Romans were afraid that Jesus’ popular support could lead to an uprising against their rule. The Bible explains that Jesus was interrogated and tortured, but the Romans could not find him guilty of any crime. Since the Governor considered Jesus innocent, he asked the angry mob, who had suddenly turned against Jesus, what they wanted him to do. The Bible says they shouted, “Crucify! Crucify!” Governor Pontius Pilate then handed him over to be hanged on the cross, but he symbolically washed his hands in water, indicating that he would take no responsibility for the decision.
A week earlier, according to the Bible, on what is now called ‘Palm Sunday’, Jesus rode into Jerusalem along the roads lined with huge crowds and branches from palm trees strewn on the ground. He rode humbly on a donkey indicating that he did not want to be a secular ruler, but a religious leader of renewal. The week that followed until his death and resurrection is known as the ‘Holy Week’ or ‘Quiet Week’.
On Friday, termed ‘Good Friday’ in English, and ‘Long Friday’ in Norwegian, Jesus was taken to Golgotha (Calvary), the hilltop that the Romans used for public executions. Jesus died on the cross in the late evening. To be certain Jesus was dead, a sword was put in his side and blood came out. He was taken down from the cross and buried in a cave grave nearby, protected by Roman soldiers and a heavy stone blocking the entrance. All this happened in the presence of Jesus’ mother Mary, the disciples, several associated women and men named in the Bible, and a crowd of people.
But then three days after his death, the Bible says Mary Magdelen and some other women came to the grave on Sunday morning, ‘Easter Sunday’, to wash and anoint Jesus body, according to the tradition. On the way to the grave, the women discussed how they might have difficulties removing the heavy stone placed in front of the grave. But when they reached the site, the stone had been removed, the soldiers were gone and inside the tomb, an angel met them, saying that Jesus had arisen from the dead. The women were thoroughly confused. Yet, they were certainly very glad, too. They walked as fast as they could back to announce the great news.
During the next 40 days, until ‘Ascension Day’, Jesus revealed himself on several occasions. Once was to his disciple Thomas, who said he did not believe that Jesus had arisen from the dead; he would only believe it if he could see Jesus in flesh and blood himself. The Bible says Jesus did appear, and said: “You believe because you have seen. Blessed be those who have not seen but still believe.” On Ascension Day, Jesus was taken up to heaven, and the Bible says that a cloud took him away from the eyes of the people. This event, indeed a miracle, is also included in the Quran.
Ten days after Ascension Day, on ‘Whitsunday’, or ‘Pentecost’, the Christian Church was established. The Bible tells how the disciples were empowered with extraordinary power and they could speak in tongues - languages, which they could not understand. Peter is often said to be the founder of the Church. From then on, the Bible explains that the disciples preached in the local communities and undertook longer and longer travels to spread the Gospel, which are the teachings that Jesus had left behind about God and about relations with fellow human beings, about faith, spirituality and the eternal life.

Biasalah teacher aku ni. Sempena apa-apa je dia akan bagi je dia punya student tu apa-apa. Biasanya berdasarkan apa perayaan pada masa tu. Aku pula tak tahu nak menolak kadang-kadang tu, kecuali yang terpaksa. Aku terima je, ambik... bawa balik tapi belum tentu boleh makan. Buat hiasan jelah. Yang aku pasti cuma telur yang bewarna-warni tu boleh di makan., kerana ia hanya cokelat biasa sahaja.

Tu lah.... ada air organik jus, cup cake, Cokelat bungkus, mini cheese, cokelat telur easter dan ayam hiasan yang kecil comel tu.
 

Telur hiasan easter di bungkus dalam kertas warna-warni. Ada juga aku bertanya teacher, apa kaitan telur dengan hari easter? Teacher kata, telur lambang benih dan kesuburan. Seolah pada kepercayaan dia, kerana itulah Mary ibu Jesus boleh pregnant tanpa lelaki (sorry jika aku tersalah). Begitu juga dengan Rabbit kerana boleh melahirkan anak yang ramai. Tapi aku tetap tak faham apa lagi kaitan dia, macam tak lojik pulak.


Kata teacher lagi, pada pagi hari easter ni, penganut agama kristian biasanya akan bersarapan dengan telur rebus. Ada satu lagi menu utama pada pagi easter ni ialah 'hot cross bun' tu. Pening aku, apa lagi kaitan dia. Aaaah..... lebih baik tahu sikit-sikit dah. Buat apa nak kaji panjang-panjang kan, "untuk kamu agama kamu dan untuk ku agama ku".

So pada dekat-dekat menjelang easter day tu, meriahlah dengan banyaknya promosi berkaitan di pasaraya-pasaraya. 
 
 
 


Sekalipun Australia bercuti pada hari ini, jumaat hingga isnin ini, tapi bagi student Phd tetap tiada cutinya. Kata Hubby "cuti tiada makna baginya" Ini kerana kerja yang banyak perlu di bereskan. Jadi aku pun lepaklah sorang-sorang kat rumah ni..... 


Posted by Picasa

Sunday, 1 April 2012

DayLight SaVing End

Telah sebulan lamanya aku berada dimusim luruh. Namun masih kurang aku melihat daun-daun yang sepatutnya telah jatuh berguguran dengan banyaknya dari dahan-dahan dan ranting-ranting pokok. Daun-daun juga masih belum nampak perubahan pada warnanya. Belum tiba masanya lagi kot.

Hari ini juga merupakan hari 'April fool' pada kebiasaannya. Berhati-hatilah pada hari 1 April, mungkin juga kita akan jadi salah seorang mangsa mainan sesiapa.

Bemula pada hari ini, waktu 'daylight saving' telah tamat. Beginilah rutin masa di sini. Ada masanya dua kali dalam setahun kita perlu menukar waktu jam samada mempercepatkan atau melambatkan masa sejam.

Jika sebelum ini aku tidak pernah tahu adanya perkara sebegini. Macam kelakar pun ada sebab main tukar-tukar jam, tapi itulah standardnya.
Jika ketika waktu daylight saving bermula, waktu jam akan di tambah sejam ke depan, manakala ketika tamatnya daylight saving, waktu jam akan di undurkan sejam ke belakang. Jadi, pada musim bunga, waktu di Adelaide dengan waktu di Malaysia berbeza sehingga dua jam setengah, tetapi dalam musim luruh perbezaan waktu antara keduanya hanyalah satu jam setengah.  
Sedikit artikel tentang daylight sebagai pengetahuan :

Southern Hemisphere

Daylight saving time begins in the southern hemisphere between September–November and ends between March–April. Standard time begins in the southern hemisphere between March–April and ends between September–November. Many countries in the southern hemisphere may observe DST.
The clock moves ahead (thus, losing one hour) when DST starts, in the spring in the northern hemisphere, and falls back one hour (thus, gaining one hour) when DST ends in the fall. To make it easier to remember which way the clock goes, keep in mind one of these sayings: spring forward, fall back or “spring ahead, fall behind.” 

Jadi sekarang ni waktu dah berubah. Jika pada musim panas yang baru saja berlalu ni, waktu siang amatlah panjang sehinggakan nak tunggu maghrib masuk pun pada jam 8 lebih manakala isyak sampai terlajak ke pukul 10 lebih malam. Tetapi pada musim luruh hingga ke musim bunga nanti, waktu akan berlalu cepat. Waktu malam akan jadi lebih panjang, contohya waktu subuh akan masuk pada jam 4.15 am, zohor 12 lebih, asar pada jam 3 lebih dan yang cepatnya waktu maghrib akan tiba pada jam 5 lebih. Sebab itulah jika bulan ramadhan jatuh pada musim sejuk, waktu berbuka akan jadi awal. Beruntung juga ya puasa pada musim sejuk ni.
Beginilah namanya lumrah alam dan laluan kehidupan. Lain tempat lain pengalaman yang kita dapat. Teringat pulak aku kepada salah satu lirik nasyid zaman lama, tapi lupa dah apa nama kumpulan nasyid tu samada kumpulan al-Jawahir atau Irama Berlian yang berbunyi :-
"Jauh-jauh berjalan banyak di lihat....
Lama-lama hidup banyak dirasa.....
Carilah dunia sampai engkau dapat....
Kedua-duanya perintah Tuhan...."
  
Posted by Picasa

Wednesday, 28 March 2012

SeLaMat HaRi LaHir Abe...


Sambutan hari lahir hubby kali ke-3 di Adelaide ni pada 28/3/2012. Cepatnya masa......... dan inilah kek seadanya. 'Cheese cake' home made ku. Baru pertama kali try.... sorrylah sayang.... macam terlalu lembut sikit. Dah jadi macam kek ais krim dah. 

Dekat sini tak pernah aku beli kek kat mana-mana kedai kek. Bukan apa, aku kurang yakin. Aku macam tak percaya jika dia tak letak sedikit alkohol. Ada je rakan-rakan yang membelinya di beberapa kedai kek selepas bertanya akan kandungan bahan-bahan yang di gunakan. Tapi aku tetap tak yakin. Sorrylah kalau aku curi-curi untuk tidak menjamah kek yang dibeli tu jika di hidangkan.

Bukanlah ada sambutan besar-besaran pun, aku cuma masak nasi ni dengan ayam mentega bersoskan sos cendawan serta bersalad dan berjagung. Kami raikan ketika dinner. Maklumlah hubbykan sibuk sikit, kena siapkan banyak kerja PhD nya di pejabat hingga petang. Itu pun kira awal dah dia cuba balik dari office untuk sambutan hari lahirnya ini.

Beberapa snap kenangan ketika persiapan tempat........
 
 
 

Nampaknya tempat dah ready seringkasnya......
 



"SELAMAT HARI LAHIR ABE.... SEMOGA PANJANG USIA BERKAT, MURAH REZEKI YANG HALAL DAN HIDUP BERJAYA DUNIA AKHIRAT...." Amiiin........

Bukannya ada nyanyian lagu 'Happy Birthday' pun......
 
 

Terimalah hadiah seadanya dari ku.....  :-)
 

Tersenyum tengah membaca birthday card.... Sorrylah kad simple tak ada muzik macam kat Malaysia....

Kenangan hari lahir buat hubby di tahun ini.....

Semoga Allah sentiasa merahmati kita semua..................
Posted by Picasa