Total Pageviews

Tuesday, 17 April 2012

3 HaRi DuA MaLam Di WaLLaRoo

Telah lama merancang. Kira-kira dua bulan yang lalu ketika masih fresh lagi aku baru balik dari Malaysia ketika itu. Tak lama masa berfikir, aku bersetuju saja ajakkan dua orang sahabat yang merancang untuk bercuti hujung minggu ke Wallaroo selama tiga hari dua malam. Sebenarnya ini adalah kali ketiga aku ke sana. Namun aku terima juga ajakkan dua sahabat yang belum pernah datang lagi ke sini.

Wallaroo sebenarnya terletak kira-kira 160 kilometer dari Adelaide. Kami memandu selama lebih kurang dua jam. Slow-slow sambil melihat pemandangan di sepanjang jalan. Oleh kerana ini telah kali ketiga aku ke sini, tidaklah aku banyak sangat mengambil gambar. Dulu-dulu dah banyak sangat dah.

Kami pergi bertiga family. Perancangan kami akan bertolak pada hari jumaat. Sepatutnya kami bertolak serentak dengan berkumpul di rumah salah seorang kawan untuk sama-sama bergerak. Tapi aku meminta mereka bertolak dahulu kerana hubby perlu membereskan beberapa perkara sebelum dapat bertolak. Tak apa, aku menyusul kemudian. Aku tak kisah kerana yang penting, asal ada alamat, masuk saja pada GPS, insyaAllah akan sampailah ke tempat tu. Lagi pun tak adalah nak terikat sangat. Boleh berhenti ambik gambar kat mana-mana dulu.

Dua family dah sampai dulu. Oooh... lupa aku nak perkenalkan kawan-kawan aku ni. Keluarga pertama ialah keluarga Syafizul dan Kak Has bersama empat orang anaknya dari Pulau Pinang. Kedua adalah keluarga Idris dan Hairani serta seorang anaknya juga dari Kedah dan Penang tetapi menetap di Shah Alam. Mereka ni kira jiran aku dulu lah kerana tinggal di Puncak Alam tapi hanya berkenalan ketika di sini. Keluarga ketiga tu akulah.

Aku sampai terlewat dalam sejam daripada dia orang. Dia orang dah kelaparan dan makan dulu. Aku pun makan lah sikit. Tak adalah beria sangat sebab dalam perjalanan tadi dah makan roti. Masih kenyang la lagi.

Dah angkat barang dan sedikit berkemas. Ini lah bilik yang aku dapat. Penginapan yang kami sewa ini ada empat bilik tidur dan dua bilik air termasuk master bedroom. Kira ok sangat dah. Bolehlah. Dua kali yang aku pernah datang sebelum ini, tempat memancingnya hanya di belakang rumah. Private, hanya rumah kita yang punya tempat tu. Masa tu memang datang beramai-ramai. Pernah ada 9 family berkongsi satu rumah. Bayangkan betapa meriahnya. 

Tapi kali ini, untuk ke tempat memancing, nampaknya kenalah pergi ke jettynya yang di sediakan khas untuk memancing, mencandat dan crabbing. Untuk ke jetty, kami kena memandu sejauh kira-kira 6 kilometer.


Tetapi sebenarnya penginapan kami dekat saja dengan pantai jika untuk main-main dan mandi pantai. Lima minit berjalan kaki je. Jadi selepas solat, kami pun jalan ramai-ramai untuk melihat pantai dan ada yang mandi. cantik betul pemandangan dan dapat melihat sunset untuk petang ini.

Malamnya selepas isyak barulah kami bergerak ke jetty untuk memulakan aktiviti mencandat dan crabbing kami.
Terlupa membawa pengukur saiz ketam. Jadi En Zul buat je ukuran dengan menggunakan tali plastik pengikat. Oh ya... di sini ada peraturan yang ketat. Jika kita crabbing, dapat ketam yang tak cukup saiz, tak boleh ambil, kena lempar balik ke laut. Sama juga jika mendapat ketam betina yang sedang ada telur pun kena buang balik ke laut. Jika ambil juga salah besar. Akan di denda sampai aud 200 untuk seekor. Itu yang aku pernah dengar. Memang tak berbaloi. Jika terlepas tak apalah, tapi jika tertangkap oleh pegawai perikanan dia yang kebetulan membuat rondaan dan sport check, memang tak berbaloi.

Dapat dah hasil permulaan.

Alhamdulillah, di malam mula-mula tu dapatlah sebanyak 20 ekor ketam untuk kami buat lauk pada tengahari esok. Bilangan ini tidaklah banyak jika dibanding dengan apa yang pernah kawan-kawan aku dapat sebelum ini. Adakalanya jika berkebetulan banyak, sampai beratus ekor ketam yang dapat ditangkap.
Haaa.... Ini dia sotong yang berjaya kami candat. Semua sekali kami dapat 4 ekor sotong yang besar-besar.

Tengok ukuran sotong ni, sama panjang dengan kaki aku.

Malam tu kami pulang dalam jam 12.00 tengah malam. Mengantuk dan penat. Selepas membersihkan badan, kami semua tidur dengan lena sekali. Cuaca pun amat sejuk kat sini lebih-lebih lagi kerana dekat dengan pantai.



Ini makanan tengahari kami. Masak lemak cili padi ketam, sambal goreng dan salad. Berselera sekali.



Pada hari kedua, selesai saja makan tengahari dan solat, kami bersiap sedia untuk ke satu lagi jetty yang agak jauh sedikit dari tempat kami menginap. Perjalanan kami mengambil masa selama kira-kira setengah jam. Tempat itu berjarak dalam 27 kilometer dari tempat kami menginap. Sajalah nak merasa crabbing kat tempat ini pulak. Seperti biasa, ada yang mandi tapi aku macam takut kesejukan pulak nak mandi pantai ni. Aku memang tak tahan sejuk walaupun baru musim luruh.

Namun nampaknya rezeki kami kurang memuaskan di sini. Hanya seekor ketam dan dua ekor sotong besar yang kami dapat tangkap. Keputusan diambil dan kami kembali ke jetty semalam. Alhamdulillah seawal jam 10.00 malam kami dah berangkat pulang. Dah mula terasa penat dah semua orang pun. Aku dan hubby sampai tertidur dalam kereta sekejap tadi sebelum mula crabbing  kerana terlalu mengantuk. Jadi hasil yang kami dapat malam ini ialah dua ekor sotong dan juga 16 ekor ketam sahaja. Boleh lah.....

Sudah menjadi peraturan di kebanyakan tempat penginapan di sini, check in dalam pukul 2.00 pm tetapi bila hari nak check out mesti pada jam 10.00am. Rumah pula mesti ditinggalkan dalam keadaan asal yang kemas dan bersih. Jika tidak bond juga akan dipotong. Jadi pada pagi hari ketiga yang kami nak keluar tu, semua orang bertungkus lumus berkemas dan membersih. Lepas tu barulah dapat posing-posing di dalam dan luar rumah.

Kami singgah sekejap di perjalanan untuk bergambar kenangan.

Dalam perjalanan, kami singgah di satu park yang ada kemudahan untuk berBBQ. Bakar ayam yang kami bawa, makan tengahari dan bersolat zohor serta jamak dengan asar terus. Tenang perjalanan kami nanti.

Kami selamat sampai ke Adelaide kira-kira jam 4.00 pm. Agihan ketam dan sotong di lakukan. Tapi aku hanya mengambil 4 ekor ketam dan seekor sotong sahaja kerana ahli ku bukannya ramai, sekalipun aku ni 'hantu' ketam. Tak apalah insyaAllah moga lain kali akan ada rezeki lagi.

Inilah hasil yang aku masak pada keesokkan harinya sebagai menu dinner aku dan hubby, sambal sotong dan ketam goreng telur. Syukur alhamdulillah. Hubby pula dah ok kini jika nak ratah seafood pun. Masa balik Malaysia hari tu Kak Chik ada bagi satu ubat. Jika teringin nak makan apa-apa seafood, telan je ubat ni setengah jam sebelum makan. Jadi insyaAllah tiada apa-apa rasa sakit pada kakinya lagi. (faham-fahamlah apa masalahnya ya :-).... Thanks Kak Chik ya....
 
Salah satu pemandangan ketika tengah sunset.

InsyaAllah ada rezeki aku harap dapat lagi melawat ke Wallaroo ini untuk kali ke 4 pula :-).

Posted by Picasa

No comments:

Post a Comment