Total Pageviews

Showing posts with label seri muka. Show all posts
Showing posts with label seri muka. Show all posts

Friday, 12 April 2013

Seri Muka Durian VS Kuih Bakar Durian

Renungan bersama : "Sejahat-jahat manusia ialah orang yang tidak mempeduli apabila orang lain melihat kejahatan yang dia lakukan"  (Pepatah arab)

Ok.... Kami berperasa durian..... :-)
Semasa panas-panas....
Sebelum dipotong....
 Setelah dipotong..... 
Kos yang berbeza, cara yang berbeza, masa yang berbeza, bahan yang berbeza, kecapan yang berbeza tapi tetap ada persamaan dalam salah satu rasa...... :-)....


Monday, 1 April 2013

Seri Muka Durian Adelaide 2

Melalui long weekend pun macam tak bercuti bagi aku, macam selalu yang aku bagitau tu juga. Sehingga adakalanya aku pun boleh terlupa hari ni hari apa, hari ahad pun aku boleh kata weekday, sampai pernah tanya kawan pada suatu hari ahad, "budak-budak dah balik sekolah ke belum...?" Ya lah sebab hubby setiap hari ke Uni...

Pejam celik rupanya dah sebulan dah berada dalam autumn. Ini dah pertengahan autumn, dah masuk bulan kedua dah hari ni... Kesejukan dah mula menyelinap, sesekali dah petik dah suis electric blanket untuk menyelesakan diri bila terlalu sejuk tu... dah mula dah jika mandi pun sekali sehari je... pastu dah rajin pakai stokin tebal dah. Dua tiga hari ni pula, hujan kerap turun adakala lebat dan adakalanya renyai...bersesuaian dengan suasana musim luruh. 

Ni ha... janji sekali lagi entry pasal pulut durian ni. Tapi kali ni ada tujuan besar untuk menjadikan dia sebagai pengganti kek hari lahir yang hubby sambut hari tu... Jika entry dulu pun lebih kurang sama juga dengan apa yang aku bakal rakamkan kali ini... sebagai mengingat semula.... Jadi peringkat-peringkat memasaknya lebih kurang ginilah...

Beras pulut direndam seketika sebelum ditanak dan yang ini sudah pun masak.

Ditekan-tekan padat ke dalam loyang. Aku gunakan loyang bentuk bulat ini...

Sediakan kukusan dan masak air sehingga mendidih.... sementara itu....

Dalam blander disukat tepung beras + tepung gandum + tepung kastard + sedikit garam + santan...

Letak sebiji telur juga....

Inilah durian frozen yang aku gunakan....

Masukkan sekali ke blander tu....

Letak beberapa titik pewarna kuning, bagi menampakkan lagi warna durianlah konon....

Kemudian masak atas api sederhana, tapi dapur aku memang takkan nampak api pasal itu dapur eletrik.

Dalam masa duk atas api tu, sentiasa kacau dan kacau sehingga adunan jadi berkilat macam ni....

Pastu tuangkan ke atas pulut yang telah dipadatkan dalam loyang tadi.

Sapu ratakan....

Masak kira-kira setengah jam... lebih kurangla.... 

Ini kira yang dah masak la ni....

Pastu potongla.... tak pandai pulak aku nak susun dengan cantik... tapi percayalah, rasanya amatlah sedapnya.....

Terima kasih kepada 'My Birthday Man' yang masak sendiri kuih seri muka durian ni..... :-)


Posted by Picasa