Total Pageviews

Showing posts with label raya korban. Show all posts
Showing posts with label raya korban. Show all posts

Wednesday, 9 November 2011

SeLamat AiDil AdHa

Buat semua yang ku kenali, kaum keluarga, sahabat handai, rakan taulan dan yang mengingati diri kami, di sini aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari raya aidil adha kepada kalian. Ampun dan maaf di pinta atas segala kekurangan dan kesilapan. Moga kita semua juga sentiasa mendapat keampunan dan rahmat Allah sentiasa.
Seawal 4.30 pagi, aku dah bangun untuk menyediakan juadah raya yang masih berbaki dari semalam. Pagi ni aku masak nasi dagang yang akan ku panggil nanti dengan nama 'nasi perantau'. Kalau dari segi makna kira sama lah tu.
Memang niat aku ingin sampai awal di masjid, bukannya apa, tujuan ku kerana ingin menikmati takbir yang panjang, dapat parking kereta dekat dalam kawasan masjid dan dapat berada di tempat yang selesa untuk solat sunat aidil adha nanti. Oleh itu jam 7.00 am kami dah bergerak dari rumah. Tapi ada juga sekatan jalanraya. Di pertengahan jalan ada sekatan jalan oleh polis, dengar2 cerita ada kemalangan jalanraya berlaku. Jadi kami pun mencari jalan lencongan dan alhamdulillah Allah permudahkan.
Beberapa suasana kemeriahan di masjid al-Khalil selepas menunaikan solat sunat aidil adha..........

Menziarahi pusara arwah anak kepada Ros dan Koy

Aku menjemput sahabat2ku yang kutemui sama-sama menunaikan solat sunat aidil adha di al-Khalil, datang menikmati juadah pagi raya di rumahku. Alhamdulillah, terhibur rasanya hati ini menerima tetamu.....Berikut ini adalah antara tetamu2 ku yang hadir..... Di belakang sana kelihatan hubby tengah sibuk membancuh minuman untuk tetamu.
Antara juadah yang kusediakan ialah nasi perantau dengan kari ayam, nasi himpit bersama sate goreng, laksa kuah kelantan, tapai pulut dan kuih ambon. Ada juga banyak makanan yang dibawa oleh sahabat ku yang datang seperti pulut dan rendang, kuih muih dan biskut raya dan macam-macam lagi.
 


Bersama Alaa, sahabatku yang berasal dari Iraq...... Dia pun suka nasi perantau dan sate goreng.

Family Alaa dah nak balik kerana nak ke tempat lain pulak.
Settle je semua, aku ke rumah K Nana dan dan Dr Kamarul pulak. Lagilah ramai tetamu yang datang ke rumah dia orang..... Jam 1.30 aku balik semula ke rumah kerana ada lagi tetamu yang bakal datang ke rumahku.............






Alhamdulillah hari raya kulalui dengan hati yang girang. Walaupun rasa penat dan mengantuk, aku gagahi juga datang beraya ke rumah liza & Nizam dan Idris & Hairani pada petang dan malamnya. Nasib baik tumpang kereta K Nana. Balik2 je rumah malam tu, terus tidur dengan lenanya.
Kepada mana2 sahabat yang menjemput aku dan hubby datang beraya ke rumah mereka, dan kami pula tidak dapat hadir, kami memohon ribuan kemaafan kerana kesuntukan masa yang membuatkan kami tidak sempat hadir beraya ke rumah kalian. Harap kalian tidak berkecil hati ya.
"Semoga hari raya yang penuh kemeriahan dapat lagi dinikmati pada tahun-tahun hadapan".


Posted by Picasa

Tuesday, 8 November 2011

Persediaan Raya Korban 6/11/11

Sekali lagi Aidil Adha bakal disambut oleh semua umat Islam di dunia ini. Perayaan yang memperkenalkan erti sebuah pengorbanan yang besar dalam agama. Ini adalah raya haji yang ke-3 kalinya kusambut di Adelaide, South Australia ini. Tahun ini hari 10 zulhijjah itu jatuh pada 6/11/11. Untuk lebih merasakan keseronokan lagi sambutan raya, aku, hubby dan Ros berpuasa sunat pada 9 zulhijjah. Kebetulan suhu Adelaide masa tu 33 degree, memang rasa keringnya tekak tapi, alhamdulillah, seronoknya menikmati waktu berbuka. 

Semua orang akan ada menu tradisi masing2 yang akan di hidangkan setiap kali menjelang perayaan. Begitu juga diriku. Salah satu menu yang seolah wajib bagi ku ialah tapai pulut. Tapai pulut perlu disediakan lebih awal sekurang-kurangnya 2 hari sebelum raya. Ini kerana proses untuknya masak mengambil masa lebih kurang dua malam dalam peramannya.
Sejak aku kecil, setiap kali raya, tapailah antara menu wajib yang akan disediakan oleh ibuku. Setiap kali itulah juga aku sentiasa membantu ibuku dalam menyediakannya. Aku akan membungkusnya dengan menggunakan daun pisang atau daun getah.
Mudah sangat cara membuat tapai ni. Beras pulut perlu di tanak atau di kukus selepas direndam sekejap supaya lebih lembut dan cepat masak. Bila diukus, akan lebih cantik rupanya. Bila pulut dah masak, sejukkan dalam dulang. Biarkan dia suam2 sikit.

Bila dah hampir sejuk tu, taburkanlah ragi (dried yis), yang telah dijemur sebentar dan di hancurkan seperti debu. Setengah orang kata letak gula, tapi aku tak pernah pakai gula bila buat tapai ni. Gula memang tak akan ada dalam ingredient untuk buat tapai ku.
Dekat Malaysia terutamanya negeriku sendiri, Kelantan, senang je nak dapatkan ragi yang elok. Tapi di sini secara tak sengaja, aku terjumpanya di Thuan Phat Mini Market. Bentuknya lain sikit, bulat macam guli. Asalnya aku mencuba saja, entah betul ke tidak, adakah ini ragi. Tapi bila dah pure rasa tapainya, betullah itu ragi........
Tak lama selepas taburkan ragi pada pulut, aku masukkanlah pulut tu ke dalam bekas untuk diperam. Kat Adelaide ni susah nak dapatkan daun pisang segar. Yang frozen tu adalah, biasalah mahal dan yang penting nya aku tak tahu apa kesannya bila aku pakai daun pisang frozen. Lepas tu tutup bekas dan balutlah dengan apa2 contohnya kain yang tebal dan simpan pada tempat yang hangat, belakang peti ais ke contohnya. Kalau kat Malaysia, kat mana2 tu ok je, suhu sentiasa panas. Kalau suhu tak cukup, takut nanti tapai tak nak masak. Lepas tu tunggulah lebih kurang dua malam untuk masak, kalau belum masak? Tunggulah lagi. Jika belum masak juga? Try tunggu sikit masa lagi. Kalau lama tunggu tak masak2 jugak? Haaa..... itu mesti ada suatu yang tak betul, samada caranya atau bahannya. Boleh check ya....
Haaa.....inilah rupanya jika tapai tu dah masak. Ini dah ranum, nampak berairnya kan..... rasanya pun amat manis, tak sesuai untuk orang yang ada kencing manis, sakit tekak dan juga sakit kepala. 
Ini pula adalah menu bukan wajib, tapi untuk memenuhi permintaan Ros yang nak makan laksa kelantan yang aku buat. Menu ni sebenarnya kami jadikan menu berbuka puasa pada 9 zulhijjah. Oleh kerana terbanyak sikit buat, lanjutkanlah supaya jadi menu raya.
Ros tengah tekun memotong dan menghiris ulam laksa.

Laksa sedang di toskan selepas direbus.

Ini bukan rendang daging tau....tapi ini adalah sate goreng yang merupakan menu wajib ku setiap kali aku sambut raya dan berjauhan dari keluarga di kampung. Kali ni aku buat tak banyak, hampir dua kilo je. Sate ni  aku goreng kerana malas nak cucuk pada lidi atau buluh, nanti lambat nak bakar bila orang dah ready nak makan. Jadi goreng sekaligus lagi senang. Ianya di makan dengan nasi himpit dan kuah kacang berulamkan bawang dan timun juga. Yalah macam makan sate kan.....
Contoh groupnya.......
Lepas tu aku suka buat ambon masa sambut raya. Ini ikut tradisi sebelah keluarga hubby. Dulu-dulu, kuih ni mereka buat untuk dijual. Satu adunan guna telur 7 atau 8 biji.
Masukkan gula juga...
Putar pakai mixer kira-kira 15 minit.
Campurkan tepung gandum dan kacau kaut balikkan
Bahagikan adunan kepada dua bahagian dengan warna berlainan dan masukkan ke loyang bergilir-gilir.
Dah ready untuk di kukus.
Periuk pengukus pun dah tersedia dan airnya pun dah mendidih.
Masukkan ke dalam pengukus dan kukus kira-kira 25 hingga 30 minit.
Dah masak dah..............
Bila dipotong, nampak macam ni....
Nak rebus telur untuk di makan sebagai lauk nasi dagang, menu pilihan hari raya.
Tengah tumis rempah kari.
Kira-kira 3 kilo ayam untuk ku buat kari.
Dah siap. Kari ayam juga sebagai lauk nasi dagang.

Penat juga rasanya. Pada malam raya tu, dalam pukul dua baru dapat rebahkan badan dan lelapkan mata. Esok kena bangun pagi untuk masak nasi dagang. Esok Hari Raya.................

Posted by Picasa