Total Pageviews

Showing posts with label ayam bakar.. Show all posts
Showing posts with label ayam bakar.. Show all posts

Friday, 7 October 2016

Ayam Bakar Aroma Cumin

Kerapkali kita rasa buntu nak masak apa untuk hari ni atau tengahari atau untuk makan malam. Kerapkali juga kita rasa macam teringinkan sesuatu tapi tak tahu atau tak pandai buat. Belek2 google adakala payah nak ikuti kerana kekurangan bahan stok. Jadi di sini lah kekadang kita perlu kepada kreativiti dan innovasi sendiri. Itu lah situasi yang kerap aku alami, mungkin juga oleh akhowat semua. 

Satu kali tu, aku saja-saja mencuba untuk membuat ayam bakar ala-ala middle east la konon, lama dah tak merekacipta rasa. Selongkar saja bahan2 yang terperap lama, mana-mana yang ada. Aku teringat bahawa dalam freezer, dah lama aku menyimpan seekor ayam yang dibelah 2. Kebetulan... amat sesuai untuk aku membuat menu ayam bakar. Jadi, aku pun mula prepare bahan2 yang boleh digunakan. Jom sama2 kita teruskan... 
Bahan-bahan yang aku pakai :-
  1. Setengah ekor ayam
  2. 1 biji bawang besar (belah 4)
  3. 5 ulas bawang putih (diketuk)
  4. 1 sudu besar serbuk ketumbar. Aku tumbuk bijinya kerana tiada yang serbuk.
  5. 1 sudu besar serbuk jintan putih (cumin)
  6. 1 sudu teh serbuk pati ayam (boleh pakai yang kiub juga)
  7. 2 helai daun salam
  8. Sedikit garam
  9. Sedikit lada hitam
  10. Sedikit pewarna kuning.
  11. Air untuk merebus.
Cara-cara :-
  1. Sediakan satu periuk yang muat sebelah ekor ayam tu. Masukkan semua bahan kecuali pewarna ke dalam periuk. 
  2. Rebus ayam itu sehingga empuk. Dalam setengah jam hingga 45 minit mungkin.
  3. Bila dah empuk keluarkan ayam dan toskan airnya. 
  4. Lumur ayam dengan pewarna kuning dan sedikit lada hitam.
  5. Bakar ayam kira2 15 hingga 20 minit dalam ketuhar.
  6. Masak, hias dan boleh dihidangkan.

Untuk di makan dengan ayam ni, aku tanak nasi pakai air lebihan merebus ayam tadi. Kira sesuai jugakla kan. Lepastu letak pewarna saffron. 
Ringkas2 je, tiada kuah atau acar pun. Makan regu berdua menu ni je.
Sekali lagi, ini lah dia ayam bakar aroma cumin. Baunya wangi jugak. Bau cumin tu lah. Bagi yang rasa nak mencuba, sila lah mencuba ya....


230916

Thursday, 23 May 2013

Ayam Bakar Manis

Ayam bakar letak madu...

Semalam pagi-pagi sebelum drive hubby ke Uni, gi cari lauk jap kat tempat biasa, Prospect lah. Bekalan ayam dah habis, tapi ada orang tu minta nak makan ayam, teringin nak makan yang bakar sekor terus. Jika beli yang siap kat Martina, kena belanja 3 kali ganda, tambah pulak sekarang kedai tu dah diambil alih oleh pengurusan baru pulak, set yang murah dulu dah tak ada, jadi sekarang ni mahal pulak rasanya. 

Permintaan pula, nak yang berperasa manis, nak yang letak madu dan biar berkilau rupa bila masak. Aik.. takkan nak nampak berkilau macam itik bakar resepi nasi ayam cina tu pulak. Pastu tak nak lembab sangat, biar kering-kering sikit (nampaknya aku kena pakai dulang yang ada pelapik, jangan bagi air dia bertakung).

Orang yang stress belajar ni, aku kena layan, sekali pun diri sendiri pun kucar-kacir juga selalu. Balik dari kelas knitting semalam mulalah buat prosesnya. A aah tersebut knitting, lama pulak aku tak bercerita pasal knitting, janji pada diri sendiri hari tu nak tunjuk hasil cubaan aku tu. Nanti lah...

Untuk bakar ayam ni aku sediakan bahan-bahan ringkas je seperti selalu selagi bernama aku...

Bahan-bahan yang aku pakai :-
  1. 1 ekor ayam (bersihkan tanpa dipotong)
  2. Garam dan gula secukup rasa
  3. Madu
  4. Lada hitam sesuka rasa
  5. Kicap dan karamel masakan (macam kicap juga)
  6. Halia
  7. Bawang putih
Cara yang aku buat :-
  1. Campurkan semua bahan rempah, gaul sebati dan lumurkan rata-rata pada ayam. 
  2. Perap selama lebih kurang setengah jam. 
  3. Bakar sehingga masak dan aku gunakan grill beralas sebab nak bagi kering.
  4. Boleh makan dengan nasi atau diratah.
 
 Alhamdulillah. Bolehlah diterima. 

Lepas makan tu bersembang ngan hubby yang aku teringatkan suasana dan ketika meratah dua ekor ayam bakar kat rumah aku bersama secouple sahabat di sini dulu, satu yang macam ni dan satu lagi jenis rempah BBQ serbuk tu. Jika sahabat tu masih mengingati detik-detik itu, teringin tak jika kita ulanginya lagi.... :-)