Total Pageviews

Showing posts with label Findon English Class. Show all posts
Showing posts with label Findon English Class. Show all posts

Friday, 2 December 2011

Last Day at Park Library English Class

Ini adalah library, tempat di mana telah hampir dua tahun aku berulang-alik ke kelas inggeris pada setiap hari khamis. Sebelum ni, kelas bermula jam 10 am hingga 12 tengahari. Tapi sejak sebulan yang lalu waktu telah di tukar kepada jam 1.30 tengahari hingga 3.30 pm. Kadang-kadang aku rasa mengantuk juga dalam masa tu. Yalah petang-petang begini. Jangan datang angin malas nak gi kelas dah.
Tapi hari ni adalah hari akhir aku dapat bersama-sama dengan teacher dan kawan-kawan di kelas ni. Sepatutnya kelas masih ada lagi untuk dua minggu. Tapi disebabkan aku dah nak balik Malaysia sabtu ni, maka inilah kelas terakhirku untuk sesi tahun 2011 ni. Aku gagahkan juga diri datang, sekali pun aku dah kepenatan mengemas rumah dan barang-barang keperluan untuk balik nanti. Banyak kali juga aku menguap masa dalam kelas. Tapi cepat2 cuba control.
Rakan-rakan dari China, Vietnam, Kemboja, Holland dan Burundi.

Sesi penggambaran atas permintaanku sebaik sahaja kelas tamat. Di sini ramai friend dari negara Asia seperti Vietnam, China dan Kemboja. Teacher kata muka aku pun lebih kurang sama je dengan muka dia orang. Pernah sekali tu, ada seorang student baru masuk, dia menuju ke arahku dan 'con cen- con cen' bercakap bahasa vietnam dengan aku. Aku melopong jelah. Bila dia tengok aku tersengih2 je tak respon pun pada dia, baru dia tanya yang aku ni bukan vietnamese ke? Aku tergelak sambil bagitau dia yang aku ni Malaysian. So baru dia say sorry. Kami jadi baik lepas tu. 
Ini lah teacher-teacher ku kat kelas ni. Yang slim tu namanya Kay Nowak, berasal dari Holland dan telah berhijrah ke Australia ni semasa perang dunia kedua dulu, manakala yang besar sikit tu bernama Barbara. Sebagai guru, kedua-duanya memang peramah dan baik hati. Siap mendoakan aku selamat dalam perjalanan dan happy selalu. Rindulah aku pada mereka nanti.
Dah tahu aku nak balik Malaysia, teacher Kay bagi aku buah tangan dan Christmas Card ni. Aku terima jelah tanda menghormati dia. Terharu aku menerimanya. Aku tak bagi apa pun pada dia, nantilah aku bawakan buah tangan dari Malaysia. 
Ok Kay and Barbara, I hope to see you soon.....

Posted by Picasa

Wednesday, 16 November 2011

Last Findon English Class 2011 Session


Bersama teacher dan freinds dari kelas di Findon. Dari kiri belakang; Robin (China), Bonica, Elizebeth, Teacher Margaret, Sun (Vietnam), Alex (Brazil), duduk dari kiri ialah Fatma (Brazil), Tina (China), Patricia (Spain) dan Aku sendirilah tu...
Tak terasa masa begitu pantas berlalu, rasa baru saja menyambut tahun baru 2011. Terasa baru saja memulakan kelas Inggeris diawal tahun. Tak terasa pula hari ni adalah hari akhir aku di kelas inggeris untuk sesi 2011 ini. Sedih pulak rasa hati untuk berpisah dengan rakan-rakan yang selalu tak lekang dengan gurau senda.
Terkilan juga kerana ramai rakan yang tidak hadir pada hari ini. Namun kelas berjalan lancar seperti selalu juga. Hari ini teacher Rhonda dah start bercuti, yang ada hari ni cuma teacher Margaret je. Sepatutnya kelas bergabung hari ni menjadikan kelas semakin ramai, tapi tak seperti yang dijangkakan. Walau bagaimana pun kelas tetap ceria seperti selalu.
Rakan yang berasal dari China (Tina) dan Patricia (Spain).
Fatma dari Brazil tengah menulis alamat emailnya untuk aku hantar gambar pada dia.
Mengemaskan kelas sebelum balik. Meja dan kerusi perlu di kemaskan kerana tiada lagi kelas untuk sesi ini.

Terima kasih kepada semua rakan-rakan atas kerjasama yang diberikan sepanjang kita sama-sama berada di kelas Margaret. InsyaAllah sesi depan kita jumpa lagi.....
Posted by Picasa