Total Pageviews

Thursday, 1 July 2021

Proses Memasak Gel Aloe Vera

Assalamualaikum wbt... 

Sirap Selasih Lemon dengan cebisan kiub Aloe vera. Panjang betul nama, 😊😊😊

Al-kisahnya bila NS tertengok cara memproses aloe vera dari you tube Kak Syima @Laman Herbaheartku,  (kredit buat kak Syima). Terima kasih dan halalkan ilmu ni ya kak. NS pula telah lama memiliki pokok aloe vera. Yang satu ni memang membesar gemuk. Dah beberapa tahun tak tahu nak guna sebagai apa. Membela saja dan lama2 bila dah makin besar, tersenget pulak dah pokoknya dari pasu.

Menurut Kak Syima, pemprosesan gel aloe vera ni ada 3 langkah penting :
  1. Mengeluarkan getah.
  2. Mengeluarkan lendir.
  3. Memasak gel 
Ini la salah satu pokok aloe vera NS. Ini pokok paling besar. Dah nak tumbang dah. 
Jadi, NS pun potong la 5 daun pokok ni untuk diproses mengambil gelnya untuk diletakkan dalam minuman sebagaimana yang NS tengok tutorial k Syima tu. Dalam pada memotong daun tu, kena berhati2 jangan bagi terkena getah aloe vera ni. Nanti gatal kulit yang terkena getah tu. Getahnya ada bersama lendir pada gel dan berwarna kuning. 
Ini yang NS ambil. Bahagian hujung yang atas tu NS potong sikit sbb tirus mengecil, lagi2 NS tengok cara Kak Syima buat pun gitu juga.😊
Daun aloe vera tadi dipotong2 pendek lalu direndam dalam air sekurang2nya selama setengah jam. Tapi jika ada masa, lagi lama lagi baik. Selepas tu, kita kupas kulit aloe vera untuk mengambil gelnya.
Gel aloe vera yang terhasil. 
Letakkan sesudu atau 2 sudu garam untuk digaul2 sambil diramas2 untuk mengeluarkan lendirnya.
Proses menggaul dengan garam. Akan berbuih begini. Jika nak gel dia lagi pejal, letakkan sedikit air kapur. Ramas sehingga terasa seperti lendirnya telah tiada lagi, baru dibilas dan disiram dengan air.
Gel yang telah tiada lendir lagi, dimasukkan ke periuk dan sedia untuk dimasak.
Masukkan air mengikut sukatan yang kita inginkan. Jika nak guna 3 cawan, letak 3 cawan, kata kak Syima. Tapi NS letak dalam secawan lebih je sebab nanti NS akan guna jellynya saja. Memasak gel aloe vera ni hanya sekejap sahaja. Sebaik mendidih je, terus tutup api. Seeloknya rebus menggunakan air yang telah dimasak kerana kita tidak nak didihkan lama. 
Bahan2 mudah yang NS gunakan untuk buat minuman.
Atas dari kanan, NS sediakan ais, gel aloe vera, gelas, hirisan lemon dan straw sebagai dekorasi, biji selasih dan bancuhan sirap lemon. Kemudian masukkanlah semua2 bahan tu ke dalam gelas serba sedikit. Kemudian letakla hirisan lemon tu ke tepi gelas, serta letak straw bagi cantik sikit dekorasiπŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†... dah boleh minum.... 
Ermm, nampaknya sirap ni kena lagi merah sikit lagi bagi cantik dan nampak menarik kan... ok la tak apa, lain kali buat, NS adjust ya... 

Ok, Selamat mencuba...✌✌❤


No comments:

Post a Comment