Total Pageviews

Thursday, 29 September 2016

Ketam goreng telur masin

Salam bahagia buat semua yang menyinggah atau tersinggah di blog yang tak seberapa ini, di doakan kalian semua sentiasa dalam peliharaan Allah SWT sentiasa... insyaAllah... Kali ni aku hanya menempelkan satu menu yang aku masak minggu lepas. Tak sempat aku nak tulis terus entry ni... tapi tidak salah kan. 

Menu ketam goreng telur masin ini telah lama aku bercita-cita hendak memasaknya... cuma susah bertemu jodoh. Sesekali aku makan yang di beli dari restoran Chan Abdullah. Memang mahal dan harganya pun makin lama makin naik pulak. Suka benar aku dengan ketam goreng telur masin ni. Selalu makan dengan meratahnya saja. Sedap sangat bak kata orang hingga menjilat jari...
Sebelum masak tu, aku studylah sikit dulu tentang resepinya... maklumlah tak pernah belajar atau diajar. Jadi aku cari dan belajar dari Mr. Google je lah. Pening pulak mana nak pilih sebab banyak sangat resepinya. Dalam banyak2 tu, aku tersangkutlah dengan satu resepi dari blog ni... terima kasih banyak2 dan kredit to blog 'Kathy jem'. Minta halal ilmu ni ya. Akan tetapi, aku tidakla dapat mengikut bahannya 100% kerana ada sedikit perbezaan pada penggunaan bahan-bahannya, cuma tidakla jauh sangat larinya. 

Ok jom kita tengok bahan-bahan yang dipakai :-
Bahan-bahan :-
  1. 2 ekor ketam besar
  2. 2 biji bawang besar dihiris nipis (aku tidak menggunakan bawang merah kecil kerana tiada di dapurku)
  3. 7 ulas bawang putih juga dihiris nipis.
  4. 2 biji cili padi dipotong  (bergantung kepada kepedasan yang diingini)
  5. 5 tangkai daun kari
  6. 5 biji telur masin (5 kuning telur dan hanya 1 biji putihnya). Lenyek2kan.
  7. 1 cawan susu cair
  8. 1 sudu besar mentega
  9. Sedikit garam
  10. Gula secukup rasa
  11. Sedikit lada sulah
  12. Sedikit tepung jagung
Cara-cara memasaknya :-


1. Rebus dulu telur masin. Asingkan kuning dan putih telur. Lenyek2 kan atau hancurkan.
Kuning dan putih telur asin yang telah dilenyek.

2. Basuh ketam dan potong kepada 2 bahagian. Gaul dengan sedikit garam, tepung jagung dan lada         sulah. Perapkan hanya seketika. Goreng hingga masak dan ketepikan.
Proses menggoreng ketam
Ketam yang telah siap digoreng

3. Dalam kuali yang sama, buangkan sedikit minyak menggoreng ketam tadi dan tinggalkan sedikit         untuk menumis.
4. Panaskan minyak, masukkan mentega bagi cair. Masukkan bawang merah dan bawang putih.               Tumis hingga naik bau. Masukkan pula daun kari dan cili padi. Kacau seketika.
5. Selepas itu masukkan kuning telur dan putih telur yang telah dihancurkan tadi. Gaul sebati.
    Masukkan pula susu cair dan lada sulah. Di sini sila rasa dulu sebelum masukkan garam kerana           bimbang terlebih masin disebabkan telah ada putih telur masin. Jika ok baru tambahkan garam           secukup rasa serta gula juga secukup rasa.
6. Masukkan ketam yang telah digoreng tadi, balik-balikkan supaya rata sos melumuri ketam. 

Errmmm.... aromanya cukup menggiurkan...
Kelihatan telah tergaul sebati...

7. Boleh dihidangkan samada dengan nasi putih atau diratah begitu saja... 
Aku hanya meratahnya begitu saja. Pada ketika ini, bersamanya aku meratah juga sayur bok choi goreng.

Alhamdulillah dapat menyiapkan menu kegemaranku ini. Mudah saja cara menyediakannya. Boleh la mencuba bagi yang belum pernah memasaknya. InsyaAllah senang. Sekian.... 

No comments:

Post a Comment