Total Pageviews

Saturday, 13 September 2014

Ayam Halia Muda

Selain menu ala-ala timur tengah especiallynya kebab la... aku tersangat juga menyukai masakan chinese food terutamanya yang kelihatan berkuah jernih, sup-supnya ke, yang rebus-rebus atau yang kelihatan seperti dikukus. Pastu tengok sayurnya pulak tidak layu, malah nampak segar je di mata, menghijau dan berkilat. Mungkin kah dish itu terus dimakan panas-panas bila saja siap dimasak? Jadinya tak adalah sayurnya nampak layu je kan. 
Ayam goreng halia muda

Dish ini aku masak pada 2, 3 hari lepas. Dengan menggunakan mana-mana bahan yang ada dalam fridge je. Itu pun selepas digelak oleh Mr. hubby.... sebab suka benar aku membeli sayur-sayur, sukalah konon, tapi nak masaknya entah bila. Hinggakan kekadang tu layu dulu sayur tu atau banyak kali juga terpaksa dibuang.... astaghfirullaaaahhh....

Ok... Sekali pun mudah saja cara masaknya, nak juga aku abadikan menu ini di sini....

Bahan-bahan yang aku pakai :-
  1. 200 gram isi ayam dihiris nipis 
  2. 1 labu bawang besar dihiris nipis
  3. 3 ulas bawang putih diketuk
  4. 2 inci halis muda dihiris lebar dan nipis (boleh letak lagi banyak jika suka)
  5. Brokoli (yang dah terperap lama dalam peti ais) hihihi... inilah fokusnya pada tajuk ni...
  6. Cendawan kering yang siap dihiris nipis, direndam sekejap untuk lembut
  7. Secawan air sebagai sedikit berkuah
  8. 1 sudu teh serbuk pati ayam knor
  9. 2 sudu teh tepung jagung
  10. 3 titik sos maggi
  11. 1 sudu teh sos ikan
  12. Garam dan gula secukup rasa
  13. 2 sudu besar minyak zaitun untuk menumis
Cara-cara :-
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah hingga hampir garing.
  2. Masukkan bawang putih, tumis seketika
  3. Masukkan halia, juga tumis seketika.
  4. Masukkan isi ayam dan cendawan, biarkan hingga ayam empuk.
  5. Masukkan air, serbuk pati ayam knor, sos maggi dan sos ikan. Rasakan dahulu sebelum letak garam, kot dah cukup masinnya. 
  6. Bila dah agak semua dah masak, baru aku masukkan brokoli. Dalam masa satu minit saja, terus aku masukkan air bancuhan tepung jagung dan tutup kan api. Tak nak lama-lama lagi takut brokoli tu layu.
  7. Kemudian baru aku taburkan 1 sudu teh gula ke atas sayur tu.
  8. Siap dan boleh dihidangkan. 

Jika cepat dimakan, insyaAllah rasa brokolinya masih crunchy.... ermmm suka sangat... sebab aku suka aroma kuat dari halia tu... boleh kunyah dengan dia sekali masa makan. Ini bagi aku yang suka la... tak dinafikan tentu ramai juga yang tak suka makan halia kan... :-)

2 comments: