Total Pageviews

Sunday, 29 June 2014

Salam Ramadhan 1435-H (2014)

Setelah 5 kali menjalani Ramadhan di perantauan yang setiap kalinya terkena dalam musim sejuk... nyaman dan selesa. Waktu yang dirasakan pendek saja untuk berpuasa. Berbuka dengan minuman panas sungguh menyegarkan. 

Kini selepas 5 musim, aku kembali dengan suasana Ramadhan di tanah air, bersahur dan berbuka pun dalam suhu yang panas dan berpeluh. Bukanlah aku seperti kacang yang lupakan kulit, cuma menyingkap akan perbezaan yang dialami semata...

Apa pun di mana pun kita berada, kita tetap berpijak di bumi nyata... "di mana bumi dipijak, maka di situ jugalah langit tetap dijunjung". Moga apa yang kita lalui hari ini akan sentiasa lebih baik dari semalam. 

"Salam Ramadhaanul mubaarak" sekali lagi. 

Friday, 27 June 2014

Homestay 24 Jam

Perancangan awal aku ke Sungai Petani dengan bermalam selama satu malam di mana-mana hotel atau motel atau mana homestay atau penginapan yang sesuai. Tak sangka pula 3 hari sebelum berangkat, tetiba kawan dari Kulim menelifon. Aku sebenarnya tidak terlintas langsung pada dia dek kerana mungkin terlampau banyak perkara yang bermain di kepala.

Dalam duk bercerita-cerita tu, aku bagitau lah program aku ke Sungai Petani. Apa lagi memujuk-mujuk la kawan ni untuk singgah ke rumah dia dan mengharap agar aku dapat bermalam di rumah dia. Bincang punya bincang, cubalah... boleh lah...

Jadi selepas selesai majlis yang aku lalui dalam entry sebelum ni, terus saja aku ke rumah teman aku yang pernah menetap sama-sama di Adelaide ritu. Berpandukan alamat yang diberikan dan dengan menggunakan GPS, tidak susah untuk menemui rumah kawan tu. Jadi tak perlulah dia keluar ke mana simpang untuk menjemput kami. Alhamdulillah....
Semasa baru sampai.....

Cuaca yang cukup panas dan kering musim sekarang ni tidak langsung menjejaskan keceriaan pertemuan. Banyak pulak cerita dan perkembangan. Sukanya aku tengok keadaan rumah kawan aku ni yang di lot tepi yang sangat luas aku rasakan dengan banyak juga pokok-pokok yang ditanamnya. Mangga, jambu mawar, ciku, pisang, rambutan yang tengah melebat dan bakal masak hujung tahun ini. Jadi atau tak menjadi buahnya, itu suku kira. Namun pokok-pokok tu dah tinggi-tinggi dan rendang kelihatannya. Katanya tak sempat diurus, maklumlah terlampau luas. Masa pun kurang.

Pada petangnya, dalam kesuntukan masa yang kami ada, dia bawa kami pusing-pusing daerah Kulim. Katanya nak makan capati. Tapi restoran yang ditargetkan tak beroperasilah pulak pada hari sabtu. 
 Tapi sebagai gantinya kami singgah minum petang di Restoran ini. Menu capati jugak. Tak kurang terkenal katanya.
 
Ini yang aku cuba. Jika sebelum ini capati bukanlah menu pilihanku, tapi kerana dah dikatakan di sini tempat glamour, jadi kena cubalah. Capati dengan kari daging sebagai pencicah pilihan. Memang kena dengan selera aku. Dah la kenyang makan di sini, malamnya kena lagi makan nasi kat rumahnya, kari ikan bawal emas menunggu kami.... :-) Amatla kenyang.... dan aku yang memang telah penat serta letih dengan urusan sejak semalam mudah saja melelapkan mata pada malam tu. Sudah aku berpesan awal-awal pada kawan aku ni, jika aku bercakap macam orang yang merapu-rapu, itu adalah kerana aku tengah pening, kepala pusing kerana tak cukup tidur... teruk betul rasanya.

Pagi esoknya, selepas dia orang menghantar anak-anak ke sekolah (anak-anak ke sekolah dengan mood kurang seronok sebab nak ikut program kita orang... kesiaaaan...), aku dibawa ke satu gerai yang selalu juga dia orang bersarapan di situ.

Singgah menikmati roti canai yang lembut dengan kuah dal sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi.


Satu pusat reksreasi dengan pelbagai aktiviti, 'Sedim Rainforest Resort' Sungai Sedim, Kulim.
 Tempat ni sebenarnya tidak berapa jauh dari rumah kawan aku tu.... ermm... dalam setengah jam perjalanan lebih kurang.
Berkebetulan pula pada hari aku berkunjung tu, ada beberapa group persatuan juga aktiviti sedang berlangsung. Jadi secara tak langsung aku dapat membayangkan tempat tu memang meriah suasananya. Cuma hari ini rezekiku hanya dapat meninjau seketika, bukannya untuk cuba mandi, berjunggle tracking ke apa. Tak cukup masa, insyaAllah lain kali boleh. Ok jom tinjau beberapa suasana....
Peserta lumba air sedang membuat persiapan....
 
 Di atas satu jambatan yang merintangi alur sungai... menuju ke hutan....
 


Pandangan dari atas jambatan....

Sedang meninjau tempat untuk lepak seketika....


Seronok merendam kaki di air sejuk...


Seronok betul si kecil ni mandi dan bermain air.

InsyaAllah ada masa, ada jodoh, ada rezeki nanti... akan sampai lah aku ke sini lagi.
Ermm... ini pula, restoran 'Nasi Ayam Periuk Besar' (N.A.P.B)
Restoran ini merupakan salah satu cawangan (dari induk), tempat yang selalu juga dia pilih untuk menjamu selera.
Masa nak order tu kena beratur, ramai jugak orang masa ni. Waktu makan tengahari katakan. Sibuk nampaknya. Caranya juga ada perbezaan. Kita diberi 3 pilihan ayam, madu, black pepper dan satu lagi aku lupa. Ada lagi pilihan lauk-lauk lain seperti hati dan pedal goreng. Aku try juga secucuk hati goreng garing.

Selepas membuat pilihan ayam, kita gerak ke depan untuk ambil order. kita dihulurkan dengan nasi dan ayam pilihan tadi. Seterusnya set yang lain berkonsep layan diri. Kita kena ambil sup (bawang goreng dan daun sup letak sendiri jugak), sambal ayam juga air asam (jika nak) dan salad (yang berbeza rupa) sendiri dan boleh tambah. Ermm menarik. Cuma Air kicap aku tak nampak. Yang pelik sikit sebab ada air asam sebagai pelengkap setnya.
Lain dari yang lain. 
Ini pula durian yang kami beli on the way balik dari Sungai Sedim tadi. Banyak juga peniaga durian. Tengah musim.
Kenyang makan nasi ayam periuk besar tadi pun belum hilang, makan durian pula sebagai pencuci mulut.
Ha... Si Adam ni teramaaaatlah sukanya makan durian.

Sebelum berangkat pulang. Lebih kurang 24 jam dengan penuh aktiviti. Dalam kenyang dan ngantuk, macammana nak drive nih. Ermm... perjalanan kami masih jauh. Beria-ria benar kawan ni minta aku datang lagi. Hanya jawapan insyaAllah yang aku janjikan. Terima kasih la atas segala layanan, moga dapat bertemu mata lagi... insyaAllah sekali lagi... 

Tuesday, 24 June 2014

Risik, Pinang & Bertunang

"Selamat bertunang Putera Bongsu"

Pengalaman menjadi 'main group' dalam hal nak merisik dan meminang anak orang. Jika sebelum ni tidak pernah pun ada pengalaman melihat atau mendengar buah bicara dalam majlis sebegini. Ada sekali dulu ikut sebagai tetamu jemputan tetapi terlambat sampai di mana sesi perbincangan hampir tamat. Yang penting bagaimana majlis beradat tu bermula. Mungkin ada pernah tengok dalam cerita- cerita tv... adakah sama?
Kali ini, disebabkan beberapa masalah kecil, jarak dan masa, juga keuzuran kedua orang tua, jadi kami, sebahagian kakak dan abang diwakilkan menjadi 'orang tua' buat adik bongsu. Oh ya... leadernya semestinyalah kak long dan abang long... :-)
4 beradik termasuk si teruna... 

Perjalanan ke Sungai Petani, Kedah. Aku memulakan perjalanan pada jam 6.45 pagi. Mungkin mengambil masa 4 hingga 5 jam dari tempatku. Bertemu dan berkumpul dengan ahli rombongan kecil di R&R Rawang.
 Selepas bersarapan dan kembali memulakan perjalanan yang masih jauh ke depan. 
 Tak lupa nak juga ikat reben di belakang kereta. 

Sekitar perjalanan majlis yang mana bakat si 'bidang-bidang' terjun terpaksa ditonjolkan ... :-) .... 

"Pergi berkelah ke Pasir Pekan
Penuh padat kereta Kenari
Lafaz bismillah kami mulakan 
Membawa hajat kami kemari"
 Sesi pantun la tu.... :-)
"Tinggi anjung kereta Kenari
Terkena ranting dek gelapnya fajar 
Sirih junjung kami bawa kemari
Ingin menyunting si .... ...."
 Majlis penuh simple dan ceria....
Selepas cincin pertunangan di sarungkan sebagai tanda, Si dara tersenyum penuh makna
"Indah buaian di dahan sena
Tempat bermain si anak kera
Legalah sudah hati Teruna
Pinangan diterima keluarga si Dara"
"Datang berkunjung ke negeri Kedah
Singgah bersarapan di R&R Rawang
Hajat dijunjung di terima sudah
Legalah hati yang dibawa pulang"

Semoga permulaan yang tulus akan sentiasa diiringi dengan kebaikan yang seperti yang diharapkan... aamiin..... 

*210614*

Thursday, 19 June 2014

Afternoon Tea

Set yang dibook awal secara on line. Selama 3 bulan tempoh tamat sahnya. Seperti yang sudah-sudah, pada last day juga terpaksa paksakan diri untuk membawa diri.... (ke restoran tu la). Prosedure biasala... kena call book tempat dulu kan. 
Berkeronyok dah tisu ni. Inilah tempatnya..... dan jom lihat apa yang ada.... 
Sampai-sampai tu, dah tahu mana satu meja kita sebab dah direservekan dan diletakkan tanda nama kita. Tanda nama je tau... yang ada atas meja tu, yang pinggan tingkat belum di hidang lagi. Sabarla sikit  :-). Eh.... suka-suka je panggil pinggan tingkat. Bukan apa, senang nak sebut.
Sebagai starter la ni ala-alanya.... sorry lupa dah apa namanya.... eeeei... jakun jugak.
Setiap orang di serve kan dengan 3 jenis minuman simple ni. Lepas tu, set seterusnya datang.... alamak... macammana nak habiskan ni.... jom tgk dari pelbagai sudut.
 Bukan buffet tapi kedebuk set ini di hidangkan di meja kita. Set for 2 person. Rm15 persatu kepala. 
Si Smoke Salmon ni, amat menjadi kegemaranku. Ini menu sihat kan :-)
Ermmm.... besarkan sikit gambar si cantik dan manis ni.... 
Nampaknya semua yang aku fokuskan ini manis-manis. Jadi kurang boleh diamalkan selalu ya. Sebenarnya ada cerita 'kenyang' disebalik entry minum petang ni. Mujur dapat tapau hidangan ini lebih banyak dari yang mampu di makan.... :-)


*010214*