Assalamualaikum.... Salam pertemuan.... salam ingatan... lama sangat dah rasanya aku tidak berkesempatan atau berkelapangan nak menjengah dan mencoret sesuatu di blog kenangan ini. Ya lah jika dah sebulan berlalu tu, kira dah lama sangat dah bagi aku. Tandanya memang tak sempat sangat la tu. Ada-ada saja yang menghalang. Macam-macam.... Lagi satu nak bercerita pun, mood mesti nak kena ada kan.... biar dapat meluah sepenuh hati, bukan dipaksa-paksa....
Pagi tadi... semasa menyidai kain di back yard, terpandang pada untaian pokok bunga telang ku yang makin berserabut menyelit di celah-celah pagar dawai. Sungguh galak pertumbuhannya. Kesian... aku sudah jarang memetik bunga-bunganya yang semakin banyak. Setiap hari ada yang baru muncul dan segar serta ada yang kuncup dan layu lalu kering kemudiannya. Tak larat dah aku nak petik. Dah banyak yang aku simpan frozen. Itu pun tak terbuat apa-apa. Tak apalah wahai bunga... berbungalah selagi kau segar, kurang-kurangnya bunga mu itu menghiburkan pandangan mataku...
Untuk pagi tadi, aku terfikir nak petik beberapa kuntum bunga telang ni untuk dibuat jus. Dapat juga menikmati minuman segar dan organik tengahari ni. Cara penyediaannya amat mudah dan simple sangat.
Rendamkan dua tiga kuntum bunga telang ke dalam air mendidih atau panas. Jika nak buat banyak seeloknya direbuskan terlebih dahulu (seperti entry sebelum ni). Tapi disebabkan hanya nak buat sikit je, rendam je la sekejap sehingga air menjadi biru.
Pastu, aku perahkan satu perempat potongan limau nipis (terpulang jika nak lebih masam). Jika tak suka masam, tak yahlah perah limau kan....
Tengok..... sebaik saja titisan limau nipis masuk ke air biru tadi, serta merta air biru tu bertukar warna menjadi purple. (Adakah ini tindakbalas asid dan alkali?)
Cantikkan warnanya.... macam warna Ribena pun ya...
Kemudian aku letakkan sedikit air gula yang tentunya untuk memberikan sedikit kecapan atau rasa manis untuk minuman ini. Jika suka juga, atau bagi penggemar minuman sejuk, boleh diletakkan ais untuk menjadikan ia sebagai minuman sejuk. Dari segi rasanya, lebih kurang sama juga dengan jus limau nipis (air bergula yang diperah limau).
Tapi apa salahnya jadikan jus organik ini suatu yang special untuk di minum..... cubalah nanti... :-)....
No comments:
Post a Comment