Salah satu peristiwa yang mungkin boleh terjadi bila sesekali kita berada dalam keadaan yang kurang stabil.... mungkin penat, terkejar-kejar sesuatu atau nak cepat, lapar atau seumpamanya lah...
Kisah yang menjadi memori kali ini ; Semalam aku ke tesco untuk lunch selepas sepanjang pagi tu menanggung sakit kepala yang agak berat. Sebelum tu cuba buat terapi dengan memotong atau mancabut rumput atau senang sebut bersihkan sikit my backyard tu. Tapi selepas berpeluh pun sakit kepala belum hilang... hatta dah telan panadol pun masih belum berkesan.
Memudah cara, tak masak tengahari.... hubby ajak je makan di luar.... bersiap-siap se'comel'nya, perut pun semakin lapar...
Sampai di tesco, turun kereta dan terus berjalan masuk ke food court. Terasa peliiik je, kenapa aku berjalan seperti berjengket-jengket gaya orang sakit kaki ni.... pelik pulak rasanya.... Kenapa dengan kaki aku? Bila aku pandang je ke kaki....
MasyaAllah......
Macammana boleh tersalah ambik pasangan yang salah ni.... Malunyeeeee.... warna ok la masih sama... cuma sebelah yang ada heel sikit dan sebelah lagi yang flat.... patut la bila jalan jadi macam orang sakit kaki...
Apa aku nak buat? Yang spare dalam kereta tak ada.... Cakap ngan hubby nak balik dulu walaupun rasa tak munasabah... balik tak datang semula dah.... tapi hubby kata tak apa warna dah sama tu... orang takkan perasan... pujuknya...
Lapar punya pasal aku teruskan berjalan juga... hubby kata tak pa, dia tolong coverkan. Hihihi :-).... Kenalah aku melangkah dengan amat bersopan... langkah slow-slow supaya orang tak kan perasan.... control cara melangkah. Orang mungkin tak perasan tapi akulah yang perasan :-p.... Maka berjalanlah kami dengan romantisnya......
Dah habis makan tu, jimatlah masa, tenaga serta ongkosnya.... sebab kena terus balik dah.... malu dah nak pusing-pusing lagi.....
*** pengajarannya... seeloknya kena selalu ada selipar atau kasut spare dalam kereta... sekalipun kereta pinjam macam situasi aku ni..... *** :-(
No comments:
Post a Comment