Total Pageviews

Tuesday, 21 January 2014

Berharganya Besi Karat

Pembakaran terbuka yang dilakukan dengan sengaja.

Apa yang dibakar tu? Itu adalah tilam usang... tilam lama yang sekian lama tidak digunakan, malah umurnya pun sudah sesuai untuk tidak digunakan lagi. Jasanya amat-amat dihargai selama menggunakannya. Idea nak membakarnya demi nak mengurangkan sikit bahaya yang mungkin tercetus dari tebalnya lalang yang liar memenuhi tanah terbuka dan terbiar ini. Kawasan di belakang rumah. Walaupun bukanlah bermaksud membakar sehingga menjadi lapang, kerana itu pun bukannya senang nak dikawal nanti sekiranya api sudah merebak.
Laman asalnya yang dipenuhi dengan lalang dan tumbuhan lain juga, pernah ada kejadian datangnya Cik 'U' ke rumah- rumah membuat lawatan yang entah dari mana muncul... cuma diagak ada kemungkinan dari sini. Bukankah itu salah satu perkara yang ngeri juga menggerunkan. Mungkin juga dari ladang kelapa sawit di kawasan sebelah. Mungkin juga kunjungan asalnya kerana ingin melawat satu kawasan reban ayam yang semakin meluas diusahakan oleh jiran depan rumah. 
Senangnya hangus kesemuanya. Yang tinggal kerangka-kerangka besi yang tidak lut dimamah api. Sedang elok je api nak padam, terasa-rasa rintiknya hujan sedang mula turun. Bagus juga kerana dapat membersih abu tilam ni nanti.
Hujan yang lebat bersama guruh yang kuat serta kilat yang terpancar... satu perkara yang menggerunkan bagi aku.
Si comel berdua ni pun takut-takut juga, tidak bermain jauh dari tuan mereka.

Selepas hujan reda.....
Hangus semua sekali... dah diusung pantas oleh pencinta besi.... hebat sekali pencarian mereka... Betapa bernilainya besi karat itu... tak ada chance untuk tuan dia sendiri... :-)
Pemandangan beberapa hari kemudian selepas Persatuan Penduduk membayar kepada satu syarikat untuk meng'clear'kan lalang-lalang liar itu.... Berapa lama bertahannya sebelum lalang kembali menebal... selagi mana rancangan asal untuk pembangunan rumah kedai belum terlaksana....

TDM @ Gotong-Royong

Program tahunan wajib di TDM...
Laksana sesi pengiklanan.... seolah, "keluarlah lah beramai-ramai..." :-) lebih kurang gitu la kan....
Program pagi minggu ini dimulakan dengan ucapan ringkas dari Penghulu Kampung.
Ini pula ucapan dari Pengerusi Persatuan Penduduk TDM.
Sedikit huluran sumbangan dari penghulu kampung.

Kemudian aktiviti gotong royong pun bermula.... layan gambar jelah ya... tengok-tengok suasana... 
Kanak-kanak pun turut sama memeriahkan majlis...
Tu tengok tu.... besarnya bekas sampah yang dipinjam khas dari Majlis Daerah... akan penuh terisi tu nanti....

Sesi berehat selepas aktiviti....
  Segala peralatan yang digunakan kembali dikumpulkan.

Di bawah ni pulak, aktiviti aku di dapur sejak pagi.... setiap individu secara sukarela dialu-alukan menyumbang sedikit juadah. 
Tak banyak pun, dalam lebih kurang 30 bungkus nasi berlauk.... :-)
Menu nasi berlauk Kelantan, siap dibungkus... :-)

Misi selesai..... till meet next activity... :-)

Tuesday, 14 January 2014

Salam Maulidurrasul1435-H (2014)

'WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH'
Salam Maulidurrasul pada tahun ini 1435H (2014).... Sama-sama kami mengharapkan syafaat mu ya Rasululullah Sallallahu Alaihi Wasallam..... 

Sabda Rasul SAW atau sebagaimana katanya baginda : "Aku tinggalkan kamu dua perkara yang mana kamu tidak akan sesat selama-lamanya selagi mana kamu berpegang pada kedua-duanya, iaitu kitab Allah (al-Quran) dan sunnah Rasulullah SAW......."


Monday, 13 January 2014

Tersalah Yang Tak Salah

Salah satu peristiwa yang mungkin boleh terjadi bila sesekali kita berada dalam keadaan yang kurang stabil.... mungkin penat, terkejar-kejar sesuatu atau nak cepat, lapar atau seumpamanya lah... 

Kisah yang menjadi memori kali ini ; Semalam aku ke tesco untuk lunch selepas sepanjang pagi tu menanggung sakit kepala yang agak berat. Sebelum tu cuba buat terapi dengan memotong atau mancabut rumput atau senang sebut bersihkan sikit my backyard tu. Tapi selepas berpeluh pun sakit kepala belum hilang... hatta dah telan panadol pun masih belum berkesan. 

Memudah cara, tak masak tengahari.... hubby ajak je makan di luar.... bersiap-siap se'comel'nya, perut pun semakin lapar... 

Sampai di tesco, turun kereta dan terus berjalan masuk ke food court. Terasa peliiik je, kenapa aku berjalan seperti berjengket-jengket gaya orang sakit kaki ni.... pelik pulak rasanya.... Kenapa dengan kaki aku? Bila aku pandang je ke kaki.... 
MasyaAllah...... 
Macammana boleh tersalah ambik pasangan yang salah ni.... Malunyeeeee.... warna ok la masih sama... cuma sebelah yang ada heel sikit dan sebelah lagi yang flat.... patut la bila jalan jadi macam orang sakit kaki... 

Apa aku nak buat? Yang spare dalam kereta tak ada.... Cakap ngan hubby nak balik dulu walaupun rasa tak munasabah... balik tak datang semula dah....  tapi hubby kata tak apa warna dah sama tu... orang takkan perasan... pujuknya... 

Lapar punya pasal aku teruskan berjalan juga... hubby kata tak pa, dia tolong coverkan. Hihihi :-).... Kenalah aku melangkah dengan amat bersopan... langkah slow-slow  supaya orang tak kan perasan.... control cara melangkah. Orang mungkin tak perasan tapi akulah yang perasan :-p.... Maka berjalanlah kami dengan romantisnya...... 

Dah habis makan tu, jimatlah masa, tenaga serta ongkosnya.... sebab kena terus balik dah.... malu dah nak pusing-pusing lagi..... 

*** pengajarannya... seeloknya kena selalu ada selipar atau kasut spare dalam kereta... sekalipun kereta pinjam macam situasi aku ni..... *** :-(

Wednesday, 8 January 2014

Menara Kuala Lumpur

Kawasan parking motor di Menara Kuala Lumpur.

Segan juga nak berkisah, bumi yang dipijak selama ini tapi belum pernah bertapak ke sini. Jika jauh tu ye la jugak, tapi ini kan satu negeri je... ini pun bila satu kali ni my hubby belikan voucher untuk buffet lunch di Atmosphere 360 - Revolving Restaurant @ KL Tower atau senang aku nak sebut sebagai restoran berpusing lah.

Kerap kali bila dah last minute, baru terhegeh-hegeh nak booking tempat... tarikh sah voucher tu pun lg sehari nak expired baru cuba cari masa nak pergi. Aku ingat masa tu hari cuti keputeraan Sultan Selangor 11 Disember, so kira cerita 3 ke 4 minggu lepas la ni. Waktu yang dibolehkan adalah antara jam 1.30 tengahari hingga jam 3.00 pm. Itu dah tentunya sebab selepas tu dah jadi waktu minum petang dah. 

Rasanya bertolak dari rumah dah cepat.... turun kurang jam 12 tengahari. Itu pun mujur bergerak dengan motor. Mudah cari jalan. Tempatnya tak pernah sampai, itu yang bersesat-sesat dahulu, punya lah lama juga nak cari jalan masuk tu... menara tu memang nampaklah... itula kata, mujur la naik motor, senang nak corner-corner, buat u-turn juga menyelit-nyelit celah-celah kereta. Tak sangka pula jalan pun sesak. Akhirnya jumpa juga setelah dah lenguh-lenguh pinggang berada lama atas motor.
Sampai ke dalam tu agak lewat dari masa yang ditarget. Melalui kawalan dan pemeriksaan yang agak ketat. Dah sampai di restoran tu yang jika tak silap aku yang guide tu bagitahu, berada di level 80. Telinga ku rasa tersumbat dan berdengung juga kerana ketinggiannya. Masa sampai tu meja masih penuh dengan pengunjung yang datang awal yang tidak sesat dan terlambat seperti aku ni (sebab aku juga datang awal tapi sesat dulu) menyebabkan aku terpaksa menunggu beberapa minit di tempat yang dikhaskan menunggu sehinggalah nama kami dipanggil selepas ada meja kosong.... lalu kami diiringi ke meja yang tersedia.... Seperti pengalaman biasa sebelum ini, kami dihidangkan dengan minuman sejuk sebagai ala-ala welcome drink... waaauuu..... layanan.... 
Bawah, kiri, berada di tempat menunggu.....
Di sini aku dapat melihat begitu luasnya tempat ini dengan berpuluh menu yang dihidangkan. Tak tahu nak ambil yang mana dulu. Berbagai menu barat dan timur, menu makanan Melayu, Cina juga India serta pelbagai jenis dessert juga buah-buahan. Tapi dalam berpuluh-puluh pilihan yang ada.... jom tengok apa yang aku hanya aku pilih.... 
Nasi beriani bersama udang masak lemak, sayur campur goreng, aneka seafood goreng tepung, ikan siakap besar tandoori, kari kambing serta lauk itik....
Aku juga ada menjamah satu dua isi kupang masak black papper, tapi aku kurang gemar dengan rasa terlebih manisnya... 
Meratah udang termasuk dalam kegemaranku...
Selepas hanya menjamah semua tu serba sedikit, tekak dah rasa muak. Aku try lah salad ni.
Sekalipun perut dah rasa teramat kenyang, astaghfirullahal aziiim..... berdosanya dah terlebih makan ni..... demi rasa dah bayar mahal-mahal tu, ambiklah juga orang kata pencuci mulut ni..... comel-comel je dessert-dessert ni... kemudian lunch ku disudahi dengan secawan coffee panas sebagai penolak rasa muak.....

Banyak sangat lagi menu-menu yang belum dicuba. Dah terlampau kenyang dah tu.. makanan terlalu banyak, tapi tak berani aku nak snap gambar lebih-lebih sebab dah ada terma dan syarat tentang larangan membawa camera.... jika untuk kenangan bersama pemandangan puluhan bangunan nun di luar sana tu boleh diterima.  
Semasa lantai restoran yang turut mengarahkan mejaku berpusing ke arah pemandangan Twin Tower KLCC.
Salah satu fenomena dan pemandangan indah dilihat dari level 'observation deck' atas Menara Kuala Lumpur....

Akhamdulillah atas rezeki dan pengalaman hari ini. Lepas ni menunggu masa untuk ke Aquarium pula. Voucher dah ada cuma tak sempat nak terus masuk pada hari tu.... InsyaAllah booking hari yang sesuai nanti...

Tuesday, 7 January 2014

TDM @ Sambutan Ambang Tahun Baru 2014

Seperti selalunya pun jika melibatkan acara Persatuan Penduduk ni, aku tak nak jadi orang yang datang lambat. Boleh ada tempat duduk, time pergi tu kalau boleh orang belum bersesak. Sekali pun aku bukannya ada tugas apa-apa tapi lebih selesa jika dapat usahakan untuk datang menepati waktu. Dari siang tadi dah macam perasan tengok AJK yang dah sibuk menguruskan tempat utama setiap aktiviti Taman ni dengan persediaan tempat, penyusunan kerusi meja serta pemasangan khemah semua. Sudah tentu semua itu bagi memastikan majlis dapat dimulakan tepat pada masanya.
Datang awal pun orang dah mula memenuhi kawasan Taman di mana majlis ini diadakan. Ada yang dapat duduk di kerusi, juga ada yang santai bersila di atas tikar yang dibentangkan.
Pengerusi Persatuan Penduduk sedang berucap memulakan majlis dalam suasana kelam yang datang dari asap BBQ....
Ramainya tengah ambik makanan..... Aku macam biasalah, tunggu orang lengang sikit, malu la nak berebut.... tapi itulah aku....
 
Antara yang aku nikmati selain secebis ayam juga kambing BBQ.

Port BBQ pula tidak pernah lengang dengan kerumunan terutama kanak-kanak sehinggalah habis bekalannya. Laku sungguh....
Antara mereka yang berkaraoke sementara menunggu detik 12 malam.....
Sebelum pengiraan detik 10 saat terakhir ke 12 tengah malam, nyanyian lagu 'Negaraku' dinyanyikan oleh warga penduduk yang hadir. Masa ni kebanyakan anak-anak kecil dah tidur dan mengantuk.... 

"SELAMAT TAHUN BARU 2014"......