Total Pageviews

Wednesday, 13 November 2013

Juice Kedondong Asam Boi

Istimewa sebagai welcome drink.......
Teroverkah cara aku menyambut para tetamu ku... Dengan jus kedondong asam boi yang diinspirasikan dari Restoran Seri Keningau. Apabila aku sendiri sudah suka, apa salahnya kongsikan dengan tetamu aku pula untuk mencubanya.  
Tersedia di meja untuk tetamu yang baru tiba dari Kota Bharu, Kuantan dan Kajang sana. Dengan kepenatan perjalanan selama 8 hingga 9 jam (jika dari Kelantan), sudah tentu ada keterujaan untuk mereka meneguk minuman jus yang dapat menyejukkan anak tekak masing-masing.

Tidaklah aku tahu cara yang tepat bagaimana untuk menghasilkan jus kedondong asam boi yang sedap. Namun jika setakat nak menyamakan rasa dengan apa yang telah aku cuba di restoran tadi, aku yakin ianya tidaklah sepayah mana.
 
Atas sekali dua exsperimen yang telah aku buat, aku cuba pastikan rasa yang bakal dikecap nanti akan sama dengan yang diproses di restoran atau sekurang-kurangnya hampir sama.

Bahan-bahan:-
  1. Buah kedondong secukup yang mahu. Aku agak 2 atau 3 biji kedondong untuk satu gelas (bergantung kepada saiz buah dan untuk yang suka pekat). 
  2. Beberapa biji asam boi. Tidak banyak digunakan supaya rasa asam boi tidak lebih terserlah dari rasa kedondong... 
  3. Air secukupnya.
  4. Gula.
Cara-cara :-
  1. Rebus beberapa biji asam boi dengan sedikit air. Air nanti dipakai untuk blander buah.
  2. Buah kedondong dibasuh. Bahagi kepada 2 bahagian. Setengah dibuang kulit dan setengah lagi tidak. Tapi aku suka bersama kulit untuk lebih lagi rasa purenya jus kedondong nanti.  
  3. Blander buah kedondong dengan air rebusan asam boi tadi bersama sedikit gula. Ingat...rasa air asam boi mesti jangan lebih terserlah dari kedondong ya. Jika tidak namanya bertukar menjadi 'jus asam boi kedondong' pulak nanti. 
  4. Sediakan gelas untuk jus. Masukkan sebiji asam boi yang direbus tadi ke gelas. Tuangkan jus kedondong yang telah dimasukkan ais ke dalam gelas tanpa perlu ditapis pun. Terpulang, tetapi jika ditapis jusnya menjadi kurang pekat.
Setiap gelas dimasukkan sebiji asam boi...
Rupa jus yang baru saja diblander dan dituang ke gelas. 
Hiaslah jika suka..... dan kemudiannya boleh dihidangkan untuk tetamu... :-)
Semasa minum di restoran Seri Keningau. Jusnya lebih kaw, pekat dan lebih terasa.
Tapi yang ini semasa minum disatu restoran lain yang mana rasa buah kedondongnya lebih dikuasai oleh rasa asam boi.... 

Bagi yang belum mencuba bolehlah try buat sendiri.... :-)


No comments:

Post a Comment