Total Pageviews

Sunday, 24 November 2013

Ais Krim Kelapa

Masa jalan-jalan kat pasar malam Setia Alam semalam..... kan panjang pasar malam ni... agak aku dalam satu kilo atau lebih jugak kot panjangnya... 

Lebih kurang sama banyak penjual cina dan melayu nya, peniaga india pun tak kalahnya... masing-masing mencari rezeki la kan... tak pulak aku sangka yg aku seringkali dan banyak kali tangok orang melayu membeli di gerai cina. Ini cakap pasal gerai makanan ya, bukan pasal gerai sayur ke... buah ke... atau seumpamanya yang boleh diterima. Kekadang aku dapat tengok dia orang ni beli masakan panas yang digoreng di depan mata... semalan aku dapat lihat lagi pembeli melayu membeli ayam goreng dari peniaga cina... tak terfikir aku... 

Tapi aku cubalah berhusnun dhon kan. Mungkin si pembeli ni tahu yang bahan-bahan yang digunakan memang halal... mungkin juga si peniaga cina tu beragama Islam kan... apa yg aku cuba bersangka ni... tak tahulah betul ke tidak... tapi apa pun Allah maha mengetahui dan menilai...... Allahu Akbar... 

Berbalik pada apa asalnya aku nak ceritakan ni ialah pasal terjumpa aiskrim ni.... ya lah kan, jauh berjalan sepanjang lajuran gerai ni, dalam rimas panas dengan ramainya manusia yang mengunjungi, tekak tentunya rasa haus dan dahaga... semua air yang nampak rasa nak ditegukkan. Sehinggalah sampai di gerai hujung, aku dan mr.hubby tengok gerai ais krim kelapa ni... disamping rasa dahaga walapun aku tahu ais krim tak mampu nak hilangkan haus, tapi nak juga cuba apa yang baru aku jumpa ni.
 Comelnye ais krim kelapa ni.... cuma harganya yang tak berapa comel... rm5 untuk satu tempurung ni... ya, ianya diservekan dalam tempurung kelapa muda. 
Dalam tempurung muda ini, diletakkan dua tiga keping torehan isi kelapa. Kemudian diisi dengan 2 scoop aiskrim yang berperisa kelapa dan kemudiannya di letakkan dengan isi jagung rebus serta ditabur dengan kacang tanah goreng... 

Dari segi rasanya bolehlah untuk di cuba... 

Wednesday, 20 November 2013

Aroma Nusantara Restaurant

Restoran yang baru dibuka dalam beberapa tahun. Belum sampai usianya 4 tahun. Terletak di tepi jalan besar sahaja, iaitu Jalan Meru. Jika arah anda dari Bandar Klang, restoran ini akan berada di sebelah kanan, berkedudukan antara jalan Puding dan Jalan Mahang 1. Begitulah sebaliknya jika anda datang dari Puncak Alam atau Pekan Meru, lokasi restoran ini pasti berada di sebelah kiri jalan.

Apa yang aku tahu, restoran ini menyediakan sarapan pagi, makan tengahari juga malam. Masakan ala-carte juga ada. Ruang restorannya kelihatan lapang dan boleh dikatakan bersih.
Tempat sesekali, juga kerap kali geng-geng bapa TDM lepak, sebagai tempat perbincangan, pertemuan juga mungkin sekadar suka-suka setelah kepenatan seharian bekerja. Bila hubby bercerita, timbul juga keinginan mencuba. Setakat sekali dua pergi tu bolehlah, bukan boleh selalu. Pergi pun selepas waktu isyak, macam tadi juga, saja mengambil angin luar pada malam hari ketika tidak kesuntukan masa. Apa yang hanya aku ingin cuba.....
 
 Hanya kerang bakar ni saja. Bukan semua restoran ada kerang bakar. Harga nya Rm2.30 perset.
 Abc Special berharga Rm3. Macam bangunan nak runtuh dah. Tersenget sikit. Selera ku dapat menerima akan rasanya.
 
Itu tea ais. Malam-malam pun minta tea berais. Malaysia kan... gitulah...

Masa datang kali pertama ritu, aku ada mencuba menu biasa yang harus aku cuba... :-).... menu nasi putih bersama....
Siakap 3 rasa... ya secukup rasa, cuma harganya tinggi sikit.
 Sup cendawan, boleh tahan rasanya....
Udang tepung.... Sedap dimakan panas-panas.

Selamat berkunjung......

Wednesday, 13 November 2013

Juice Kedondong Asam Boi

Istimewa sebagai welcome drink.......
Teroverkah cara aku menyambut para tetamu ku... Dengan jus kedondong asam boi yang diinspirasikan dari Restoran Seri Keningau. Apabila aku sendiri sudah suka, apa salahnya kongsikan dengan tetamu aku pula untuk mencubanya.  
Tersedia di meja untuk tetamu yang baru tiba dari Kota Bharu, Kuantan dan Kajang sana. Dengan kepenatan perjalanan selama 8 hingga 9 jam (jika dari Kelantan), sudah tentu ada keterujaan untuk mereka meneguk minuman jus yang dapat menyejukkan anak tekak masing-masing.

Tidaklah aku tahu cara yang tepat bagaimana untuk menghasilkan jus kedondong asam boi yang sedap. Namun jika setakat nak menyamakan rasa dengan apa yang telah aku cuba di restoran tadi, aku yakin ianya tidaklah sepayah mana.
 
Atas sekali dua exsperimen yang telah aku buat, aku cuba pastikan rasa yang bakal dikecap nanti akan sama dengan yang diproses di restoran atau sekurang-kurangnya hampir sama.

Bahan-bahan:-
  1. Buah kedondong secukup yang mahu. Aku agak 2 atau 3 biji kedondong untuk satu gelas (bergantung kepada saiz buah dan untuk yang suka pekat). 
  2. Beberapa biji asam boi. Tidak banyak digunakan supaya rasa asam boi tidak lebih terserlah dari rasa kedondong... 
  3. Air secukupnya.
  4. Gula.
Cara-cara :-
  1. Rebus beberapa biji asam boi dengan sedikit air. Air nanti dipakai untuk blander buah.
  2. Buah kedondong dibasuh. Bahagi kepada 2 bahagian. Setengah dibuang kulit dan setengah lagi tidak. Tapi aku suka bersama kulit untuk lebih lagi rasa purenya jus kedondong nanti.  
  3. Blander buah kedondong dengan air rebusan asam boi tadi bersama sedikit gula. Ingat...rasa air asam boi mesti jangan lebih terserlah dari kedondong ya. Jika tidak namanya bertukar menjadi 'jus asam boi kedondong' pulak nanti. 
  4. Sediakan gelas untuk jus. Masukkan sebiji asam boi yang direbus tadi ke gelas. Tuangkan jus kedondong yang telah dimasukkan ais ke dalam gelas tanpa perlu ditapis pun. Terpulang, tetapi jika ditapis jusnya menjadi kurang pekat.
Setiap gelas dimasukkan sebiji asam boi...
Rupa jus yang baru saja diblander dan dituang ke gelas. 
Hiaslah jika suka..... dan kemudiannya boleh dihidangkan untuk tetamu... :-)
Semasa minum di restoran Seri Keningau. Jusnya lebih kaw, pekat dan lebih terasa.
Tapi yang ini semasa minum disatu restoran lain yang mana rasa buah kedondongnya lebih dikuasai oleh rasa asam boi.... 

Bagi yang belum mencuba bolehlah try buat sendiri.... :-)


Tuesday, 12 November 2013

Steamboat Akhir Zulhijah

Menu Tetamu Akhir Zulhijjah.....
Sesekali menyambut tetamu dengan menu sebegini, secara buffet layan diri.... 

Tak terancang sebenarnya, Tiba-tiba tetamu nak datang, plan berubah. Kata mereka awal cuti sekolah akan menziarahi aku. Tapi kerana bola punya pasal, plan teranjak ke depan, tapi aku tak kisah pun. Cepat atau lambat pasti aku diziarahi juga kerana mereka pernah berjanji. Diuji pulak masa tu, aku baru nak baik dari demam yang tak pasti pulak penyebabnya, sebab lama dari selalu. Orang liat nak jumpa doktor gitu lah... Lepas dah tak baik-baik selepas 6 hari barulah terpaksa jumpa doktor. 

Tipulah jika 13 + 2 kepala yang nak datang berkunjung tidak membuatkan aku jadi kalut. Semuanya aku selongkar dari selimut, TOTO, bantal, towel, telekong, kain sarung dan batik semua termasuk cadar dan pillow case. Mana-mana yang dah terperap lebih 4 tahun tu aku keluarkan. Sorrylah tetamu semua jika semua barang tu berbau kayu (sebab dah lama simpan dalam almari kayu).

Bab tu satu hal... namun aku yakin mereka pun bukannya kisah, semua ber ala kadar je... tapi mestilah tetamu tu kita kena raikan juga kan.... Pendek cerita, buat style layan diri... tak banyak kena masak.... Aku sediakan saja menu steamboat ni disamping ada juga nasi putih untuk tetamu yang berperut Melayu.... Antara bahan-bahan yang dipilih....

Chicken fillet, sotong dan udang....

Fish, crab dan prawn ball. Join sekali sayur bok choy juga cendawan. Cendawan apa tu ya.. lupa... cendawan butang kot...

Bagi yang nak samada mee kuning atau pun bihun putih. :-) bihun memanglah putih kan... Jangan risau, nasi putih pun ada sebenarnya....

Kuah steamboat, aku lebih suka jika yang berkuah tomyam cair-cair je. Jadi macam biasalah, semua mana-mana bahan yang diminati, ambil dan celup je bagi empuk dalam kuah. Oh ya dalam kuah tom yam tu aku suka letak setangkai dua daun ketumbar. Ada juga orang yang tak suka akan bau dia. Tapi bab ini aku ok je, macam wangi je... Ok, boleh juga jika aku nak letak resepi termudah di sini....

Bahan-bahan kuah :-
  1. Air sebanyak mana nak jadikan kuah.
  2. Kiub dan paste tomyam (aku pakai kiub adabi serta paste tomyam knorr)
  3. Serai
  4. Daun limau 
  5. Garam 
  6. Bawang besar yang dibelah 4
  7. Daun ketumbar
Cara-Cara buat kuah :-
  1. Semuanya aku satukan dan masak hingga mendidih dan hingga dah rasa masak. :-)...
Bahan-bahan celupan / isi steamboat :-
  1. Mee atau mihun
  2. Chicken fillet
  3. Sotong
  4. Udang
  5. Fish ball
  6. Crab ball
  7. Prawn ball
  8. Sayur bok choy atau apa-apa yang disukai
  9. Cendawan
Tambahlah apa-apa saja yang digemari pun, tiada hadnya. 

Biasanya jika steamboat yang dah berkuah tomyam ni, sudah sedia ada secukup rasanya. Tak nak buat sos pencicah pun dah tak apa. Tapi aku buat juga sos simple. Biasanya yang berkuah soup itulah yang kena ada pencicahnya.

Dah siap susun atur bahan tu...bolehlah start makan, masing-masing layan diri....
 

Dessert di akhir hidangan.....

Berkebetulan surprise sambutan hari lahir Ma tersayang ke- 65 pada malam ini (1/11/13).

3 antara 6 beradik anak ibu mertua.... Siapa nampak paling manis dan siapa kelihatan paling garang.... :-)

 Penat memang penat pun.... namun diatasi dengan kemeriahan yang lebih terserlah.......
Posted by Picasa

Monday, 4 November 2013

Salam Muharram 1435H (2013)

"Salam Muharram dan Selamat Tahun Baru Hijrah 1435H (5/11/2013). Moga azam dan harapan kita sentiasa diiringi rahmat dan kejayaan dunia & akhirat".