Total Pageviews

Sunday, 29 April 2012

AppLe & StRawBeRRy PicKing

Musim apple kembali lagi. Kebiasaan waktu dan masanya adalah pada setiap musim luruh. Di sini musim luruhnya akan berlaku pada antara bulan mac hingga mei. Manakala pada setiap bulan april, akan bermulalah peluang untuk memetik apple di buka untuk orang ramai. 

Sebenarnya ini adalah musim luruh ke-3 bagi aku di sini dan mungkin inilah juga musim luruh terakhir aku yang telah bermukim buat sementara di sini. Selepas ini bila lagi agaknya boleh aku harungi musim ini lagi.

Untuk tujuan memetik apple ini, aku perlu ke satu tempat yang terletak di 'Adelaide Hill' iaitu di Hollidays Road, Summer Town. Jarak untuk ke Summer Town dari rumah ku kira-kira 26 kilometer dan perjalanan mengambil masa dalam setengah jam. Aku tidak pernah tahu selain dari tempat ini yang ada menyediakan peluang kepada public untuk memetik apple sendiri. Sepanjang aku berada di sini, aku hanya tahu inilah satu-satu tempat yang ada.

Sebenarnya nak makan sangat tu tak adalah. Sebab kita boleh dapatkan apple untuk di makan sepanjang tahun dan di mana sahaja. Apa yang membuatkan aku nak sangat ke sini adalah kerana nak merasai pengalaman berdepan dengan kebun apple yang luas, buahnya yang melebat, malah terbiar jatuh berlambakan di bawah pokok. Aku ingin berada di bawah rimbunan pokok apple yang rendang, ingin menarik dan memetik buah dengan tangan sendiri malah memakan buah dari setiap pokok dan mencari buah yang paling manis dan rangup. Aku ingin merakam kenangan dari setiap sudut pokok dan buah apple yang masak bergantungan dengan berbagai aksi girang. Mungkin pengalaman ini tidak mampu lagi aku ulangi.

Ok.... dengan hanya masuk kebun free dan boleh makan sebanyak mana yang mahu, maka bebaslah kita memilih buah-buah yang kita nak makan dan kutip. Makanlah sepuas-puasnya. Cuma kita akan membayar dan menimbang buah yang akan kita bawa keluar dari kebun saja. Itupun dengan harga yang murah seperti sedolar lebih je sekilo. Kesian pulak pak cik punya kebun ni aku tengok. Tiga musim yang aku datang, hanya dia seorang diri yang menguruskan semua.

Ok... Jom layan suasana dalam kebun ni...

 
 
 
  

Terjumpa pulak pokok buah tin ni tersesat dalam kebun apple. Tapi buahnya belum masak. Masih terlalu putik.

Hubby tengah membuat pembayaran pada buah yang nak dibeli. Urusan jual beli berlaku di belakang van pak cik ni sahaja.

 Dari kebun apple, kami bergerak pula menuju ke ladang strawberry yang terletak di bandar Hahndof. Sekarang ni musim petik dia juga dan kawasan ini memang dibuka untuk orang awam. Jika dilihat pada nama tu, aku rasa produk dia pun ada di eksport dan dijual di Malaysia.
 

Oleh kerana telah melangkau waktu tengahari, jadi kami pun solat dan makan-makan ringan dulu. Beginilah amalan di sini. Nak berjalan jauh sikit, kenalah bawa bekal. Kedai halal tak banyak di samping mahal. Bawalah makanan dan specialnya bawa air panas dalam bekas tahan panas. Selesa betul di minum dalam cuaca yang sejuk-sejuk begini. Satu lagi pasal solat ni, surau mana ada, so solatlah di mana sahaja di bumi Allah ini.

Jika nak masuk kebun apple tak perlu bayar, tapi nak masuk ladang strawberry ni kena bayar aud 4 seorang.

Aku datang ni kira dah tengah musim. Jika datang awal musim, mungkin masih banyak buah generasi pertama. Ini kira dah macam terlambat. Buah pun dah kurang dan ada yang belum betul masak. Yang buruk pun ada. Jadi aku makanlah sepuas-puasnya dulu mana-mana buah cantik yang aku kutip. Biar berbaloi. Lepas tu baru start petik buah untuk di bawa pulang. Strawberry ni mahallah sikit berbanding apple. Sekilo dengan harga aud 9.30. Aku makan sehingga rasa penuh perut dan rasa beratnya badan sampai rasa berat nak berjalan. 

Lepas tu sedihnya perut ku memulas-mulas kerana terlampau banyak makan buah. Nasib baik tandas dekat. 


Perubahan warna daun di kala musim luruh.

On the way balik sempat lagi berhenti bergambar....

Seharian berjalan menikmati anugerah Allah yang amat mengayikkan. 
Posted by Picasa

Saturday, 28 April 2012

Majlis Kesyukuran Rakan




Ini kali kedua aku menyertai majlis makan-makan bersama rakan-rakan international fakulti hubby. Ada dua orang antara rakan hubby yang telah berjaya menamatkan PhD nya. Jadi berpakat-pakat dia orang ni seolah buat majlis kesyukuranlah. 

Bertempat di Rymill Park, kami berBBQ menu utama seperti chicken, lamb, beef dan sausage di samping makanan lain. Dulu aku dah pernah bercerita pasal Rymill Park ni. Majlis yang lebih kurang sama juga. Mari lihat beberapa snap yang sempat diambil...
 
 
 

Saja nak tunjukkan kemudahn yang disediakan disetiap Park di Adelaide ni. Antaranya ialah tempat untuk berBBQ ini lah. Kita hanya membawa apa yang hendak kita BBQ saja. Bawalah juga aluminium foil untuk lapik. Petik je suis dan BBQ ready untuk digunakan. Ada dua bahagian tempat membakar tu, kanan dan kiri.
 

Bersihkan balik selepas di gunakan.

Aku berada di sini sampai ke petang. Selesai je majlis, teringin pulak nak meneguk kopi panas. Cuaca yang sejuk ditambah pada majlis tadi tiada minuman panas disediakan, membuatkan kami kempunan kepada minuman panas. So minum lah cappucino dulu...

Minum bersama satu lagi family dari Malaysia
 Lepas tu pusing-pusing taman sambil bergambar kenangan... 

Posted by Picasa

MenCuBa OysTer


Jangan pandang pada rupanya. Kulit luarannya seperti keras menggerutu. Tapi sesungguhnya ada kelazatan pada isi dalamnya. Dah lama aku rasa kempunan nak makan oyster ni. Bukan pun aku biasa memakannya. Tetapi pernah sekali ada seorang sahabatku telah memberi aku merasa makan benda ni dan tekakku boleh terima rasanya sekalipun ia dimakan dengan hampir mentah.

Tapi itu hampir 10 bulan yang lalu. Baru hari ini dapat aku membelinya. Beli dari kedai seafood sebanyak sedozen (sukatan atau hitungan kaedah membelinya) dan sudah di buka cengkeramnya. Lebih baik beli yang telah siap dibuka, boleh luka tangan nanti kerana kepayahan nak membuka cengkeramnya.

Inilah rupa oyster ni semasa berada dalam tray dia. Setiap tray ada sedozen dengan harga aud 11.90. Mahalnya benda ni... sebab tu macam aku tak tak pernah makan di Malaysia. Ini pun kerana terliur sangat.

Selepas dibakar beberapa minit.

Ini dah siap untuk di makan. Jangan masak lama-lama. Aku hanya letakkan setitik dua sos cili masam, cair dan pedas, tabur sedikit keju parmesan dan bakar saja selama 5 minit. Jangan terlalu banyak letak sos dan jangan bakar sampai kering. Ini adalah untuk menjaga kesegaran rasanya. Setengah orang hanya makan mentah atau dengan hanya perah sedikit asam sahaja.

Jika sebelum ini, bila tengok orang makan benda ni dalam TV, rasa macam tak boleh nak telan je. Tapi rupanya tekak aku boleh terima. Pesan kawan yang memperkenalkan aku makan oyster ni, jangan makan dengan cepat, tetapi kunyah dan telan perlahan-lahan sambil menghayati rasanya. Betul.....
Posted by Picasa

Friday, 27 April 2012

TahNiah Adik...



Semalam, pada hampir waktu tengahari, masa aku sedang masak, ada satu sms dari adikku EG masuk. Ada dua perkara yang dia nak sampaikan….

Pertama katanya adik khairie dapat naik pangkat. Alhamdulillah, moga dia terus dapat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi, ihsan dan ikhlas untuk agama, bangsa dan negara. Tahniah, tahniah dan tahniah…!

Ceritanya lagi, majlis solat hajat family akan berlangsung kat kampung. Adik Khair masa ni telah berada di kampung dan Eg juga akan berangkat balik selepas habis waktu sekolah tengahari ini. Moga urusan berjalan lancar. Jangan lupa hulurkan doa buat kami di sini juga ya….

Keduanya dia kata, tahun baru ni ada rezeki lebih sikit, jadi dia bercadang nak sponsor baju rayaku untuk tahun ni. Dia tanya alamat untuk urusan penghantaran. Macammana ya, kos urusan pos yang pernah dia buat dua tahun lepas, mahal juga. Tengoklah aku cuba cari jalan untuk dapatkan kos yang lebih murah. Terima kasih Gie...

Apa pun tahniah buah kedua-dua adikku ini…..



Posted by Picasa

LaKsa KeLanTan di AdeLaide


Menu makan malam untuk hari ini.

Jangan pelik kiranya aku katakan yang tidak pernah aku pandai untuk memasak kuah laksa kelantan sebelum aku sampai ke Adelaide ni. Oleh kerana di sini aku perlu berdikari, jangan mengada-ngada terliur apa pun makanan jika tidak membuatnya sendiri. Sekali pun ia mudah, tiada dapat merasanya jika tidak berusaha sendiri. Jangan risau, dengan adanya maklumat yang banyak dalam internet, carilah resepi apa sahaja, insyaAllah terpapar di depan mata. 

Aku sendiri pun pelik, jika sebelum ini tak pernah aku teringin nak makan laksa kelantan ni. Tiba-tiba je selepas kira-kira 3 bulan berada di Adelaide ni, terasa-rasa di tekak ku ingin makan laksa kelantan. Masih aku ingat pada masa tu, aku masih belum memiliki blender mahu pun lesung batu. Jadi aku hanya dapat menghiris saja bawang dan halia serta melenyek saja ikan. Bila kuah masak, nampaklah gumpalan-gumpalan bahan-bahan yang tidak hancur itu. Tapi yang kelakarnya, bila aku bagi kawan aku yang berasal dari kedah makan, dia yang tidak pernah merasanya pun berkata "sedap", dan selepas itu laksa kelantan ini menjadi pilihan dia dan anak-anaknya.

Untuk memasak laksa kat sini bukannya perkara susah. Cepat dan ringkas. Semuanya macam pakai benda yang segera sahaja.

Inilah rupanya laksa mentah yang aku pakai kat sini.

Keluarkan dari plastik dan rebus sahaja selama 10 hingga 15 minit.

Bila dah empuk, pastikan laksa ini di siram dengan air sejuk (aliran air paip) selama kira-kira seminit. Ini bagi memastikan ia tidak melekat antara satu sama lain.
Ikan pun pakai tuna dalam tin ni. Ia bukan seperti ikan sardin dalam sos tomato tu. Tapi ini hanya isi ikan yang di rendam dalam air garam je. Hanya kisar dan terus masuk periuk. Jadi tak payahlah susah-susah rebus ikan dulu, lepas tu nak asingkan isi dengan tulang lagi baru nak blender pulak. Aku dah pernah buat pakai ikan kembung, tapi rasanya sama saja.
Ok... santan pun biasalah. Pakai yang dalam tin. Sini tak ada santan segar yang baru diperah. Tapi dalam memilih santan di negara orang ni, kena berhati-hati sikit. Kena sentiasa tengok isi kandungannya. Sebab memang ada santan yang tidak halal untuk kita.
Bahagian ulam-ulaman tak perlu risau, semuanya insyaAllah boleh dapat dekat "Asian Groceries"

Begitulah seringkas ceritanya.......
Posted by Picasa

Tuesday, 24 April 2012

Anzac Day Holiday




Hari ini adalah hari cuti umum bagi seluruh Australia sempena hari yang di panggil "Anzac Day". Seperti mana "Hari Pahlawan" bagi mereka.

"Selamat bercuti"

Sunday, 22 April 2012

Ke PooRaka SunDay MarKet

Dah lama tak ke pasar minggu, stok sayur memang kurang, buah pun tak banyak. Tak lah merancang tapi suka juga aku jika dapat mencuci mata ke pasar minggu sekali-sekala. Terasa geram melihat kesegaran sayur-sayuran dan buah-buahan yang berbagai warna. Mulalah mata ini rambang dan keinginan nak beli macam-macam kalau tak control. Makannya entah bila.

Terlambat pulak bangun pagi minggu ni. Lambatlah sarapan dan lambatlah juga ke pasar. Dah dekat pukul 11.00 dah. Tak apa, lambat-lambat biasanya ada lelongan. Apa yang aku beli minggu ini....

Kiwi ni ku beli 6 biji dengan harga aud 2. Biasanya manislah.

Strawberry 1 punnet yang besar hanya dengan aud 1 (masa lelongan).
Cerry tomato.... enak di makan begitu sahaja, sebagai sayur mentah. Sedap pulak rasanya. 1 punnet sedolar. Tiba-tiba ada jumpa pada penjual lain yang di jual dengan harga aud 2 untuk 3 punnet. Geram betul aku bila jumpa yang lagi murah.

Aud 1.

Apple... hubby suka dan selalu bawa bekal ke Uni.

Pisang pun dah murah, bolehlah beli. Ini pun  selalu jadi bekalan hubby ke Uni.
Telur... beli banyak-banyak buat stok. Lagi pun ia free range. Dibela dengan di lepas bebas.


Sekali beli sampai penuh peti. Ini tak tahulah tahan selama mana. Jika ada tetamu cepatlah surut. Tapi memandang kepada sayuran dan buahan segar memang hiburan kepada mataku....
Posted by Picasa