Total Pageviews

Sunday, 13 May 2012

SeLaMat HaRi Ibu...


Tanda penghargaan dari seorang suami.....

"Ayah dan Ibu..... ayah dan ibu.... 
Itulah... permulaan kami.........
Dapat melihat...dapat melihat....
Bulan dan matahari.... aaa aaa aaah....."
(Petikan lagu nyanyian arwah Sudirman)

Selamat hari ibu kepada semua ibu di dunia ini..... Sesungguhnya kalian sangat-sangatlah beruntung kerana menjadi ibu kepada anak-anak..... Bersyukurlah dengan anugerah itu..... dan.... buatlah yang terbaik kepada kurniaan yang Allah telah  amanahkan....

Sekali pun aku bukanlah dipanggil ibu oleh anak-anakku.... tapi aku adalah "Ummi" kepada 19 orang anak-anak ku, kecil dan besar......... Ingatkah mereka kepada "Ummi" mereka yang jauh ini?

Tapi..... menitis juga air mataku kerana rindu untuk mendengar ucapan "Selamat Hari Ibu". Namun hatiku sentiasa terubat  bila suamiku sering tidak lupa dengan ucapan itu pada setiap tahun. Terima Kasih Abang.....

Hadiah sempena hari ibu untuk tahun 2012 ini.
Posted by Picasa

Thursday, 10 May 2012

Ala-ala Klinik dah...


Sekarang ni, kerap juga hubby ber"Ebay". Time malas, lamaaaaa tak beli apa-apa. Time rajin menengok, banyak pula benda yang di klik untuk dibelinya. Kekadang tu, ada juga bahayanya ebay ni. Jadi ketagih nak servey barang. Lepas tu rasa macam nak beli pulak. 

Tapi nasib baik hubby aku ni bukan jenis yang boros. Hanya mencuba dan membeli barang-barang yang bukan mahal dan berguna sahaja. Aku kekadang tu pelik juga. Ada la beberapa kali kami membeli barang dari China ke, Hong Kong ke dengan harga sedollar pun ada. Pelik tu kadang-kadang kos penghantaranya free. Untungnya kat mana? Tu yang aku pelik tu. 

Dalam masa dua minggu kebelakangan ni, ada beberapa produk kesihatan yang hubby beli untuk kami pakai. Sampaikan aku rasa rumah aku ni dah jadi macam pusat rawatan alternatif pulak. Sekali ingat rasa lucu pun ada. Tapi selagi mudah dan tidak memudharatkan, apa salahnya kita menggunakannya kan......, tak payah nak gi klinik yang sudah tentu perlu lalui banyak prosedurnya. Tapi ini tak termasuk kes-kes yang beratlah ya.... 

Jom kita tengok apa yang aku beli melalui ebay dalam masa terdekat ni....

Jangan buat terkejut pulak tengok jarum akupuntur ni. Aku dah banyak kali sangat buat rawatan akupuntur kat Malaysia dan beberapa kali di Australia ni. Aku macam dah tahu kat mana dia nak cucuk jarum ni untuk beberapa masalah kesihatan. Jadi aku harap no problem with this, dan aku dah cuba dah dengan yang ini. Akulah doktor dan akulah juga pesakit. Tak gerun dah nak cucuk jarum kat badan sendiri. 

Masa kat Malaysia hari tu, pernah aku minta nak beli jarum ni dekat salah satu klinik alternatif, malangya tak boleh di jual katanya. Alhamdulillah aku dah dapat membelinya melalui ebay. 

Hi hi hi..... apa ni...? Macam helmet Alien je.... Aku memang tergelak masa produk ni mula-mula sampai. Takut pun ada bila tengok bentuknya. Ini adalah dari pandangan sisi. Memang ianya untuk dipakai di kepala. Gunanya adalah untuk melancarkan perjalanan darah, meningkatkan metabolisma, melegakan sakit kepala dan banyak lagilah.

Pandangan di dalamnya..... Hubby tahu yang aku selalu sakit kepala sekali pun bukannya sampai ke tahap migrain. Jadi dia belikan helmet ni. Boleh guna sekali-sekala bagi melancarkan perjalanan darah di kepala. Sarung je ke kepala macam pakai helmet. Petik suis dan kita akan rasa urutan serta gegaran ringan di kepala.

Ini apa pulak ni? Cuba teka..... Macam alat mengacau telur je....

Jangan gelak pulak. Ini pun alat untuk mengurut kepala. Memang lega. Aku dah cuba dan rasa kesannya. Not bad lah. Lega sikit rasa sakit kepala lepas tu.

Ini.....? Ini tahu kot.... Ini adalah tanduk kerbau yang hubby beli dari Hong Kong. Untuk mengurut. Aduhai..... macam-macam ya.

Macam handphone lama pulak. Ini pulak mini mesin untuk macam-macam fungsi seperti akupuntur, massage, untuk pesakit stroke, bekam dan macam-macam lagi yang aku pun tak ingat dah. Ada buku manualnya, tapi aku hanya guna yang fungsi akupuntur je. Boleh tahan juga rasanya.

Sekalipun produk ini bukanlah produk yang mahal, tapi fungsinya kira oklah. Lagi pun membeli melalui ebay di sini, insyaAllah selamat lah sampai barangnya kepada kita. Kalau di Malaysia aku tak jamin. 

Wallahu A'lam.... 
Posted by Picasa

JetStar TraVel VouCher


Alhamdulillah... terguna juga voucher ini akhirnya.

Jika masih ingat pada cerita aku dalam lebih kurang 3 bulan yang lalu, tentang lawatan ku ke Perth, suka duka dan cabaran serta ujian yang terpaksa aku lalui ketika itu, yang mana ketika aku ingin check in untuk pulang ke Adelaide, flight ku cancel tanpa notis awal. Aku di berikan penginapan bersama voucher untuk dinner dan breakfast serta flight ku pada keesokkan harinya telah di upgradekan. Sebagai tanda mohon maaf lagi, pihak Jetstar telah menghadiahkan voucher bernilai aud100 setiap seorang untuk ku dan hubby yang boleh digunakan untuk ke mana-mana destinasi pilihan dalam masa setahun. Tetapi tiket perlu di beli dalam masa 3 bulan. Itulah secara ringkasnya imbasan ceritaku.

Tiga hari lagi nak expired baru tergesa-gesa mencari, macam tulah selalunya manusia. Nak tunggu tiket ada offer dulu. Ada sekali tu terlepas kerana peluang dibuka hanya beberapa jam sahaja. Buat kerja saat-saat akhir. Tapi sekurang-kurangnya sempatlah juga kan.

Tiket dah hubby booking pada kelmarin dulu. Segala perbelanjaan tambang untuk sehala, termasuk cukai, alhamdulillah cukup dengan voucher yang diberi. Sedang elok, tak terlebih dan tak perlu tambah duit sendiri. Hanya 50 sen je yang kami tak pakai. Bagi kat Jetstar baliklah. Alhamdulillah dengan anugerah ini.

InsyaAllah jika tiada halangan dan rintangan, kami akan melancong ke destinasi pilihan kali ini iaitu Sydney pada 28 Ogos selepas raya aidil fitri nanti, sehari selepas hari ulangtahun kelahiranku. "Melancong juga merupakan suatu ibadah". Semoga segala urusan dipermudahkan oleh Allah Subhanahu Wa Taala.
Posted by Picasa

Sunday, 6 May 2012

Selamat Pulang ke Tanah Air


Adanya permulaan wujudlah juga akhirannya. Hari ini, sabtu 5/5/2012, berangkatlah Miza dan suaminya ke Malaysia setelah hampir 4 tahun berada di Adelaide ini dengan berbagai pengalaman yang di lalui.  
Inilah dia Zainul, yang ku katakan satu fakulti dengan hubby di sini. Salah seorang bangsa Melayu yang paling tinggi dan besar di Adelaide ini. Di sini dia suka berambut panjang.  Hubby juga banyak belajar dari dia tentang berbagai perkara mengenai pengajiannya. 


Sebelum berangkat ke Airport tadi, ada jamuan brunch dekat rumah Timbalan Presiden pelajar PhD yang juga merupakan geng kami di sini, khusus buat dia yang ingin berangkat pulang hari ini. Aku hanya bawa jantung dan pedal ayam goreng ini. Gambar semasa jamuan tak sempat aku nak ambil. Selepas sama-sama bersolat zohor aku dan beberapa kawan sama-sama mengiringi ke Airport.

Beberapa suasana di Airport....

Di kaunter check in
 
 
 
 
 Bersalam-salaman

Bergambar beramai-ramai

Selamat jalan.....boarding. Semoga selamat sentiasa.

Tiket parking di sini adalah aud 4 bagi sejam. Hari ni berada lama sikit sehingga masuk jam kedua. 

Bersama Dr. Kamrul, Kak Nana, Idris, Hairani, Kak Hasmidar dan En Zul, minum kopi di Ikea yang terletak bersebelahan sahaja dengan Adelaide Airport. Best juga minum kat sini, sekali bayar, boleh berulang tambah air sebanyak mana yang mahu.

Selepas pusing-pusing dalam Ikea sekejap, kami pun berangkat pulang........
Posted by Picasa

Saturday, 5 May 2012

MeRaiKan RaKan


Bergambar di hadapan Restoran Uighur. Dari kiri : Hubby, aku, Miza, Humairah, Zainul dan Danish (atas dukung)

Kebiasaannya aku suka juga menjemput kawan-kawan datang ke rumah, terutamanya bila mereka datang melawat ke Adelaide dan paling perlunya apabila ada antara kawan-kawan yang telah menamatkan pengajian di sini dan ingin pulang ke Malaysia for good. 

Tapi kali ini berbeza dari kebiasaan apabila aku jadi malas nak masak. Sesekali je tau.... Jadi aku dan hubby  bersetuju untuk meraikan salah satu family berupa rakan kami yang ingin pulang dua tiga hari lagi, di salah satu restoran kegemaran kami di sini. Miza dan Zainul adalah antara mereka yang awal datang ke sini sebelum kedatangan kami. Berkenalan di sini seterusnya menjadi antara geng yang akrab dengan kami. 

Yang belajarnya adalah Zainul, berada di satu fakulti dengan hubby di University Of South Australia, juga merupakan salah seorang pensyarah di UIA. 


Pemilihan menu sedang berlaku

Kebetulan pulak kawan kita orang ni tak pernah datang ke sini. Hanya mendengar pada namanya sahaja. Ini   mungkin merupakan satu bonus kepada mereka kerana dapat juga makan di tempat ini sebelum balik ke Malaysia.

Untuk makluman, restoran ini merupakan restoran yang di miliki oleh orang Uighur, satu bangsa yang beragama Islam di negara China. Jadi memang ia telah tersenarai sebagai antara restoran yang halal di Adelaide ini.

Menu pilihan kami ialah lamb kebab, dapanji, mee home made uighur dan  nasi (macam nasing goreng berair). Setiap order yang di buat di sini akan disertakan dengan air teh 'o' panas dengan pecuma dan boleh ditambah lagi jika mahu. Sedap sungguh menikmati teh 'o' panas dikala cuaca yang sejuk begini.

Alhamdulillah.......

Posted by Picasa

Friday, 4 May 2012

Spaghetti Healthy


Kekadang ada juga datang penyakit malas nak makan nasi. Tapi mujurlah kita sebenarnya ada pilihan yang amat banyak. Tinggal saja adakah tekak kita mampu menerimanya. Lepas tu tanya pula pada perut. Mampukan apa yang kita makan itu boleh mengenyangkan dan memuaskan dia. Jika semua ok, boleh teruskan.

Kali ni terasa nak makan spaghetti yang di masak ringkas sebegini tanpa perlu beria-ria membuat sosnya. Sebenarnya aku tak berapa suka sos yang bertomato tu. Jika sos karbonara, aku suka. Tapi resepi kali ni bukan termasuk kategori kedua-dua nama tu. Ini secara lebih kurang macam mie goreng lagaknya, tapi lagi ringkas cara membuatnya.


Caranya mudah membuatnya dengan spaghetti macam biasa, di rebus hingga empuk dan ditoskan. Tumis bawang putih dan merah dengan minyak zaitun, masukkan sedikit hirisan daging. Letak garam dan black papper sahaja. Kemudian masukkan apa sahaja sayuran yang kita suka. Di sini aku suka letak brokoli dan sawi pendek. Lepas tu cerry tomato. Masukkan pula spaghetti yang telah di tos airnya tadi dan kacau rata. 

Boleh dihidangkan serta tabur sedikit cheese ke atas hidangan. Jika suka juga boleh grill sosej dan makan bersamanya. Cepat, mudah dan menyihatkan.

Selamat mencuba.....

Ini saja-saja sebagai tambahan. Ketam goreng dengan telur. Sedap di makan ratah. Sekarang ni musim panas dah berlalu. Jadi tak dapat lagi dah nak crabbing. Jika terliur sangat kenalah beli kat kedai seafood barang seekor dua, buat ubat terliur je, banyak-banyak tak boleh disebabkan kemahalan nya......
Posted by Picasa

Wednesday, 2 May 2012

First TiMe To LauNdRy

Adoooooiii......! sedih betul hati ini..... :-(.....

Dalam dua tiga kisah sebelum ini ada terselit kata-kata aku yang mengkhabarkan bahawa mesin basuhku ada buat hal. Mungkin ada skru yang tercabut lalu membuatkan besinnya yang berpusing tu longgar. Bila berpusing, maka bisingnya macam ada bumbung dan dinding rumah yang sedang runtuh. Tersangat-sangatlah bisingnya. 

Aku risau sebab aku duduk ni di rumah unit, rumah yang berlaga dinding dengan orang sebelah, pastu tuan rumah pulak hanya terpisah dengan pagar belakang rumah je, dekat dengan laundry aku. Dahlah aku selalu dengar dia tengah buat kerja kat belakang rumah tu. Jika kuat sangat bunyi mesin tu, mesti dia dengar, nanti tak pasal-pasal dia datang ketuk pintu aku.

Aku pun dah lama tak basuh baju. Ada sekali tu aku basuh tangan dan cuba nak spin je dengan mesin, tapi ya Allah aku dah serik nak buat lagi. Macam halilintar je bunyinya. Nasib baik jiran aku belum balik dari kerja lagi masa tu. Dahlah sekarang ni musim luruh yang sejuk, baju susah nak kering, beku tangan aku nanti jika basuh manual. Sempatlah mesin yang aku beli dengan harga aud 100 ni digunakan selama setahun 7 bulan. Aku yakin, ia bukan rosak, cuma skru yang tercabut di bahagian dalam je yang mana kami tidak tahu untuk membetulkannya.

Jadi, bila dah banyak baju yang terkumpul tu, aku pun bawalah ke satu laundry yang paling dekat dengan rumah aku. Mana biasa aku ke situ. Cara nak pakai pun terkial-kial. Dekat sini sabun pun kena beli. Satu skop aud 0.20 pulak tu. Lupa pulak aku nak bawa sendiri. Alamak...! terkejut aku, sekali basuh dengan mesin yang paling kecil pun aud 4. Aku terpaksalah pilih mesin basuh yang paling besar sebab aku bawa banyak baju yang nak di cuci. Jika nak ambil dua mesin yang kecil pun, masih belum cukup untuk memuatkan semua baju yang aku bawa. Jadi satu mesin besar, kena bayar aud 9 campur dengan dua skop sabun aud 0.40. Aduuuuh.... sekali basuh baju, hampir Rm 30. Mahalnya.... ini nak kena cari mesin baru ni. Nak baiki yang rosak tu memang tak berbaloi, kos repair kat sini memang mahal. Kata hubby, jika panggil orang untuk check apa yang rosak pun dah kena bayar upah aud 30. Lebih baik beli second hand yang lain.

Inilah tempat membeli sabun, pakai mesin, masuk aud 0.20, sabun akan keluar ke dalam skop ini. Jika tertumpah pulak macammana......  :-(  

Tengah survey dalam gum tree (advertiser) kat sini, mana tahu boleh dapat mesin basuh yang murah..... InsayAllah...
Posted by Picasa

Sunday, 29 April 2012

AppLe & StRawBeRRy PicKing

Musim apple kembali lagi. Kebiasaan waktu dan masanya adalah pada setiap musim luruh. Di sini musim luruhnya akan berlaku pada antara bulan mac hingga mei. Manakala pada setiap bulan april, akan bermulalah peluang untuk memetik apple di buka untuk orang ramai. 

Sebenarnya ini adalah musim luruh ke-3 bagi aku di sini dan mungkin inilah juga musim luruh terakhir aku yang telah bermukim buat sementara di sini. Selepas ini bila lagi agaknya boleh aku harungi musim ini lagi.

Untuk tujuan memetik apple ini, aku perlu ke satu tempat yang terletak di 'Adelaide Hill' iaitu di Hollidays Road, Summer Town. Jarak untuk ke Summer Town dari rumah ku kira-kira 26 kilometer dan perjalanan mengambil masa dalam setengah jam. Aku tidak pernah tahu selain dari tempat ini yang ada menyediakan peluang kepada public untuk memetik apple sendiri. Sepanjang aku berada di sini, aku hanya tahu inilah satu-satu tempat yang ada.

Sebenarnya nak makan sangat tu tak adalah. Sebab kita boleh dapatkan apple untuk di makan sepanjang tahun dan di mana sahaja. Apa yang membuatkan aku nak sangat ke sini adalah kerana nak merasai pengalaman berdepan dengan kebun apple yang luas, buahnya yang melebat, malah terbiar jatuh berlambakan di bawah pokok. Aku ingin berada di bawah rimbunan pokok apple yang rendang, ingin menarik dan memetik buah dengan tangan sendiri malah memakan buah dari setiap pokok dan mencari buah yang paling manis dan rangup. Aku ingin merakam kenangan dari setiap sudut pokok dan buah apple yang masak bergantungan dengan berbagai aksi girang. Mungkin pengalaman ini tidak mampu lagi aku ulangi.

Ok.... dengan hanya masuk kebun free dan boleh makan sebanyak mana yang mahu, maka bebaslah kita memilih buah-buah yang kita nak makan dan kutip. Makanlah sepuas-puasnya. Cuma kita akan membayar dan menimbang buah yang akan kita bawa keluar dari kebun saja. Itupun dengan harga yang murah seperti sedolar lebih je sekilo. Kesian pulak pak cik punya kebun ni aku tengok. Tiga musim yang aku datang, hanya dia seorang diri yang menguruskan semua.

Ok... Jom layan suasana dalam kebun ni...

 
 
 
  

Terjumpa pulak pokok buah tin ni tersesat dalam kebun apple. Tapi buahnya belum masak. Masih terlalu putik.

Hubby tengah membuat pembayaran pada buah yang nak dibeli. Urusan jual beli berlaku di belakang van pak cik ni sahaja.

 Dari kebun apple, kami bergerak pula menuju ke ladang strawberry yang terletak di bandar Hahndof. Sekarang ni musim petik dia juga dan kawasan ini memang dibuka untuk orang awam. Jika dilihat pada nama tu, aku rasa produk dia pun ada di eksport dan dijual di Malaysia.
 

Oleh kerana telah melangkau waktu tengahari, jadi kami pun solat dan makan-makan ringan dulu. Beginilah amalan di sini. Nak berjalan jauh sikit, kenalah bawa bekal. Kedai halal tak banyak di samping mahal. Bawalah makanan dan specialnya bawa air panas dalam bekas tahan panas. Selesa betul di minum dalam cuaca yang sejuk-sejuk begini. Satu lagi pasal solat ni, surau mana ada, so solatlah di mana sahaja di bumi Allah ini.

Jika nak masuk kebun apple tak perlu bayar, tapi nak masuk ladang strawberry ni kena bayar aud 4 seorang.

Aku datang ni kira dah tengah musim. Jika datang awal musim, mungkin masih banyak buah generasi pertama. Ini kira dah macam terlambat. Buah pun dah kurang dan ada yang belum betul masak. Yang buruk pun ada. Jadi aku makanlah sepuas-puasnya dulu mana-mana buah cantik yang aku kutip. Biar berbaloi. Lepas tu baru start petik buah untuk di bawa pulang. Strawberry ni mahallah sikit berbanding apple. Sekilo dengan harga aud 9.30. Aku makan sehingga rasa penuh perut dan rasa beratnya badan sampai rasa berat nak berjalan. 

Lepas tu sedihnya perut ku memulas-mulas kerana terlampau banyak makan buah. Nasib baik tandas dekat. 


Perubahan warna daun di kala musim luruh.

On the way balik sempat lagi berhenti bergambar....

Seharian berjalan menikmati anugerah Allah yang amat mengayikkan. 
Posted by Picasa