Total Pageviews

Wednesday, 5 September 2018

Sup Gamat Kering

Tengahari tadi, masa kemas2 peti ais, belek2, ambik letak, tiba2 aku nampak sesuatu yg dah lama sgt aku simpan. Beli masa ke Langkawi dulu. Tapi kerana dia dah diawet kering, ia masih elok dan masih boleh dimakan. Ya, aku jumpa gamat kering.... macam ikan kering jugak la... boleh tahan lama, lagi pula bila disimpan dalam peti ais. 
Begini lah rupanya isi gamat yang telah dikeringkan. Untuk dibuat sup, kita perlu merebusnya terlebih dahulu dalam sekian masa untuk isinya kembang dan empuk. 
Kemudian isi gamat tadi aku potong kecil2 supaya senang di hirup bersama kuahnya. 
Boleh tambah apa saja yang kita suka sebagaimana lazimnya kita buat sup, samada sayur atau sebagainya. Di sini suka aku masukkan suhun ke dalam sup gamat ini. 

Kita sedia maklum kebaikan dan khasiat gamat untuk kesihatan. Aku percaya ramai di kalangan kita yang tak dapat menelan pun sup ini... dan begitu juga sebaliknya. Tapi bagi aku, rasa sup ini seperti mana rasa sup perut sahaja, enak dan menyelerakan, tiada rasa hanyir pun.... yaaa betul kalian, aku tak tipu... cubalah sendiri... hehe...






Sunday, 17 June 2018

Warna-Warni Aidil Fitri 2018

Di keheningan pagi satu Syawal....
Seperti biasa, hanya aku yang menemani di kediaman usang ayah bonda.

Malam tadi aku masak kari ayam, untuk di cicah dengan roti di samping ketupat dan tapai di pagi raya. Ada sebekas nasi dagang pemberian kakak ke rumah bonda. Kami sekampung diuji sedikit pada malam raya hingga ke fajar dengan ketiadaan eletrik sepanjang malam. Berpanas dan aktiviti persiapan sedikit terganggu. Namun segalanya dilalui dengan jayanya.

Suasana di surau kecil selepas solat raya... Jamuan ringan...








"Berlalu la sudah Ramadhan, sebulan berpuasa...
Tiba Syawal kita rayakan, dengan rasa gembira...
Anak muda di rantauan, semuanya pulang ke desa...
Ibu dan ayah keriangan, bersyukur tak terkira...."
(Anuar & Elina punya lagu)

Di rumah Abang ke 2...




Jalan hutan antara rumah bonda dan kakak ke 3...

Di rumah Bonda mertua...








nanisufiblogspot
My King & little prince 😘😘💖💖💖

Friday, 15 June 2018

Salam Aidil Fitri 1439H~ 2018M

Salam lebaran untuk semua muslimin muslimat. Suasana mungkin berbeza samada suka dan duka, ceria dan gembira... Namun satu Syawal tetap pada satu titik masa yang sama2 kita menyambutnya. 
Nanisufi
Nanisufi
'Salam Aidil Fitri dengan maaf zahir & batin' 

Wednesday, 13 June 2018