Total Pageviews

Friday, 21 October 2011

SAraPaN PaGi INI


Salam jumaat sekali lagi buat semua....... 

Semoga hari yang agung ini bakal membawa rahmah kepada kita. Minda ku melihat keceriaan di hati mereka yang bekerja (kecuali yang bekerja sendiri) kerana esok adalah hari minggu dan kita akan bercuti. Tapi tidak sekali keceriaan itu terpancar di mata mereka yang bergelar penuntut PhD, kerana setiap hari yang berlalu itu menandakan semakin pendek masa untuk mereka menyiapkan tugasan yang sentiasa ada. Itulah dia namanya kehidupan........


Kerap kali aku menjadi buntu tentang apakah menu yang akan dimasak setiap hari. Ya lah, dah lah aku ni bukan orang yang terror sangat masak, selalu buat yang ringkas dan simple2 je. Alhamdulillah kerana suami ku bukan orang yang cerewet tentang makanan. Pagi ini hubby mencadangkan untuk sarapan kami dengan menu nasi goreng simple, pakai apa yang ada. So aku pun masak nasi kosong pakai microwave je. Cepat dan mudah, tapi jangan amal selalu kata orang. Nanti tugas lain hubby yang buat.


Cadang hubby, dia nak masak nasi goreng cina, tapi tak ada carrot, sayur campur pun tak ada. Apa lagi....konsep caca marba lah dia buat. Kubis tu adalah, cuma dia masukkan ikan bilis jugak. Tak apalah...apa yang ada pada nama............?



Haaa..... tengah masak tu.....Hubby memang terror mengacau. Mengacau nasi goreng..............



Tintong...tintong...tintong..... dah masaklah nasi gorengnya................ Nampak ok..... rasanya macam mana pulak ya............




Regu nasi goreng kali ini dengan teh tarik. Teh tarik ni adalah minuman favourite ku. Teh serbuk ni, Koy yang bagikan pada kami. Dia beli kat Malaysia. Aku rendam je serbuk teh tu dengan air panas jap, bagi dia pekat dan warna tua sikit, mudah kan.... Kalau nak buat dengan uncang punya, kena rajin rebus dulu uncang teh tu, biar "kaw" sikit. Lepas tu tapislah pakai penapis teh tarik mamak tu......Selalu hubby yang buat teh tarik ni, tapi kali ni aku buat sendiri kerana dia dah goreng nasi tadi. Ooooh ada pembahagian tugas pulak...... itulah kami. Kalian pun gitu jugak kan..............



Lepas tu tuang pulak susu kotak yang telah dipanaskan sekejap. Aku tak pakai susu pekat pun, tapi rasa tetap ok, sihat sikit kan.... Buh lah garam sikit bagi rasa lemak-manisnya....Gula macam biasalah, ikut citarasa kemanisan masing-masing.
Hai........ minta kalian jangan marah ya, maaf aku ngajar orang cara buat teh pulak. Kalian memang dah tahu pun..........


Inilah dia sarapan kami, simple je lah..... ready to eat now......... lapar dah ni, jom makan.... lepas ni nak hantar hubby gi Uni pulak. Tugas sentiasa menanti..............Assalamualaikum..................



Tuesday, 18 October 2011

Se Pagi Di Christies Beach


Tak semena-mena, dari semalam tiba2 saja teringin nak pergi lagi ke christies beach, satu tempat peranginan yang banyak aktiviti boleh dilakukan. Antaranya boleh fishing, picnic dan mandi, main bola tampar dan macam2 lagi. Jadi pada pagi ahad yang lepas aku pun buat lah persiapan yang simple saja. Saja nak pusing2 bukan nak beria2 picnic pun. Jika berdua je pergi, makanan tak perlu sangat pun, ada biskut kering dan air kosong pun jadilah buat alas perut. Kat rumah dah sarapan dah. Pergi pun ingat nak sekejap je. Lebih kepada nak menikmati pemandangan dan pusing2 je.

Aku memulakan perjalanan kira2 jam 8.30 pagi. Jarak untuk ke Christies Beach dari rumah ku yang terpapar pada skrin GPS kira-kira 36 km. Pemanduan santai2 je..... 

Pernah pada musim panas yang lalu kami telah ke sana beramai2. Seolah satu Adelaide rombongan kami termasuk pelajar Post Graduate, adik2 undergrad dan juga PR. Masa tu bukan main seronok dapat mandi beramai2. Airnya sejuk sekali dan jernih membiru warnanya. Teringat lagi betapa merahnya mukaku selepas mandi kesan dari 'sunburn'.



Dekat2 nak sampai pantai tu, nampak ada carboot sale, so apa lagi aku pun singgahlah, pusing2 pasar dulu. Luas juga kawasan carboot sale ni. Pasar ni diberi nama 'The original Market'. Macam2 juga barang ada cuma sayur ngan buah tak banyaklah. Alah..... lebih kurang yang anda semua tengok carboot kat Brighton dan Marion tu laaa... Satu lagi macam carboot sale dekat Gepps Cross tu...... Lebih kurang lah... alah anda dah tahu pun.... saja je ni nak isi cerita. Pusing2 pasar tu, adalah juga beli beberapa benda yang berkenan di hati.



Dah puas pusing carboot sale, aku teruskan perjalanan dengan motif sebenar nak menikmati keindahan alam ciptaan tuhan ini. Nun dari jauh dah nampak kecantikan air laut yang membiru dan ombak yang menghempas lembut ke tepian pantai, langit dengan awan yang bergerak perlahan dan angin yang laju menerpa dengan keriangan burung2 yang sekejap terbang dan sekejap singgah ke bumi.


Beberapa foto kenangan yang dapat di siarkan di sini...................














Sekali imbas, teringat pada pemandangan yang di nikmati di 'Great Ocean Rd' dalam perjalanan balik dari Melbourne.


















Bunga-bunga ros yang bermacam warna seperti merah, kuning dan pink....







Berehat seketika.....berlatar belakang kan pemandangan yang indah......







Selamat tengahari Australia........... Semoga Allah mengurniakan hidayah kepada penduduk bumi mu.............


Dah tengahari tu, mula la rasa penat dah jalan2 dan posing2. Tadi k Yatt ada sms... bila aku call, dia jemput makan tenghari kat rumah dia. Alhamdulillah rezeki sentiasa datang. So balik ni singgah rumah K Yatt la.

Dah sampai tu, belum masuk rumah lagi Adini dan Syakirah dah berlari-lari keluar dan minta bawa diaorang gi play ground yang aku pernah bawa dia orang hari tu. Kesian pulak. Tapi K Yatt kata, hai...... Cik Nani masih penat tuuuu.... jom makan dulu......

Kat Yatt masak simple je, kuah sup sayur dan daging masak kicap berhalia, tapi sedap.... lebih2 lagi perut dah mula lapar bila terbau masakan. Lepas tu makan lagi buah loquat yang dibawa balik dari rumah Yun. Kekeyangan la pulak.......



Dah habis makan dan solat, Kami pun pakat gi play ground yang paling dekat dengan rumah K Yatt. Semua pergi. Tak muat kereta. Jadi budak2 naik kereta dengan Cik pian, manakala aku dengan K Yatt jalan kaki. Budak2 riang sekali bermain dengan puas. Masa ni angin kuat juga bertiup, pedih pulak rasanya mata ku.




Setelah budak2 penat bermain dan kami pun penat dah menunggu, semua pun balik semula. K Yatt menjamu pulak kami dengan kek coklat yang dia buat sendiri. Cantik dan menyelerakan. Syakirah dan Atikah berebut-rebut masing2 nak buat decoration cake tu.



Dah selesai pasal kek tu, aku pun nak balik lah sebab dah lama dah lepak dan main dengan anak2 Kyatt. Tapi tiba-tiba Adini macam nak nangis sebab nak ikut Cik Pian balik rumah. Katanya nak tengok cerita 'Gnomeo and Juliet'. Alaaah cerita kartun tuuu..... Jadi kami pun bawa balik Adini dan kakaknya Atikah. Syakirah daripada nak ikut tak jadi sebab dia baru jatuh dan tengah sakit pipi.



Kat belakang rumah Kyatt..... rajin dia tanam bunga kubis ni. Dah nak boleh tuai dah.



Berlatar belakangkan kebun kecil K Yatt di back yardnya.........................

Posted by Picasa




Saturday, 15 October 2011

Ke Majlis Harijadi Anak Kenalan

Family Gina & Khairezan......
Tanggal 15 oktober 2011, mungkin itulah tarikh tepat bagi hari lahir yang ke-3, anak kepada Gina dan Khairezan, salah seorang kenalan ku di Adelaide ni. Aku adalah salah seorang tetamu jemputan mereka ke majlis yang bermula pada jam 4 petang tadi. Majlis sambutan harijadi ni boleh dikatakan satu majlis yang besar dan meriah kerana aku dengar memang jemputannya ramai dan diadakan di Park. Aku belum pernah sampai ke Park yang diberi nama 'The Gum Recreational ground' yang terletak di Shakespeare Avenue, Tranmere. Jarak ke tempat itu dari rumahku yang terletak di Torrington Avenue, Devon Park adalah kira2 dalam 12 km. Tak adalah jauh sangat kan.
Sampai sahaja ke majlis tu, sudah kelihatan beberapa orang lelaki sedang membakar ayam di tempat yang disediakan khas untuk berBBQ. Jauh juga jarak tempat untuk BBQ dengan tempat makan2; kira2 100 meter. Kelihatan beberapa orang perempuan sedang sibuk menyediakan tempat dan menyusun makanan di atas meja. Belum ramai lagi tetamu yang hadir. Aku antara orang yang awal. Tak apa... tak lah aku segan sangat berbanding jika datang lambat dan orang dah ramai. Malu pulak nak masuk nanti. Angin sejuk pulak bertiup laju. Sejuk lagi sekarang ni walaupun dah masuk musim bunga. Rasa belum cukup dengan baju sejuk yang ku pakai ni. Semua orang yang yang kat situ pun kata sejuk. Hairan pulak dengan kanak2 yang tengah bermain, mereka main hingga berpeluh, jadi mereka tak rasa sejuk. Itu lah kanak2.

Menjadi kebiasaan di Adelaide ni untuk buat majlis yang besar2 dekat Park yang banyak di sediakan di mana2. Biasanya majlis hari raya, persatuan, aqiqah, hari lahir dan apa2 sahaja pun. Senang buat di Park ni, selesa untuk tetamu yang ramai, anak2 boleh main dengan selesa, kemudahan tandas awam dan banyak lagi terpulang juga kepada pendapat masing2. Yang penting juga tak penat nak kemas rumah balik selepas habis kenduri.....




Yang berbaju merah inilah Gina, tuan punya badan majlis ni, nampak tengah berfikir, agaknya tentang suasana majlis yang tengah berlangsung ni lah. Tak apalah...apa nak risau, kekawan kan ramai.....

Dah ready tu, bolehlah start makan dah. Masa ni tetamu masih belum ramai lagi. Menu utama 'mee hoon goreng singapore' dan ayam bakar. Selain tu ada lagi banyak menu lain seperti karipap, donut, jeli coctail, sumi jelly, buah, pastry, cup cakes, pulut, ais krim tradisional dan macam2 lagi. Semuanya lazat2 belaka. Minuman pun ada macam2 jenis. Yang bestnya sejuk2 begini bila dapat minum air panas lah.



Tetamu sedang menjamu selera, alhamdulillah, nikmatnya makan sambil berjemur di bawah cahaya matahari petang ni. Hilang kesejukan yang dirasai tadi.  




Tetamu semakin ramai bila hari makin petang. Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah kurniakan hari ini. Buat Gina dan Khairezan, terima kasih atas jemputan. Moga kesejahteraan sentiasa bersama kalian.



Friday, 14 October 2011

Loquat Picking


Salam Jumaat buat semua................

Pagi tadi, semasa aku dalam tugas...ehem ehem....maksudnya ketika aku sedang memandu dalam perjalanan menghantar hubby ke Uni nya, tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi. Aku tidak dapat menjawabnya ketika memandu, jika ada polis waktu tu dan jika dia nampak, aku pasti kena denda. Jadi aku minta je hubby jawab.  Yun rupanya...... dia jemput aku terus ke rumahnya selepas balik dari bertugas pagi itu. 

Tak ada apa, cuma kami lepak biasa. Sambil menemani Yun breakfast kami sembang. Aku tak ikut dia breakfast sebab masih kenyang dah breakfast kat rumah dengan hubby sebelum hantar dia tadi.

Yun tengah nak kemas2 packing barang bagi persediaan nak shipping. Jadi boleh lah aku bantu sedikit sebanyak yang mampu pada hari ni. Dah sampai tengahari tu Yun kata rasa lapar la pulak.... Yun ajak masak kway tiaw goreng. Makan pulak regu dengan teh tarik, best sangat dan terlajak kenyanglah pulak...alhamdulillah. Kalau aku sendirian kat rumah, tak de lah lunch seberat ni, sebab simpan perut nak tunggu dinner dengan hubby nanti.

Lepas lunch tu, aktiviti kami ialah 'Loquat Picking' pulak kat back yard yun. Menurut kata yun, dia pun tak sedar yang buah tu dah berbuah. Dia baru perasan bila tuan rumah datang dan potong rumput yang panjang kat kawasan pokok tu. Nampak2 dah masak buahnya. Geli hati pulak dengan Yun ni, boleh tak perasan pokok dah berbuah dan dah masak pun, bayangkan bagaimana panjangnya rumput kawasan tu.......


Kebetulan hari ni cuaca mendung sikit dan pagi tadi hujan turun sekejap, jadi basahlah sikit rumput dan pokok tu. Buah2 dah masak dengan ranum, cantik, segar dan amat lazat sekali bila dimakan, lebih2 lagi yang betul2 masak. Nak tahu buah yang manis ialah yang nampak lebih merah sikit. Jika buah yang masih nampak kuning tu, bukan tak sedap, cuma samada dia masih ada sisa2 rasa masamnya atau rasa tawar sikit.


Agaknya oleh kerana buah loquat tu dah lama masak dan tuan rumah tak tahu, jadi ia telah banyak yang kering, rosak dan berlubang2 bekas dimakan oleh serangga dan burung. Lebih2 lagi siput babi yang aku lihat banyak sangat tengah melekat dan bergantungan pada rumput, juga pada buah loquat tu, banyaaaak sangat. Sampai ada sekali tu aku terjerit, sebab tanganku terpegang siput babi masa tengah leka memetik buah loquat tu. Nasib baik bukan najis dan tak payah samak.



Sempat juga aku tangkap satu gambar yang menunjukkan siput babi tengah khusyuk menikmati buah yang segar dan enak itu, yum... yum... yummm.. mungkin itulah yang dikatakan oleh naluri siput babi itu.



Dah banyak dapat ni, alhamdulillah...., aku nak makan puas2 sebab buahnya memang sedap. Menurut kata Yun, akulah tetamu pertama yang datang picking ni. "Habis yang ni nanti, datang la ambik lagi", kata Yun, insyaAllah aku nak datang petik lagi, itu pun jika masih ada lagi buahnya. Terima kasih daun keladi ya Yun....

Seharian bersama Yun, lebih kurang jam 4.15 petang, telefon bimbitku berdering, panggilan tugas untuk ku rupanya, jadi aku perlu bergerak  segera ke Uni. Suamiku menunggu drivernya untuk pulang ke rumah......



Posted by Picasa

Thursday, 13 October 2011

Itu lah JanJi Ku

Titipan buat keluarga, sahabat, rakan dan taulan...... inilah ceritaku....

Dua musim sepanjang berada di Adelaide ni, hampir setiap hari, pagi dan petang aku berulang alik dari rumah ke City. Tolak hari minggu tau.... tapi kekadang tu ada juga. Dengar ayat ni macam orang pergi dan balik kerja je.... Seolah macam kerja la jugak. Akulah driver kepada suamiku.

Ya... itulah rutin hidupku... pagi hantar dan petang ambik. Akulah driver kepada suamiku untuk ke Uni nya di City East Campus. Girang sekali hatiku dapat memandu untuknya. Tahu tak kenapa? Sebab itulah janji ku sebelum sampai ke bumi Australia ini.




Orang kata kenapa dihantar? Baskan ada.....semua orang naik bas. Tak apalah.....sayang suami katakan....
Rumahku pada stop 12, kira-kira 5 km lebih sikit je untuk ke City. Bas 230 dan 232 je yang lalu ke hentian rumahku. Dari rumah ku pulak bas akan berhenti di King william Rd. Kalau naik bas maknanya suamiku kena  jalan kaki kira-kira sejauh 500 meter lagi untuk sampai ke Uni nya. Lenguh kaki dia nanti. Tu yang kesian tu.... So tak palah, aku boleh hantar je. Lagi pun aku boleh keluar tengok alam setiap hari...Alhamdulillah....



Biasalah sebelum bertolak, driver la yang perlu siapkan kereta, pastikan semuanya ok, kena start dan panaskan enjin kereta dulu......



Pastu.....tunggu abe kat tepi kereta. Look at me..... ada gaya macam pemandu tak? Boleh laaa....




Tak pelik lah jika on the way ke Uni ada railway cross, inilah antara halangan dan rintangan sementara, kekadang lama pulak menunggu. Kebetulan pulak hari ni kena tunggu sampai 3 train yang lalu. Berderetlah kereta kat belakang.

Apa pun semoga apa yang ku lalui ini bakal menjadi kenangan yang mahal dalam hidup. Semua orang ada kenangan yang berbeza dan keistimewaannya juga berbeza-beza. Yang penting kita tidak menyusahkan orang lain dan tidak menyakiti sesiapa......

Tuesday, 11 October 2011

HeLiKopTer Oh HeLiKOpTer


KaLi PeRTaMa & PeRTaMa kaLI


Sesuatu yang kita ingini tak semestinya dapat dicapai. Namun ada juga angan-angan yang boleh menjadi kenyataan. Walau hanya seperti persinggahan, tapi cukuplah untuk menjadi kenangan dalam hidup.


Tanpa perancangan kadang-kadang sesuatu perkara itu lebih mudah berlaku.... Pertama kali aku merentas angin bersama helikopter. Bagai dalam mimpi walau sebelum ini pernah aku bercita2 untuk terbang dengannya



Secara tidak sengaja, semasa dalam perjalanan ke Barossa Valley, aku terpandang sign board 'Barossa Helicopters'. Terus hati ini melonjak untuk merasai pengalaman terbang dengan helikopter. Kami terus mengikuti arah yang ditunjukkan. Urusan berjalan lancar...... dapatlah pengalaman terbang dengan helikopter.










Walau pun hanya kira-kira 4 minit dengan bayaran aud 30, aku masih rasa ianya berbaloi untuk kita dapat menikmati keluasan ladang anggur dan kawasan sekitarnya dari angkasa di Barossa Valley. Sungguh indah ciptaan Allah. Tak tercapai kebesaran Tuhan dek akal manusia......

















Alhamdulillah kerana pengalaman indah ini..... moga ada rezeki lagi......





TAHNIAH buat sahabat ku....

Tepat jam 3.15 pm waktu Adelaide, aku di hubungi oleh salah seorang sahabat baik ku yang baru sahaja 2 bulan pulang ke Malaysia setelah tiga tahun setengah berhempas pulas dengan PHD nya di Uni Adelaide. Kedengaran amat ceria sekali suara di hujung talian. Berita gembira yang aku terima, hampir juga menitis air mata gembira mendengarnya.

Girang sekali suara Ros menyampaikan berita gembira kepada ku. PHD nya dah confirm dan tiada apa-apa pembetulan lagi. Tahniah Ros.... itu yang mampu ku ucapkan. Kebetulan malam ini juga Koy akan bertolak ke Malaysia setelah 2 minggu berada di site. Pasti kejayaannya itu bakal diraikan. Ros..... nampaknya lepas ni kena panggil Dr. Ros la ya..... Tahniah sekali lagi Ros.... moga sentiasa diiringi kejayaan.

Tiada yang aku harapkan.... semoga suamiku juga akan berjaya sepertinya.... amiiin....

Sunday, 9 October 2011

Sepetang di SA Museum


Perancangan awal kadang2 payah terlaksana. Kekadang sesuatu perkara itu terlaksana dengan lancar bila tiada perancangan awal pun.


Dari dulu yang kini telah dua tahun berlalu, aku berhajat untuk ke muzium City Adelaide. Baru hari ini dapat menjejak kaki ke sana. Seolah jauh pula muzium tu, padahal setiap hari aku berulang alik ke City pagi dan petang. 

Kelakar pulak rasanya...... Mentang2lah free masuknya.....



Friday, 7 October 2011

Testing

Bismillahirrahmanirrahim....

Aku ingin memulakan
di sini
ketika ini
adakah, 
aku berdaya....

Aku ingin bangkit
aku ingin berjuang 
melawan segala kelemahan
menukar segala ketakutan
hingga aku berjaya....

InsyaAllah....