Total Pageviews

Friday, 29 May 2020

Salam Jumaat 29/5/20

Semoga Allah sentiasa merahmati kita semua dalam mengharungi ujian yang insyaAllah pasti membawa hikmat atas setiap apa yang berlaku...

Sumber dari : whatsapp group

Sunday, 24 May 2020

Salam Syawal 2020 / 1441-H (PKPB)

Jadikan 1 syawal tetap sempurna, di mana pun kita berada, dengan cara sendiri, jauh di mata dekat di hati. 

Monday, 11 May 2020

Kuih Bakar Pandan Mudah

Assalamualaikum dan selamat meneruskan ibadah Ramadhan buat semua yang tersinggah di ruang NS ini. Semoga kalian berada dalam keadaan selesa dan selamat sentiasa. Tawakkal kepada Allah SWT selepas berusaha dan berdoa adalah satu amalan yang membawa rahmat ke dalam hidup kita. 

Di sini ingin NS abadikan lagi kenangan yang tercatat di perjalanan hidup, walaupun simple namun berharga. 
Kuih bakar...

Dah lama sangat dah NS tak buat kuih bakar. Bertahun dah. Disebabkan bahan yang ada telah lengkap, telah tersedia hasil pembelian stok sederhana di musim PKP ini, jadi mudah lah untuk NS memproses kuih mudah ini. Macam campak2, blend dan bakar; kemudian tunggu masak je...


Bahan2- bahan yang NS gunakan :
  1. 1 cawan tepung 
  2. 1 cawan gula (adakalanya NS kurangkan lagi sebanyak suku cawan untuk kurang kan manis)
  3. 1 cawan susu cair / susu kotak pun boleh.
  4. 1 cawan santan (NS pakai santan kotak yang 250ml tu, elok2 satu cawan)
  5. 1 cawan air pandan (NS pakai air biasa dicampur dengan sedikit perisa pandan)
  6. 3 biji telur
  7. Bijan
  8. Pewarna hijau
  9. Secubit garam
  10. Sedikit minyak / butter / marjerin untuk disapu pada loyang pembakar.
Cara - cara NS buat :
  1. Sediakan blender.
  2. Masukkan semua bahan (kecuali bijan) yang disukat tadi terus ke dalam blender. Blendkan biar tergaul sebati semua.
  3. Tuangkan ke dalam loyang bersaiz sedang yang telah disapu minyak tadi.
  4. Taburkan bijan.
  5. Bakar selama sejam pada suhu 180-C. Tetapi disebabkan pembakar yang NS pakai telah rosak timer dan suhunya, NS hanya on kan saja selama sejam dan lebihkan jika inginkan terlebih garing bahagian atasnya. Lagi satu cara NS ialah, selepas membakar lebih kurang 15 hingga 20 minit, baru NS taburkan bijan di atas permukaan kuih. 



Dah masak. Elok je naiknya.
Bagi hangus sikit, biar garing.
Kuih bakar NS sedia untuk dinikmati.... Selamat berbuka puasa...😋😋✌✌✌

Nasi Goreng USA

Menu ringkas dan cepat berbuka puasa dikala sibuk. Namun tidak menghampakan selera.
Nasi goreng USA
Pilihan selera berbuka.

Sunday, 10 May 2020

Saturday, 2 May 2020

Nugget Berulam Timun Jepun Bersos Thousand Island - Moreh 9, Selera Ringkas

Hidangan segera untuk moreh NS malam ini. 
 Nugget tempura dari ayamas brands di makan bersama timun sebagai salad bersos thousand island.
 Timun Jepun yang sangat rangup, kegemaran dan pilihan NS sentiasa. Penghilang rasa muak.
Seadanya stok yang ada. Jika salad di pelbagaikan, lagi la meriahnya kan.