Total Pageviews

Thursday, 20 September 2018

Masak Lemak Cili Padi Pucuk Paku + Ikan Pekasam, Menu Ideal

Menu ringkas yang membangkitkan selera...
Masak lemak pucuk paku.
Ikan pekasam goreng bersama hirisan bawang dan cili diperah asam limau...😋😋😋
Sambal bilis petai tempoyak pemberian adik ipar...

Kait Sarung Bekas Kuih Raya

Aktiviti ku sewaktu tidak dapat bersama mesin jahit....










Wednesday, 5 September 2018

Sup Gamat Kering

Tengahari tadi, masa kemas2 peti ais, belek2, ambik letak, tiba2 aku nampak sesuatu yg dah lama sgt aku simpan. Beli masa ke Langkawi dulu. Tapi kerana dia dah diawet kering, ia masih elok dan masih boleh dimakan. Ya, aku jumpa gamat kering.... macam ikan kering jugak la... boleh tahan lama, lagi pula bila disimpan dalam peti ais. 
Begini lah rupanya isi gamat yang telah dikeringkan. Untuk dibuat sup, kita perlu merebusnya terlebih dahulu dalam sekian masa untuk isinya kembang dan empuk. 
Kemudian isi gamat tadi aku potong kecil2 supaya senang di hirup bersama kuahnya. 
Boleh tambah apa saja yang kita suka sebagaimana lazimnya kita buat sup, samada sayur atau sebagainya. Di sini suka aku masukkan suhun ke dalam sup gamat ini. 

Kita sedia maklum kebaikan dan khasiat gamat untuk kesihatan. Aku percaya ramai di kalangan kita yang tak dapat menelan pun sup ini... dan begitu juga sebaliknya. Tapi bagi aku, rasa sup ini seperti mana rasa sup perut sahaja, enak dan menyelerakan, tiada rasa hanyir pun.... yaaa betul kalian, aku tak tipu... cubalah sendiri... hehe...