Total Pageviews

Friday, 29 September 2017

Ayam Goreng Daun Kari @ Khasiat Daun Kari

Assalamualaikum dan Salam Jumaat... Semoga kalian dirahmati...

Ermm... ini aku nak praktiskan amalan memakan daun kari secara rutin demi mengambil khasiat yang dikatakan hebat padanya. Maklumlah hari tu dapat mesej yang tersebar di whatsapp mengenai daun kari yang berkhasiat untuk membekalkan kalsium dalam menguatkan tulang kita. 

Tentu banyakla kan khasiat dan kegunaan daun kari ni. Sebelum ni pun aku ada baca juga tentang daun kari yang boleh menjadi penawar dalam merawat pesakit diabetes. 

Ha... jika dalam masakan, aku yakin, semua telah sedia maklumlah akan kegunaan daun kari dalam kebanyakan menu masakan. Aku kira untuk lebih tahu dengan lebih lanjut, kita bolehlah google2 sendiri ya, untuk maklumat saja... 
Kali ni, aku goreng ayam dihiasi dengan bawang dan daun kari yang juga digoreng. Sedapnye rangup2 gitu. 

InsyaAllah boleh diamalkan dalam apa jua cara. Makan secara mentah sebagai ulam pun boleh  juga. Cicahlah dengan budu ke, sambal belacan ke, tempoyak ke, sambal hitam ke... atau apa pun yang digemari. Lagi pula bukan nya banyak pun kuantiti yang diperlukan sehari. 5 helai dah cukup. Tapi jika digoreng seperti di atas, 30 helai pun tak cukup rasanya... 😊😊 Cuba lah...

Klik gambar untuk pembesaran...
Silalah cari maklumat tambahan lain ya... Mudahan bermanfaat untuk diamalkan.... Sekian...


Menu-Menu Ringkas Dinner Ku Minggu Ini.

Daging Goreng. Yang specialnya sebab ini daging korbanku tahun ini.

Sebungkus nasi ambeng share 2 orang makan. Tersandar kekenyangan.
Portion nasi ambang yang besar. Dibeli di pasar malam.
Pizza lupa nama....
Tebal dan gebu...
Beli dari gerai tepi jalan
Flat Spaggetti Carbonara... from my kitchen.
Kembung masak asam pedas cair2.
Sambal ikan bilis petai...
Kerabu Mangga.
Sup kaki ayam.
 Mihun sup keropeh ayam.
Tomyam udang... 
Set menu kampung yang terdiri dari ikan tongkol singgang, ayam goreng, ulam timun dan budu.

Thursday, 28 September 2017

Cendol Durian Raub

On the way dari balik kampung pada Ahad lepas, first time menyinggah di salah satu deretan gerai besar menjual cendol durian di Raub. Itu pun kerana adik aku yang nak belanja minum cendol durian ni. Aku sebut minum kerana ia diisi ke dalam gelas plastik yang besar, bukannya dalam mangkuk sebagaimana lazimnya cendol durian yang biasa-biasa aku makan sebelum ini.

Bila tengok pada menunya, ada 3 pilihan:-
  1. Cendol Durian Musang King Rm30 (mak aai mahalnya)
  2. Cendol Durian D24 Rm12
  3. Cendol Durian Kampung Rm12
Ditanya pulut, katanya dah habis, padahal waktu masih awal aku kira. Kami berempat mengorder jenis yang sama, Cendol Durian D24. Sampai-sampai, alamak besarnya gelas. Seeloknya di share 2 orang kecuali untuk si dahaga. Tapi cendol mana boleh hilangkan dahaga kan.

Ini Cendolnya. Looks cantik kan... lemak berkrim je gayanya.
Ada air santan dan gula melaka, sedikit cendol, kacang merah, dan sesudu isi durian aku agak, hanya sedikit, tak puas makan isi durian jika dibandingkan dengan harga. Aku duk bayangkan ada la paling tidak pun 2 ulas isi durian. hehe... Air je banyak. Rasanya bagi aku dan tanya pendapat hubby pun, just so so... Dengan sudu dan straw yang agak pendek, rasa susah untuk makan cendol dulu sebelum menghabiskan airnya. Sorry to say about that because it's true.
Gelas lebih kurang setinggi botol susu budak yang tinggi tu... diameternya besar. 
Ketinggian gelas lebih dari sejengkal aku. 

*** Kesimpulan yang boleh aku katakan dengan ikhlas : Masih perlu kepada perubahan yang lebih baik.

Wednesday, 27 September 2017

Spay Adek & Emergency Leave

Pagi khamis tu, aku macam biasa, selepas membersihkan rumah kucingku, aku memberikan keistimewaan kepada Adek untuk ikut aku masuk. Dia berlari dan mengikut ke mana saja aku pergi. Kejap kejar ke sana, kejap di sini, panggilnya cepat saja datang. Aku buka riba cepat saja dia mencelah dan terus lena di ribaku... Sayu pulak hati aku hari ni. Bertambah resah dengan plan akhir aku ini. Tetap kepada Allah jua aku berdoa dan berserah.

Before....
Sedih pulak ummi dengan kemanjaan Adek tidur di ribaan ini.

Dalam lebih pukul 3.00 pm gitu, aku pun hantarlah Adek ke klinik dengan resah sebak di dada semua perasaan ada. Selepas doktor check Adek di bawa ke boarding belakang. Aku tinggalkan Adek dengan sebak di dada namun penuh dengan doa. Setiap kali aku nak spay atau neuterkan kucing2 aku, aku tidak mengambil ringan. siap solat hajat solat tahajjud semua. Siapa tak kasihkan kucing yang ditatangnya kan... hanya pencinta kucing yang tahu perasaan ni.

Tak sangka pula, esok pagi aku dan hubby emergency balik kampung. Bermacam perkara bermain di kepala ku ini. Aku terpaksa hantar makanan extra untuk Adek ke klinik dan memberitahu pembantu klinik supaya tambah boarding Adek untuk 2 malam lagi. Sebelum itu aku juga bekalkan sehelai tudung aku agar Adek dapat menghidu bau aku sepanjang berada di situ. Dengan doa dan tawakkal pada Allah aku tinggalkan kucing2 ku di rumah dan Adek di klinik. Dalam hati hanya Allah yang maha tahu...😭😭😭

Semasa balik selepas 5 hari di klinik...
Adek kelihatan excited jumpa aku dan nak balik....
Seronok dah sampai rumah...
Aku minta maaf kepada kakitangan klinik jika rasa terganggu dengan panggilan telefon dari aku setiap hari untuk bertanya khabar tentang Adek.
 Jahitan di perut Adek pada hari ke 6 operation.
Adek kena dikurung sementara di sangkar, jika tidak bahaya la sikit... Adek tu suka melompat sana sini... terkoyak perut tu nanti... risau ummi... 

Moga Adek terus sihat dan sejahtera ya... InsyaAllah...

Tuesday, 26 September 2017

Lagi2 Simple Grill Chicken

Seharian hari ni, aku rasa sangat penat dan letih. Kepenatan yang melemaukan seluruh badan. Macam nak demam pun ya. Apa tidaknya, entah berapa kali aku berulang-alik ke toilet, mungkin tersalah makan. Akibatnya aku juga jadi hilang selera. Tak tahu nak makan apa. . 

Nak masak apa untuk dinner??? Kali ini aku tidak rasa seperti nak makan nasi. Jadi aku keluarkan isi dada ayam untuk dibakar. Aku gantikan karbohidrat dari nasi dengan karbohidrat dari kentang. Selebihnya sayur-sayuran sebagai pelengkap nutrisi.
2 keping dada ayam telah dibersihkan.
Perapan yang sungguh flexible, tidak terikat. Yang penting dengan rasa yang disenangi oleh diri-sendiri.
Sayuran yang sedia ada di dapur, saleri, kentang, carrot dan broccoli.
Aku hanya rebus dan celur seketika, toskan dan di grillkan dengan mentega dan minyak zaitun.
Siap hidangan dinner malam ini. Kentang ditaburi dried mint namun ayam tidak disirami gravy. Cuma kering2 gitu je atau di cicah dengan sos kegemaran sendiri.
Jemput makan.... 😋😋😋


Lunch At Restoran Nasi Dagang Wakaf Bharu

Bercerita tentang tempat2 makan kali ni, dah beberapa kali balik kampung, aku tak sempat mengunjungi ke Restoran Nasi Dagang Wakaf Bharu. Minggu lepas, dalam santai2 balik kampung, dapatlah aku menyinggah ke sini. Lalu di kesempatan singgahan kali ni aku nak tempelkan di sini antara menu yang pernah menjadi top menu di Restoran Nasi Dagang Wakaf Bharu iaitu 'Chicken Chop'.
Pilihan aku untuk lunch hari ini.
Memang jelira dan kaw-kaw rasa sos black peppernya yang menyelimuti ayam yang lembut isinya...
Ini pulak pilihan my hubby... Kuey Tiow Kungfu....
Dish ni memang big potion... bukan dalam mangkuk kecil... Rasa supnya yang masam-masam manis secukup rasa. Rich dengan udang, sotong dan ayam juga sayuran.... selengkap rasa. Nak tahu rasanya, trylah sendiri... 

Friday, 22 September 2017

Salam Maal Hijrah 1439H / 2017

Semoga perjalanan hidup kita lebih bertamddun dari semalam.

Thursday, 21 September 2017

Laksa Pinang Lagi, Sebab Dapat Bunga Kantan Murah...

Gara-gara dapat bunga kantan dengan harga berbaloi di salah satu pasar malam, selepas sekian lama meninggi je harganya, aku teringin nak masak laksa pinang lagi.
Suka dengan ulam yang banyak.
Ulaman hanya secukup syarat.
Makan sampai berulang2...