Bersambung lagi cerita bersiri aku ni....
Setelah makan tengahari disalah satu antara gerai2 yang banyak terdapat di Teluk Batik tu, aku meneruskan perjalanan ke Lumut pula. Plan asal nak bermalam di Teluk Batik, tapi sekali fikir, baik pula bermalam di Lumut. Tak tahu dah nak pergi mana di Teluk Batik ni, seolah just touch & go je. Dapat sampai kat situ pun, aku dah cukup bersyukur dan berpuas hati kerana dah dapat sampai situ dan dapat tengok, juga dapat jalan2 tepi pantai. Ambik nama dah pergi... ermm ngeee... :-)
Perjalanan dari Teluk Batik ke Lumut berapa lama ya? Aku pun lupa dah. Rasanya tak lama... dalam 20 ke 30 minit kot lebih kurang. Sampai2 je terus check in. Kami menginap di Orient Star Resort. Besar jugak Tempatnya. Sila tinjau keadaan bilik....
Simple...
Pintu masuk
Balkoni....
Kiri kanan sure nampak balkoni bilik2 lain.
Jangan ketawa ya tapi kelakar pulak tengok paip ni diikat dengan tali rafia sebagai penyangkutnya. Belum pernah ada pengalaman sebegini... tentu cukup berharga untuk dikenang nih... hehe...
Kepala paipnya pula rendah ke bawah. Kena tunduk tau... aduih....
Selepas rehat sekejap, mandi sebab tadi main air pantai... kemudian solat, aku keluar untuk meninjau suasana lumut ni... pusing2 kawasan, pergi jenguk kawasan kem tentera juga tengok2 pantai.
Ini pandangan hotel dari pintu belakang. Ini hanya sebahagian bangunan. Di sini tempat untuk main sepak takraw atau boleh juga mandi pantai.
Selepas rehat sekejap, mandi sebab tadi main air pantai... kemudian solat, aku keluar untuk meninjau suasana lumut ni... pusing2 kawasan, pergi jenguk kawasan kem tentera juga tengok2 pantai.
Ini pandangan hotel dari pintu belakang. Ini hanya sebahagian bangunan. Di sini tempat untuk main sepak takraw atau boleh juga mandi pantai.
Nun di sana terlihat feri yang mungkin sedang membawa penumpang untuk ke Pulau Pangkor.
Sambil2 melihat ada orang yang sedang memancing.
Teruskan perjalanan ke Marina Wing water front, tak jauh... suasana petang di sini....
Makan petang merangkap malam juga. Menikmati suasana angin pantai. Makin meriah dengan pengunjung.
Menu yang sama seperti selalu jugak yang selalu dipesan,
Bayar di kedai atas ni....
Petang ni terlalu ramai pengunjung yang mandi kolam di resort. Kolamnya luas. Tapi plan aku nak berenang esok pagi. Nak naik bilik dulu, solat dulu kemudian nak keluar lagi. Asalnya ingat nak rehat dah sebab penat. Tapi melancong mana boleh manjakan diri sangatkan. Gunakan semaksima peluang yang ada.
Malamnya aku hanya keluar berjalan kaki sejauh lebih kurang 400 meter ke waterfront yang bersambung dengan tempat petang tadi. Takut la jugak sebab lalu ikut jalan belakang resort, ada tempat yang agak gelap. Selebihnya depan2 kedai juga hotel. Malam tu malam minggu. Sungguh happening sekali dengan ramai pengunjung dan peniaga2 serta orang seni yang membuat persembahan pentas. Surprise hari jadi pun ada.
Hubby mencuba urutan refleksologi... rm18 untuk 30 minit. Murahkan. Yang tukang urut ni pun buat kerja part time. Dia navi. Dah malam2 tak buat apa, kepandaian ada, minat ada, apa lagi, part time la. Menurut katanya lagi, ramai juga navi yang buat kerja part time di sini. Kawan2 dia la.
Jiwa seni/ artis sedang membuat persembahan.
Tak snap banyak gambar malam ni, tapi pengunjung dan peniaga memang ramai.
Menurut kata tukang urut tadi, keadaan malam minggu begini selalunya berlanjutan sehingga jam 3 pagi. Tapi dalam jam 12 lebih, aku dah menapak untuk balik bilik. Risau nak lalu kawasan gelap tadi.
***************************************************************
Hari ke 2...
Bersedia untuk mandi kolam selepas sarapan.
Pilih masa awal sebelum ramai orang. Kelihatan di tepi pantai satu group yang sedang bersukaneka. Macam hari keluarga gitu.
Kolam kanak2 dan dewasa berasingan.
memori mandi di sini... :-)
Akur dengan masa yang pantas berlari, tengahari nak check out pulak, sekalipun belum puas berenang. Perlu kemaskan barang pulak.
Selepas check out, aku singgah sekejap di dataran bandar ni. Dikelilingi oleh kedai-kedai hasil barangan lauk dan cenderamata. 'Ikan bilis mata biru' kerap disebut2 bila ke sini. Teringin aku nak tengok bagaimana la rupanya. Ada saiz besar dan kecil, ada yang dah dibuang perut dan yang belum, entah di mana biru matanya, tak nampak pun... biasa macam yang selalu tengok jugak pun, mata hitam jugak. Apa yang aku perasaan, bagi aku harganya sangat tinggi. Ada yang sehingga rm90 perkilo. Macam tak logik pun ya. Tapi kawasan dan tempat perlancongan memang la gini selalunya.
Tujuan sebenar menyinggah, bukan untuk bershopping sangat pun, tapi sebagai seorang yang bernama aku, tentunya kerana nak mengukir kenangan dengan kecantikan arca di dataran ini.....
Saja ber action depan kedai pakaian dan cenderamata.
Jauh perjalanan luas pengalaman... moga Allah sentiasa memberikan ruang untuk menikmati keindahan ciptaan-Nya....
***081016 - 091016