Total Pageviews

Wednesday, 6 July 2016

Memori Aidil Fitri 2016/1437H

Warna-warni hari lebaran.... hehe... rumahku hingga kini masih di kelilingi rimba nipis... masih sama seperti ketika aku di zaman kanak-kanak dulu biarpun telah banyak perkara kian berubah dari tahun ke tahun yang sentiasa berlalu.

Dimulai dengan suasana selepas solat sunat aidil fitri di surau kecil ayah.....
Jamuan kecil diadakan sekadar santapan pagi hari raya.
Di ruang muslimah............
Anak-anak saudaraku.......
Selepas solat raya, berjalan kaki ke rumah kakak ke-3 ku yang hanya terletak kira-kira 100 meter dari rumah mak.
Bersama mak ayah dan keluarga adik bongsu ku.
Di tepi rumpun buluh dan berlatarkan musalla kecil tempat budak-budak mengaji Quran.
Bersama mak ayah dan juga family abang ke 2 ku.
Abang no 2 dan mak. Kelihatan wajah ayah sekali di belakang.
Mak dan ayahku kini bertongkat bagi membantu dan memudahkan pergerakan setiap perjalanan mereka.
Adik bongsu...
Bersama family kakak no 3 tadi selaku tuan rumah.
Masa ni Qais sedang lena beradu akibat sangat mengantuk sebab bangun awal pagi, pagi tadi.

Aku menuju pula untuk beraya ke rumah abang no2.... Kita tengok suasana je lah ya...
Sehingga di sini yang tidak kelihatan hanyalah keluarga kakak sulungku kerana dia beraya di kampung mertua dahulu.
Ini pula di rumah ibu mertuaku di samping adik-beradik serta ipar duai pada hari raya ke 3.

Hanya dapat berkumpul dan bergambar pada hari raya ke3 disebabkan kesibukan mereka menyediakan bermacam-macam tempahan untuk mereka yang buat open house. Begitulah rutinnya mereka setiap kali raya.

Salam Aidil Fitri 2016/1437H

Salam aidil fitri buat semua... moga sentiasa berbahagia di mana saja berada. Ampun maaf zahir & batin dari kami.


Wordless Wednesday

Daisy & Koala
Hehe....