Total Pageviews

Saturday, 28 May 2016

TDM Gotong Royong sesi 2 2016

Cerita hari minggu lps.... Kelaziman yg berlaku pada setiap tahun. Kebiasaannya taman perumahan kami ini akan melakukan salah satunya gotong royong pada sebelum datangnya bulan ramadhan.

Kali ini tarikhnya jatuh pada 22 Mei 2016 untuk sesi ini. 
Berkumpul dan bergambar selepas sesi ucapan pembukaan majlis oleh Pengerusi Persatuan Penduduk TDM baru yang pada tahun ini telah bertukar kepada Cikgu Suhaimi selepas hampir 10 tahun dengan jayanya di pikul oleh Encik Haswar.

Kebiasaan yang terlibat adalah kaum Adam. Manakala yang kaum Hawanya lebih kepada tugas menyediakan juadah buat mereka yang bergotong royong. Yang penting, hari ini adalah hari kerjasama.... "apa yang penting... kerjaaaaaasama", hehe... baca gayanya Wonder Pets... apa2 je lah... 

..... dan aku pula, hubby buat permintaan supaya menyediakan menu trade mark kami seperti yg sebelum ini... apa2 jenis nasi bungkus... dan kali ini pilihan kami 'nasi berlauk ikan aye versi Kelantan". Sebutan biasa ikan tu adalah ikan tongkol. 
Masak lemak lengkuas ika tongkol siap. 
Nasi pun dah masak...
Tersedia semua peralatan dan bahan... tinggal bungkusnya saja... 
Ringkas saja caranya... ada nasi, plastik ikan dan kuah, air lada dan ulam timun... tersedia dlm kelongsong (sebutan aku)... dan bungkus la... 

Selepas separuh gotong royong.... pada waktu rehat, mereka menikmatinya dengan selera...

Ini sebahagian antara ahli lorong kami... suasana ketika menikmati hidangan... 
Alhamdulillah... yang penting ada peminat dan habis di makan. Dengarnya ada yang nak datang ambik tapi dah kehabisan bekalan. Minta maaf la ya... maklumla buat pun tak banyak. InsyaAllah lain masa akan disumbangkan lagi... 

Wednesday, 25 May 2016

Sunday, 1 May 2016

Tetamu Hari Buruh @ Dhuyuufi

Memori 2 tahun lalu... tetamuku dari Iraq yang tersekat teruk dalam kesesakan jalan raya dan hujan pada malam 1 mei 2014. Harap mereka belum serik untuk mencuba lagi.
Memori masa hari raya di Adelaide, di hadapan rumahku
Di dapur ku. 

Malam itu persediaan yang aku buat bagi menyambut kedatangan Alaa, her husband, son and daughter.... walaupun tidak kesampaian tapi mengulangi 1 mei, tetap hadir peristiwa ini dalam ingatan aku.
Set kebab
Sate ayam...
Arab bread
Nasi minyak
Her favourite, malaysia chicken curry
Bawal masak merah
Salads
koktail...