Kembali Ber'Aidil Fitri' Di Malaysia selepas 5 kali beraya di Aussie...
Sebelah aku tu adik aku yang ke-5 bersama husbandnya. Petang raya baru bersua muka.
Ok... aku nak imbas seketika pada hari sebelum raya....
Hidangan ringkas menu berbuka puasa dihari terakhir ramadhan. Mana boleh masak banyak-banyak kan...sahur pun tak lagi dah... sedia maklum dah, jika banyak-banyak nanti membazir tak habis juga makanan jika di hari akhir nih. Ringkas-ringkas hidangan ni pun, sangat cukup membuatkan selera naik, sebabnya ada petai, budu dan juga sambal ikan mangga tu....
Ok... ini pula pagi-pagi raya lepas solat subuh tu. Sama-sama menjamah hidangan raya sebagai sarapan pagi. Ambil yang sunat. Ini je ahli sarapan pagi pada pagi raya tu termasuk aku yang tukang snap gambar ni. Yang bertudung pink tu adalah sepupu aku yang tiba menjelang waktu berbuka puasa semalam. Nak beraya bersama-sama kami. Lihatlah betapa antik dan nostalgianya dapur rumah ku. Orang tua yang jaga katakan. Tak larat dah nak berkemas-kemas sangat.
Mr. Hubby yang menunggu untuk solat raya, dapat bertakbir raya kat tepi surau je dulu sebab lambat sikit bersiap, surau kecil dah penuh.
Lumrah alam, suka duka silih berganti, senyum tawa berselang sepi, tidak ditunggu tidak dinanti, tetap ia datang menyeri....
Memori raya kali ini....
Selepas solat sunat hari raya dan jamuan ringan di surau kecil... Terlepas join 2 lagi family kakak ke 3 ku juga adik ke 5 kerana masing-masing berpagi raya di rumah mertua.... hai... time aku ada ada selepas 5 tahun miss beraya bersama ini laaaa yang dia orang plan nak ke sebelah sana... Bukan rezeki aku kali ini kot... lain kali moga ada peluang lagi ya, insyaAllah.....
Tengahari raya meratah durian sekenyang-kenyangnya. Sinsingla lengan baju tu. Durian ni adik aku yang bawa balik dari Raub. Banyaaaak sangat, satu bonet kereta. Habislah kereta dia beraroma durian lepas tu. Dapat deal dengan/dari seorang tauke cina katanya. Durian tengah banyak musim ni. Berderet di perjalana balik kampung hari tu dengan longgokan durian yang tak terbeli agaknya dek kerana bulan puasa.
Ha... ni la adik aku... si Putera Bongsu... menghampiri hening subuh pagi raya baru sampai kampung, semata-mata tunggu durian dari tauke cina tu.
Makan semahunya.
Sebelah aku tu adik aku yang ke-5 bersama husbandnya. Petang raya baru bersua muka.
Ok... aku nak imbas seketika pada hari sebelum raya....
Cucu dan atuk. Anak saudara aku yang baru sampai dari KL. Destinasi pilihan pertama adalah rumah usang Tok Ayah dulu. Apa yang amat terserlah aku dapat lihat kali ini, dia amat ringan tulang membantu dengan atau tanpa disuruh pun. Semua kerja sapu sampah di halaman rumah, buang sarang lelabah, bersihkan surau kecil untuk solat raya, semua dia buat. Alhamdulillah.
Ini sehari sebelum raya. Aku diberikan tugas memasak gulai 2 ekor itik serati untuk jamuan ringan jemaah yang bersolat raya esok. Urusan sembelihan dan layur dilakukan siap-siap oleh abang aku. Bila dibawa ke rumah mak, maka aku minta Mr. Hubby dan iparku tolong potong-potongkan sebelum tugasan seterusnya jatuh ke tangan aku.
Keras juga tulang temulang itik nih. Kena rebus dulu pakai pressure cooker. Abang aku dah siap-siap bawa dah pressure cookernya. Sekarang dah mudahla berbanding dulu-dulu yang mana kami terpaksa merebus ayam kampung or itik or serati lama berejam dengan dapur kayu sebelum mendapat isinya yang lembut. Dengan pressure cooker tak sampai pun setengah jam merebusnya.
Ringkasanya.... ini lah dia gulai serati yang dah masak. Petang tu aku ambiklah sikit buat berbuka. Testing la konon... Sedap juga... hihihi perasan sendiri... tapi betuuuullll.... :-)
Hidangan ringkas menu berbuka puasa dihari terakhir ramadhan. Mana boleh masak banyak-banyak kan...sahur pun tak lagi dah... sedia maklum dah, jika banyak-banyak nanti membazir tak habis juga makanan jika di hari akhir nih. Ringkas-ringkas hidangan ni pun, sangat cukup membuatkan selera naik, sebabnya ada petai, budu dan juga sambal ikan mangga tu....
Menu wajib aku....
Nasi himpit
Kuah kacang
Sate goreng
Kakak sulungku tiba dalam jam 8, sempat bersarapan dengan kami. Awal betul dia orang bersiap dan bertolak dari Kutan pagi tadi. Mereka dah siap pakai cantik-cantik dah, tapi aku...? tuan rumah katakan...
Mr. Hubby yang menunggu untuk solat raya, dapat bertakbir raya kat tepi surau je dulu sebab lambat sikit bersiap, surau kecil dah penuh.
Jemaah sedang menjamu selera selepas selesai mendengar khutbah solat raya.
Sembang-sembang. Aku sebak seketika ketika ini. Salah seorang nenek saudara aku sudah tidak cam aku lagi. Dalam 5 tahun aku tak jumpa dia, banyak yang berubah. Sekali pun aku sedang berhadapan dengan dia, dia tidak cam aku . Tapi bila aku ke sudut lain, telinga ku dapat mendengar dia bertanya ibuku, "Nani tak balik ke"? Rupanya dia hanya masih mengingati nama aku. Katanya, penglihatan dia dah kabur atau kurang jelas dan susah nak cam orang.
Seterusnya selepas settle bab-bab solat raya, jemaah pun dah balik, kami bergambar ramai-ramai, walaupun ahli belum cukup.
Tadi, aku paksa ayah pakai sepasang baju melayu.... hihi... kalau tak memang payah dia nak pakai gini... sebahagian suasana....
Geng biru menang kali ni... aku sebenarnya pun plan biru juga untuk tahun ni, tapi tak sempat buat persiapan. Pakai apa yang dah ada awal-awal.
Apa yang lucu sangat tu....?
Dah settle semua, terus pula ke rumah abang ke 2. Dalam hanya satu kilometer saja dari rumah mak.
Bertudung putih tu laa kakak no 3 aku. Kat sini baru dapat jumpa dia.
Yang berkopiah putih tinggi tu pulak abang ipar no 3 aku.
Raya ke-2
House warming rumah kakak bersekali dengan majlis bercukur cucu ke-4 nya.
Pemuda di tengah tu la anak saudara ku yang sponsor kambing golek ni...
Rasanya agak sedap... recommended....
Malam raya ke-3
Ini pulak rumah mertuaku... suasananya dah lain kan, antara kampung dan bandar. Memang berbeza. Kami plan berkumpul dan menjamu selera pada raya ke 2 sebelah malam. Raya pertama memang tak sempat. Sebelah sini ada banyak bisnes. Menerima banyak tempahan sehingga raya ke 6 atau ke 7. Jadi mereka memang banyak menghabiskan masa di dapur.
Keceriaan suasana...
Semasa masing-masing menyiapkan diri...
Iklan seketika, Kelihatan langsir-langsir yang tergantung di rumah Ma ini adalah hasil tanganku (hihi.. bukan berniat menunjuk) yang dah berusia hampir 9 tahun or lebih... ceria air muka Ma bila aku katakan, "insyaAllah akan ku buat lagi yang baru"...
Anak-anak Ma....
Para menantu Ma...
Keceriaan suasana...
Semasa masing-masing menyiapkan diri...
Iklan seketika, Kelihatan langsir-langsir yang tergantung di rumah Ma ini adalah hasil tanganku (hihi.. bukan berniat menunjuk) yang dah berusia hampir 9 tahun or lebih... ceria air muka Ma bila aku katakan, "insyaAllah akan ku buat lagi yang baru"...
Antara menu malam itu...
Hidangan BBQ dan steamboat....
Mengharapkan keceriaan tak kan pergi jauh....