Dinner kali ini....
Sekali lagi kami menyelesaikan urusan yang dah nak expired date nya lagi sehari....urusan bertangguh, bertangguh dan bertangguh-tangguh juga. Walaupun sebenarnya masa yang di berikan adalah selama 3 bulan dari pembelian kupon yang di'offer'kan, tapi seolah terbiasa juga sifat manusia biasa ya. Tak nak lah aku sebutkan di sini bahawa sifat bertangguh tu sifat siapa... semua tahu kan... tapi na'uzubillahi min zaalik.
Tanpa ada peluang untuk memilih masa lagi dan mencari cuaca yang menarik, kupon yang dibeli 3 bulan lalu, bila dah lagi sehari sebelum tarikh tutup tu, sanggup pula meredah jalan jam dan berhujan lebat la masa tu. Jam 7pm hingga 8pm... bayangkan masih dalam perantaraan time pekerja pulang ke rumah atau ke destinasi masing-masing dan dalam keadaan hujan lebat lagi. Sepatutnya aku boleh sampai dalam masa setengah jam sahaja. Namun jam punya pasal dah jadi double. Tapi campur la sikit dengan masa singgah bermaghrib di petronas.
Akhirnya pada lebih sikit jam 8, sampai juga aku ke restoran tujuan, tempat yang
mr hubby janjikan sejak kami di Adelaide lagi. Punyalah lamanya ambik masa nak tunaikan janji kan.
Restoran Flaming Steamboat Buffet yang aku kira sederhana namun aku amat berpuas hati dengan pelbagai pilihan yang disediakan. Restoran ini memiliki beberapa cawangan dan lokasi yang aku pilih adalah cawangan Shah Alam yang aku kira terdekat dengan area permukiman aku.
Lokasinya adalah di no 7 & 9, Jalan Kemuning Prima A33/A, Seksyen 33, Shah Alam. Restoran ini beroperasi 7 hari seminggu bermula jam 5pm - 12am. Manakala pada Sabtu dan Ahad bermula dari 5pm - 12.30am.
Sesampai je, aku tengok barisan yang panjang sedang beratur di kaunter, maklum la waktu peak hour untuk dinner agaknya dan bersantai-santai dengan gang. Tapi itu yang datang bergroup, mereka pun mungkin dah book awal sama seperti aku. So penantian tidaklah lama... tak sampai pun 5 minit. Terus kami pun dibawa ke meja kami. Alhamdulillah dapat tempat yang agak strategik.
Aku tatap restoran punya katalog la, satu kepala rm29.90 +++. Namun disebabkan hubby beli melalui groupon, kami dapat dengan rm23.00 tanpa apa-apa tax. Janji kami tak datang pada malam minggu, jika tak, tentu kena tax jugak. Ok... not bad la. Jom tinjau sikit pilihan yang ada...
Seksyen seafood fresh dan frozen beraneka pilihan.
Aneka minuman sejuk dan panas
Aneka nasi, noodles, serta lauk pauk.
Aneka dessert, ais cream, ABC & etc....
Sayur mayur juga salads penghilang muak. :-)
Rupanya banyak lagi area makanan yang aku tak snap gambarnya... campur ngan seganla jugak.
Ini sebagai permulaan.... terus ambik yang favourite ni.... seksyen nasi-nasi atau noodles ni aku tak kisah pun.... nanti jika aku cepat kenyang, tak termakanla udang dan ketam aku tu.... yang nampak sedikit nasi dan kway tiaw dalam pinggan depan tu, hubby punya tau... dia mana boleh jamah seafood... sianla pulak.... datang sini kerana akuuu je.... melayan kegemaran aku. Aku pulak bukan dapat makan banyak pun. Banyak layan udang, ketam, cendawan dan sayur je. Yang lain jamah sikit-sikit nak rasa. Sotong pulak aku tak boleh makan lansung sejak kecil, apalagi sotong fresh... padahal sotong pun ada berjenis-jenis di sini.
Itu pun dah penuh perut dah makan. Tak dapat merasa setiap menu pun. Tak habis pun meneroka. Jika orang tu jenis pemakan, sangat-sangat berbaloi untuk makan di sini.
Biasanya dua jenis kuah disediakan, sup dan tomyam.
Tengoklah... apa yang banyak di makan tu..... kulit udang dan ketam.... :-)
Keselesaanku bila selepas makan steamboat, suka minum tea o panas, boleh tolak rasa muak.
Ini lah yang aku sebut sebagai 'pembilas rasa muak' juga. Penutup dengan mengunyah sayur. Yang aku pilih dari banyak-banyak sayur tu adalah pak choy, kangkung juga aneka cendawan. Cendawan tetap menjadi kegemaranku walau pun aku tahu perut aku ellergic dengannya... terus meragam selepas memakannya.
Mungkin ramai yang dah biasa berkunjung ke sini, namun bagi yang belum mencuba, rasanya berbaloi untuk berkunjung, apa lagi dengan keselesaan tempat yang disediakan dan harga patut yang diberikan.
*220514*