Total Pageviews

Friday, 7 March 2014

Bunga Telang / Bunga Nasi Kerabu

Assalamualaikum dan salam jumaat untuk minggu ini. Sedang berehat-rehat seketika ini, teringat pulak nak abadikan satu bunga organik ni ke blog simple ini. 

Dulu-dulu, atau lama dulu kerap jugak duk tempek cerita nasi kerabu. Ada yang biru dan ada yang kuning. Jarang sangat yang putih sesaja. Aku suka juga yang kaler kuning bila diletak warna kunyit, lebih rasa organiknya. 
Nasi kerabu kuning.
Nasi kerabu biru tak organik. 

Tapi ini cerita masa kat seberang laut sana. Jika di rumah aku sini, aku ada tanam pokok bunga telang yang akan menjadikan kaler nasi kerabu itu biru... juga organik jadinya.... 

'Bunga telang' sulung ku yang aku semai selepas kembali ke Malaysia ritu dah keluar. 

Aku sepatutnya buatkan 'para' untuk pohon ini memanjat dan melilitkan badannya. Tapi sengaja aku biarkan ia menyelit-nyelitkan dirinya melalui ruang di celah-celah pagar. 

Bila dah menjalar banyak, pagar dipenuhi dengan pemandangan yang begini. Setakat hari ini, aku selalu petik bunganya pada setiap pagi. Jika tidak dipetik, bunga telang tu akan kuncup dan jadi layu serta kering kemudiannya.
Kembali menjadi layu....

Jika dah banyak terkumpul dan belum digunakan, boleh difrozenkan dulu. Selamat dari kerosakkan. Boleh tahan lama. Jika nak terus rebus dan simpan airnya dlm peti sejuk pun boleh. Itu ide yang bagus...

Rebus bunga-bunga telang hingga mendidih.
Air biru pekat....

Lepas tu tapislah air biru tu untuk mengasingkan air dan bunga-bunga yang dah kehabisan warnanya tu.... bolehla buat masak nasi kerabu bila dah ready nanti. 
Ini lah hasil warnanya..... ha yang ini organik ya....