Renungan Mutiara Kata :-
"Janganlah terlalu menyayangi seseorang kerana mungkin kelak kita akan membencinya pula.... dan janganlah pula terlalu membenci seseorang kerana mungkin kelak kita akan menyayanginya pula..."
************************************************************
Semata-mata ingin membuat sentuhan akhir. Berangan nak menjenguk buat terakhir kali ke satu-satunya kebun epal yang setahu aku dibuka untuk public. Logiknya memang ini lah tahun akhir dan inilah seakhir-akhirnya aku ke sini. Tahun lepas, aku ingat itu dah musim akhir dah bagi aku, lantaran kemungkinan hubby tidak mendapat extension tentang tempoh pengajiannya masa tu.
Biasanya masuk je winter, kebun epal ini pun tidak dilanjutkan opennya untuk public picking lagi. Buah pun mungkin kehabisan atau semua dah gugur memburuk masa tu. Tapi masa yang sedikit berganjak setiap musim, memungkinkan ia menjadi alasan kenapa sehingga minggu lepas pun, peluang masuk kebun masih terbuka.
Aku yang menunggu peluang pasrah jika tiada aku mendapat peluang lagi ekoran keadaan cuaca di winter yang tak menentu, lebih-lebih lagi peluang yang ada cuma di weekend sahaja. Kebelakangan ini kebanyakan hari minggu yang di lalui hujan ke... mendung ke... malah minggu lepas masa aku pergi ni pun kira windy juga. Dah tahu ada geng kat atas sana, tawakkal juga aku mendaki. Aku cuma target ke sini, tidak merancang ke lain tempat. Sekali pun ini kira dah kali ke berapa aku ke sini, entahkan kali ke 8 ke kali ke 9... kerap sangat dah... orang kata tempat jatuh lagi di kenang kan... dan memang aku pernah pun jatuh di sini kerana licin terpijak buah epal gugur yang dah lembik... akibatnya dua minggu aku jalan menjengket kerana tersalah urat.
Sekadar membuat jengutan akhir. Asyik berpusing-pusing dalam kebun, makan-mana-mana yang terasa nak makan, dah petik sepenuh baldi. Aku rasa penat. Puas hati sangat. Keadaan buah masih berbaloi untuk di buka dua tiga minggu lagi pun. Jangan hanya tengok pokok di awal pintu masuk atau di bahagian atas sahaja... tapi kena rajin turun ke bawah bukit sikit, baru akan di temui pokok-pokok yang masih lebat berbuah.
Agaknya kerana hanya melihat pokok yang di atas, membuatkan geng yang masuk semasa kami di dalam balik cepat. Mereka hairan kenapa tidak menemui kami padahal ketika masuk dan keluar pun, kereta kami masih ada, ke mana kami pergi...? (Kami datang berasingan). Berkebetulan pula tidak terlintas untuk mereka meng'SMS' atau call kami.
Ini ha... Kenangan yang paling manis masa kat kebun ni. Allah telah mengubah dan menterbalikkan hati aku 360 darjah. Tidak pernah aku berlagak dan seberani begini dengan mana-mana anjing pun sebelum ini.
Kisahnya... tengah khusyuk dalam kebun epal tu... tetiba aku ternampak anjing ni... geram juga kenapa boleh bawa masuk anjing ke sini... buang najis merata dan aku nampak anjing ini tengah berak pun... jika terpijak.? Eeeeiiiii.....
Sebelum ini aku pernah jatuh dan luka kat garage sale kerana terlanggar barang orang, hanya kerana ternampak anjing besar tiba-tiba keluar dari backyard mereka. Aku pernah juga menyambar sesiapa saja untuk berlindung dari anjing yang muncul tetiba. Aku pernah di kejar anjing comel kerana menyangka aku ingin bermain dengan dia kerana melarikan diri dari dia. Aku dan seorang kawan pernah diberi diskaun 50% harga barang yang hendak dibeli selepas menggigil takutkan anjing mereka yang ada bersama tetiba masa tu... hihihi kelakar pulak... Aku pernah dikepung seekor anjing ketika dengan hubby dan sepasang lagi kawan di penginapan kami semasa bercuti dulu menyebabkan kami semua dalam ketidakberanian keluar dari penginapan, padahal masa tu sudah waktunya untuk check out dah. Malah aku pernah tidak memandang lansung kepada luka berdarah di tangan hubby kerana sangat marah membiarkan aku berada di ruang yang mampu disentuh anjing... teruk sangat ni... sorry Sayang... malah macam-macam lagi kenangan dengan takut kan anjing ni...
Jika ke garage sale dan dapat tahu atau dah nampak awal-awal, situ ada anjing... tidak sekali-kali aku memasukinya. Itu juga menjadi salah satu sebab kukuh aku kurang ke Sunday Market Brighton ke... Marion ke... kerana terlalu takut berselisih dengan anjing yang dikatakan dapat menghidu ketakutan manusia. Betulkah begitu...? Allah maha bijaksana.
Minta izin... Contoh salah seekor anjing besar dan tinggi yang pernah terserempak semasa berkunjung ke Marion Sunday Market 6 bulan lalu.... mulutnya memang diikat...
Kisahnya... tengah khusyuk dalam kebun epal tu... tetiba aku ternampak anjing ni... geram juga kenapa boleh bawa masuk anjing ke sini... buang najis merata dan aku nampak anjing ini tengah berak pun... jika terpijak.? Eeeeiiiii.....
Tetiba anjing ni meluru ke tempat di mana aku dan hubby berada. Aku dah tak tunggu dah.. terus kecut perut berlari dengan membimbit baldi yang penuh dengan buah epal, jauh meninggalkan hubby kat belakang. Tapi geramnya anjing tu tak kisah pun bila sampai dekat hubby, lalu je tepi hubby... dan dia terus meluru ke depan, nak mengejar aku juga... Tak leh nak buat apa dah... aku lari lagi sambil menjerit... "Ya Allah" beberapa kali... tambah pula dia dah kat belakang aku...
Masa tu hubby menjerit jauh dari belakang supaya aku jangan lari dan cuba berani... Aku tiada pilihan dan dah tak tahu nak buat apa dah... Mulut aku pula laju menjerit, "Qitmir... Qitmir...Qitmir...", nama anjing 'ashabul kahfi', mengharap sebagai cara mengelak dari dikejar anjing... kononnya lah sebab dah tak tahu nak buat apa dah. Sepenuh hati aku cuba kontrol dan neutralkan perasaan takut aku. Dah terdesak sangat ni....
Maha Besar Allah, si anjing comel itu tidak menyentuh aku pun, hanya menghidu dalam jarak yang tidak bersentuh. Masa tu aku dapat rasakan perubahan perasaan dalam hati aku... terbalik terus 360 darjah. Malah perasaan takut ku bertukar kepada perasaan mesra nak bermain dengan anjing tu. Aku cuba berlagak macam orang Aussie bercakap dengan anjing mereka.... dan yang aku happynya bila dia mengikut arahan seperti yang aku arahkan... :-)... Aku ajak dan suruh dia datang dekat, dia datang... aku suruh stay, dia stay... itu yang aku dapat tangkap gambar dengan dia ni... Kesimpulannya untuk kali ini perasaan takut dan geli tu dah hilang kejap.. tak tahulah jika terjumpa lagi lepas ni... :-).... Seketika lepas tu, aku gelak macam nak pecah perut pada gelagat diri sendiri.... Rupanya selepas itu baru aku tahu yang anjing comel ini tersesat entah dari mana kerana tiada tuan anjing ni yang aku jumpa. Dia hanya nak dekat dengan sesiapa yang ada... sampai nak balik pun aku tak tahu siapa tuan anjing ni....
Beberapa pic dalam kebun musim akhir....
Kat atas.... kelihatan kekeringan.....
Turun ke bawah bukit sikit, buah dan dedaun epal masih banyak dan segar kelihatan seperti di awal-awal musim.....
Kira last dah ni kot jumpa dengan Pak Cik tuan kebun ni... panjang umur moga ada temuan lagi...
Kenangan......