Total Pageviews

Monday, 28 January 2013

Australia Day Tak BerCuti

Sebenarnya Australia Day (Hari Kebangsaan Australia) ni jatuh pada 26 Januari setiap tahun, tapi kan tarikh tu jatuh pada sabtu dua hari lepas dan sabtu kan dah hari cuti, so macam biasa forward kan public holiday nya ke hari ni, isnin.
Aku tetap tak bercuti hari ni. Tetap dengan tugas aku sebagai driver. Macammana aku nak cuti, bos aku pun tak cuti. Tengah kritikal kena siapkan tugasan. Macam ayat yang selalu aku tuliskan, "tiada hari cuti untuk PhD Student...." :-( 

Waaah.... orang kat Malaysia pun kira tengah bercuti panjang juga kot. Dengan bermulanya cuti Maulidur Rasul diakhir minggu, ada mungkin yang ambik MC sehari.... sambung pula ngan sabtu dan ahad, pastu sambung lagi dengan cuti hari thaipusam yang juga di forwardkan ke hari isnin. Ada lagi ke yang sambung MC. Meriahnya bercuti......

Ok lah... aku tak bercuti pun, meh aku nak ucapkan... Selamat ber public holiday.....

Thursday, 24 January 2013

KhidMat DinNer

Demi diri mu....

Selalunya aku pick up my boss bila saja dia call, dan kami dinner saja di rumah selepas itu. Bos aku ni peliknya selama mana pun berada di Uni tidaklah dia terasa tahap kelaparan dia dan keinginan untuk makan, tapi bila sampai saja di rumah dan pintu rumah terbuka, haa... masa tulah tahap kelaparan dia sudah tidak boleh ditangguhkan lagi. Itulah hakikat yang dia alami. Tak lah pelik sangat, tapi itulah yang disetkan oleh minda dia. Untuk trip ni aku hanya melalui 2 pasang perjalanan pergi dan balik (2 kali pergi dan 2 kali balik), normal dan paling save (minyak kereta)

Kerap kali juga aku ambik dia pada petang hari dan bawa balik rumah untuk dinner dulu. Sejam ke sejam setengah kemudian aku akan drivekan dia balik ke Uni untuk menyambung kerja. Sekali lagi aku datang ambil pada lewat malam atau selepas isyak. Untuk trip ini pula aku perlu melakukan 4 pasang perjalanan pergi dan balik. Bermakna 4 kali pergi dan 4 kali balik. Wah... aku betul-betul berkhidmat sebagai driver ni....

Atau.... Aku boleh juga nak jimatkan atau kurangkan satu pasang trip perjalanan aku. Kali ni aku akan bawa dinner untuk bos aku ni dan kami makan sama-sama di mana-mana park yang sesuai dan tak jauh dari Uni. Ermmm.... menarik tu.... maknanya aku tak bawa dia balik untuk dinner, lepas makan hantar dia semula ke Uni, sebab tulah trip perjalanan aku boleh jimat satu trip. Ah pening pulak dengan trip-trip ni....
Dinner picnic di sebelah river bersebelahan dengan uni.

Kelengkapan cukup.

Yang menariknya, kebetulan masa tu kami dapat menyaksikan wayang free sambil makan. Tapi tak lehlah aku nak tunjuk wayang free yang aku tengok tu. Kalau boleh snap, aku dah snap dah. Alaaah bukan menarik sangat pun.... ada sepasang couple tu tengah berdating di satu kerusi hanya beberapa langkah dari tempat kami makan je. Dengan tak tahu malu berpe**k dan berc**m dengan selamba saja. Bukan sekali dua malah sepanjang-panjang kami makan di situ hinggalah kami meninggalkan tempat tu semula, wayang tu masih belum tamat. Punyalah tiada perasaan segan silunya orang yang tak tahu malu ni kan. Rasanya ada-ada masanya makhluk bi****ng pun tahu malu kan. Mudahan mereka itu mendapat hidayah....

Berbalik pada kisah picnic aku tadi, memang seronok sesekali makan berdua gitu, macam bercinta juga kan, tapi tak delah sampai nak buat macam couple tadi. Seronok dibelai udara yang nyaman dan segar, dapat tengok orang berjogging, itik berenang, burung berterbangan, awan berarak, langit membiru.... wah.... macam-macam keindahan lagi, terapi hati dan minda juga sebenarnya. 

Oklah kalau dah seronok tu, bolehlah buat lagi dilain kali pulak kan..... InsyaAllah....


Posted by Picasa

SaLam MauLidur RaSul

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih, selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad Sallallahu alaihi wasallam.....

#- عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ تَرَكْتُ فِيكُمْ أَمْرَيْنِ لَنْ تَضِلُّوا مَا تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا كِتَابَ اللَّهِ وَسُنَّةَ نَبِيِّهِ. (الإمام مالك)
# - Dari Abu Hurairah, r.a., dari Nabi s.a.w., bahawa Baginda bersabda: "Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu kitab Allah dan sunnah Rasulullah," (s.a.w.).
(Imam Malik)-(Google)

Tuesday, 22 January 2013

Port LinColn MulloWay Fish

Ikan kat sini mahal, tiada yang semurah chicken wing berharga AUD2.50 untuk sekilo (harga biasa) yang selalu di beli oleh aku atau kawan-kawan lain kat sini. Rasanya itulah part lauk yang paling murah yang wajib ada dalam freezer setiap rumah melayu (mungkin). Malah adakalanya chicken wing di offer sehingga turun ke harga hanya AUD1 sahaja untuk sekilo. Betapa murahnya kan..... Pastu kanak-kanak pun suka. Orang tua pun suka juga jika masa mula-mula sampai Adelaide, tapi pastu faham-faham sendirilah. Dengar kata di Malaysia melambung-lambung tingginya harga ayam dah, lebih-lebih lagi chicken wing ni. 

Ikan pula tak perasan pulak aku jika ada yang di jual bawah harga AUD 5 sekilo. Oh mungkin pernah aku dengar ada kawan beli ikan basa fillet yang frozen dengan harga AUD 3.99 atau 4.99 sekilo. Itu pun sesekali masa offer. Jika satu masa dulu pernah aku borong berekor-ekor ikan siakap sederhana saiz yang frozen dengan harga AUD5 sekilo. Dah sampai rumah pun sanggup patah balik ke kedai tu semata-mata nak borong habis stok yang ada kat kedai tu. Bukan apa, sebab sebelum tu dah pernah aku beli kat situ dengan harga AUD10 sekilo. Teringat lagi berbulan-bulan aku simpan stok ikan siakap tu, kat sini ikan siakap dipanggil dengan nama Baramundi. Masa tu amat puas hati memakan ikan siakap yang dimasak menu 3 rasa. :-)....

Sesekali tu bila ada offer, rajin juga aku beli terus banyak-banyak ikan dan buat stok up dalam freezer. Budaya kat sini memang kena gitu pun. Ada sekali masa perayaan krismas tu, ada satu offer untuk ikan Mulloway ni. Daripada harga AUD30 turun kepada AUD10 untuk sekilo. Ikan mahal ni.... aku apalagi terus beli sampai 3 keping. Besar ikannya. Bila bakar, masyaAllah enak sungguh rasanya. Pastu esoknya, rasa macam nak tambah lagi, hubby minta lagi aku gi beli kat kedai tu. Aku pun borong lagi sampai 5 keping. Tak  muat peti dibuatnya. Kena tolak-tolak sampai peti tak leh nak nafas.
Ha... inilah ikan Mulloway tu....

Yang aku sebut 'Port Lincoln' pada tajuk kat atas tu mungkin sebab di tangkap dari lautan Port Lincoln. Port Lincoln tu adalah nama tempat. Ikan ni dah di slicekan sekeping-sekeping macam ni, maknanya sebelah ikan setiap keping. Besar ikan ni. Aku bagi ukuran agak-agak lah ya.... panjang dia dalam sekaki setengah dan lebar dia dalam sejengkal terik aku. Sekeping tu kiranya boleh potong lagi dua untuk sekali makan. Atau pun jika nak makan mewah sikit dan teringin nak meratah, teruslah masak sekeping tu. Boleh masak macam-macam resepi kegemaran. Cuma aku suka dengan cara bakar atau goreng saja.

Beberapa cara yang aku masak.....

Se simple goreng garam kunyit pun sememangnya sedap. 


Apa lagi bakar / grill dan cicah dengan air asam serta regu dengan kailan goreng.

Ini pula bila nak bakar dua versi, satu bakar kosong dan satu lagi bakar diletak sambal petai. Masa membakarnya boleh serentak saja.

Jika suka, boleh dua-dua letak sambal petai ni.
Teringat pula masa makan di Restoran Ana Ikan Bakar Petai, kawan yang bawa dan belanja makan kat situ. Ikan bakar dia iras-iras ginilah.

Semua cara masakan ini cukup sesuai dengan ikan ini. Rasanya tetap lembut, isi ikan yang lemak manis lebih-lebih lagi bila dimakan panas-panas samada di makan dengan nasi putih panas-panas atau diratah begitu saja, mmmmm..... sedapnya..... Boleh cuba ya.....

Posted by Picasa

Monday, 21 January 2013

TerKeNang SeMaSa DuLu

Di Suatu Ketika Itu...

Semasa bersiar-siar di taman peringatan bertentangan dengan Cathedral besar di O'Connell Street, North Adelaide, di suatu petang minggu, sambil menunggu call dari boss untuk pick up dia dari Uni. Sempat posing dengan latar retro ini....

 

Perasan pulak seperti pernah berada di zaman lama semasa sebelum aku dilahirkan lagi... :-)

*** (x) selepas tarikh dalam gambar tu bermakna bukan yang sebenarnya... Tarikhnya betul cuma tahunnya yang salah. Tahunnya bila...? Tentunya 2013 laaah  :-)....
Posted by Picasa

Kari Kepala Ikan

Kepala ikan salmon yang aku masak kari ini tak adalah besar sangat. Tapi masa tu aku tengok ada offer dekat seafood market, Samtass, terus beli 3 ke 4 ketul. Itu pun sebab aku pergi ngan hubby dan dia yang lebih berminat. Tapi orang tengah belajar, jangan amal sangat makan kepala ikan ni, pesan orang tua-tua.... Ok... pilihan menu kali ni adalah kari kepala ikan lah.

Dalam serba kekurangan bahan, tiada bahan hiasan tambahan pun seperti terung ke, bendi ke yang boleh aku masukkan ke dalam kuah kari aku ni. Bagaimana cara nak buat, tak nak pulak aku tulis kat sini, pasal terlalu simple sangat masak kari ni. Masak ikut cara sendiri la ya....
Mungkin kali ini kepala ikan salmon, insyaAllah lain kali kepala ikan lain pulak, ikan merah ke... ikan snapper ke.... ikan apa-apa yang sesuai lah.... Ok jom makan....


Posted by Picasa

Saturday, 19 January 2013

My Daily Drink

Setahu aku dan memang aku rasa ia suatu fakta juga, mengatakan susu kambing ini adalah susu kedua terbaik selepas susu ibu. Betul ke tak...? InsyaAllah betullah tu, jika tak... pakar tak kata gitu kan...

Ada orang tak suka sangat dengan susu kambing ni, selalunya kerana baunya yang tak sedap atau tak menyenangkan. Mujur aku dapat meminumnya secara baik dan selalunya sebagai pengganti makan tengahari. Pagi tak boleh, macam rasa ada nak minum minuman lain. Tapi minum juga kekadang masa perut masih kosong.
Ini susu kambing yang segar dan tak boleh di simpan lama, tapi bagus sangat. Hubby yang perkenalkan dan wajibkan aku minum setiap hari. Jangan badan aku ter absorb bau kambing dah lah ya... mustahil lah....

Yang jenis tahan lama macam ni pun ada, maknanya ia bukan susu segar dan boleh di simpan lama sebelum di buka. Aku terbeli satu kali tu bila tak ada yang fresh dalam supermarket tu, mungkin kerana dah kehabisan masa tu. Tapi hubby tak menggalakkan aku minum yang ini, sebab yang segar lagi bagus katanya.

Usia yang makin meningkat, perlu pada kalsium yang cukup untuk penjagaan tulang. Jika sesuatu yang kita tahu ianya mendatangkan kebaikan dah tidak memudharatkan apa-apa tu, apa salahnya kita mengamalkannya kan.... Cuba lah....


Posted by Picasa

Thursday, 17 January 2013

Christmas Light At Lobethal Village

Terperap lama pulak entry ni kat dalam draf part. Tapi cerita yang ini hanya berlaku setiap kali perayaan krismas. Sebuah perkampungan yang meriah dengan hiasan lampu warna-warni, berkelip-kelip bercahaya dengan bermacam bentuk dan corak setiap kali tibanya sambutan hari krismas dengan tema semestinya tentang perayaan krismas. Istimewanya bila setiap rumah yang berhias gemerlapan itu membenarkan setiap pengunjung bergambar di hadapan rumah cantik mereka.

Sejak berada di sini, ini adalah kali kedua aku ke sini. Datang semata-mata ingin menyaksikan kecantikan dan hasil kreativiti penghuni setiap rumah menghias rumah mereka. Perkampungan ini bukanlah dekat dengan tempat tinggal aku. Berada jauh di atas Adelaide Hill, mungkin dalam sejam atau lebih perjalanan, lupa aku nak tengok jarak pada GPS yang aku gunakan.

Dek kerana pergi pun pada malam hari (siang hari mana dipasang lagi lampunya kan), gambar yang diambil pun faham-fahamlah dengan kamera kecil aku yang serba kekurangan masa tu.

Beberapa gambar yang aku rakamkan.....

Di Bandar kecil Lobethal, dalam satu dewan gereja yang di buka gerai di dalamnya.....

Beberapa hiasan di hadapan rumah.... Cantik lagi dengan pandangan mata sebenarnya.....
 
Hihihi.... ada juga penghuni yang buat papan tanda ni.....
 
Lewat malam baru sampai rumah aku, semua kepenatan dan tentunya kelaparan juga.... Ini kira supper la ni, sempat juga masak mihun sup sayur dan goreng ayam tepung kentucky. Melayan perut sampai jam 2 pagi.....

Bagi aku... aku rasa pengalaman masa aku pergi yang pertama dulu lagi menarik. Selain pergi awal petang beramai-ramai, solat maghrib dan bergambar beramai-ramai, hiasan setiap rumah masa tu lebih cantik, menarik, gemerlapan dan lebih ceria dari yang kali ini.... Tapi bolehlah untuk aku menjamu mata dengan cahaya untuk kali ini, mana tahu ada lagi rezeki untuk melihat cahaya kilauan lagi di mana-mana. InsyaAllah.....

Posted by Picasa

Monday, 14 January 2013

Pulut Kuning 3 Makna


Bila salah seorang sahabat sepengajian hubby kat sini terpaksa pindah rumah, maka pada hari perpindahan mereka tu semalam, aku tergerak nak menyumbang sedikit pulut kuning. Kononnya sebagai buat berkat naik rumah baru lah. 

Akhir minggu lepas pulak, hubby dapat surat extend untuk lagi 6 bulan terakhir kami di Adelaide ni. Apa yang membuat aku rasa happynya bila aku masih lagi dapat menimba pengalaman hidup di bumi kangaroo ini. Alhamdulillah sentiasa ku panjatkan kesyukuran padaMu.

Hari ni pula.... saja... sebab semalam aku minta salah seorang sahabat temankan aku hantar pulut kuning tu ke rumah sahabat yang di katakan pindah tu, sampai terlupa aku nak bagi kat dia sikit. So pagi tadi aku hantar ke rumah dia dan saja kami pun lepak-lepak. Entah macammana tiba-tiba bercakap pasal kraftangan kait mengait ni. Dia tahu sikit-sikit dan kerap mengisi masa terluang dengan hobi tu. Yang aku ni pulak tak pernah belajar cara nak buat, padahal minat tu adalah jugak. Sekelip mata aku pun belajar dengan dia perkara asas dari mula, pertengahan hinggalah kepada penutupnya. Tapi asas yang dia tahu je lah. 
 
Ini lah saja basic ringkas pelajaran pertama aku kali ni..... best juga.... meralit aku dibuatnya.....

Saja kami gelak bila aku buat lawak mengatakan aku bawa pulut kuning tu seolah macam untuk datang belajar ilmu kait-mengait ni..... hihihi....sebagai pengeras kononnya..... Tak adalah.....kebetulan saja tu.... :-)
Posted by Picasa

Sunday, 13 January 2013

Selamat Jalan Lah Dulu...


Baru saja sabtu seminggu yang lalu aku mengiringi kepulangan rakan terdekat ku balik for good ke Malaysia, nampaknya minggu ini sekali lagi aku ke air port, mengiringi satu lagi keluarga yang pulang for good ke tanah air tercinta. 


 
Hanya sempat bergambar melalui cermin ini. Apa pun selamat kembali bertugas nanti, emmm.... nampak nya aku pun tak lama lagi pasti mengiringi kalian juga. Tinggal mungkin cuma 7 bulan saja lagi untuk aku di sini....
Sedih juga  Sedih sangat nak tinggalkan bumi kangaroo ni. Apa pun good luck buat sahabat kami ini...

Jumpa lagi.....
Posted by Picasa

Friday, 11 January 2013

Asam Pedas Basa Fillet

Sedap juga rasanya bila ikan basa fillet ni di buat asam pedas. Bayangkan ikan basa ni seolah mahalnya sesaja. Tak ada rasa. Tawar je kecapannya. Selalu nya untuk makan dia aku goreng tepung je, buat fish & chips. Adalah rasa sesikit. Tapi sebenarnya jika pandai buat sedap juga rasanya. Isinya lembut dan cepat masak bila di proses. Ingat....! jika berkasar isinya mudah hancur. 
Macam ini lah rupa dia bila dah aku potong-potong pendek. Masa belum potong tu memanglah sepanjang ikan tu lah ukuran dia. Nak jaga kesegaran agaknya, terus di frozenkan. Isinya tak ada bau dan rasa, kita tukang masak ni lah yang kena perasakan dia ikut menu masakan kita. Potonglah ikut suka ukuran yang kita nak. 
Untuk resepi aku di sini, ringkas saja penyediaannya. Meh kita tengok bahan-bahan dan cara yang aku buat untuk masak asam pedas ikan basa fillet ni....

Bahan-bahan :-
Sekeping isi ikan basa fillet (maknanya sebelah dari seekor ikan tu)
1 atau 2 bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 inci lenkuas (ketuk)
1 sudu besar cili kering serbuk (ikut suka nak pedas)
1 mangkuk ais asam jawa (ikut suka nak masam)
1 ikat daun kesum (dalam segengam tangan aku) - Jika ada bunga kantan boleh masuk sekali.
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis

Cara- cara aku :-
Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bawang putih, merah dah halia yang telah di blendkan hingga naik bau. Masukkan air asam jawa, tambah air jika nak lagi banyak kuah. Masukkan, serbuk cili, daun kesum serta lengkuas dan biar hingga mendidih. Masukkan ikan, garam dan gula. Sesuaikan rasa kesukaan kita. Jika suka boleh tambah sayur bendi ke dalam nya sebelum api periuk ditutup. Jika suka juga boleh tambah terung atau apa-apa yang kalian sukalah.
Macam aku.... aku suka bendi, kat Adelaide ni bendi jarang dipanggil lady finger, tapi kerap di panggil okra, nama dari bahasa apa ntah. Tak nak yang layu, sebab tu aku suka letak masa dah ditutup api periuk, biar dia masih crunchy. Mmmm...... seleranya makan ngan nasi panas-panas......

Selamat mencuba.... boleh adjust ikut suka :-) ...........





Thursday, 10 January 2013

Hari Sayu Ku....

Dari sabtu menjelma ahad, tiba pula isnin, kemudian selasa, diikuti rabu.... tut tut hari ni dah khamis rupanya. Laju sangat, lupa dah apa aktiviti setiap hari. Kenapa pulak aku sebut hari sabtu yang mula-mula sekali tu...? Oooo... a aaah.... nampaknya hari sabtu tu hari sayu aku rupanya. Kenapa pula sayu ni....? Apa ya... aku tak tahu nak pastikan sangat, kadang-kadang nak nilai dan ukur perasaan sendiri pun susah kan. Walaupun dengan hati sendiri, antara aku dan Allah, semestinya Allah lah yang maha mengetahui. Walillahil hamd....

Yalah, dari sehari sebelum aku buat persiapan untuk majlis hari sabtu tu, yang aku cerita hari aku tertidur lama tu... sebenarnya bangun-bangun tidur tu aku nampak ada satu sms dalam phone aku, tak sedar bila pulak masuknya. Nyenyak sangat tidur orang yang kepenatan ni rupanya. Apa kandungan sms tu..? 

Ni haaa... ada seorang kawan tu bertanyakan confirm ke aku ni nak jualkan portable air cond aku tu pada dia. Saja dia bertanya harganya. Setelah bincang ngan hubby, hubby minta kawan tu make an offer je, kami pun beli yang baru, cuma hanya dipakai beberapa kali je. Air cond pun hanya dipakai dalam summer je kan yang hanya berlaku selama 3 bulan sahaja dalam setahun pun. Itu rumah yang dulu. Bila pindah ke rumah yang sekarang ni, rumah ni dah ada air cond tetap dah, jadi tak pakai dah lah yang portable tu....

Biasalah dengan kawan ni, tak sampai hati nak meletak-letak harga. Dia orang pulak segan nak mengoffer... Pendek cerita, last-last selepas berbasa basi, dapat lah juga kata sepakat berlebih kurang saja antara kami. Dengan kata lain terjuallah juga air cond aku tu.... dengan harga kawan-kawan kata hubby....
Pagi sabtu : Sempat lagi bergambar kenangan sebelum kawan tu datang ambik portable air cond ni....Sayulah juga, tapi nak buat cammana... nak bawa balik pun macam antara berbaloi ngan tidak.... 

Hampir ke pukul 10.00 pagi tu bergegas pulak ke rumah Kak Yatt. Janji ramai-ramai sarapan pagi kat sana. Hari ni hari keberangkatan pulang for good salah seorang geng lama kami kat sini, Prof Madya Dr Kamarul Ariffin Khalid , bekas Presiden Malaysian Postgraduate Students Association Of South Australia (MyPSA) yang pertama di Adelaide serta isterinya Rozana Osi (tentunya dia bergelar wanita pertama).
Haa... Inilah dia kesayuan hati ku yang ke dua kalinya pada hari sabtu tu.... Dah berpisah dengan geng rapat kami di sini..... :-(.... 

Persiapan sebelum majlis......

Tengah bersarapan lah ni......

Dia orang akan terbang jam 2.30 petang, jadinya paling lambat pukul 12.00 tengah hari dah kena bertolak dari rumah Kak Yatt. Semua orang yang ada kat situ pun iringilah sama-sama ke air port. Tiba-tiba aku yang tengah on the way masa tu dapat berita mengatakan flight dia orang delay mungkin sehingga malam ini. Masalah apa wallahu a'lam, flight MAS dari Malaysia pun belum start terbang ke sini lagi masa tu. Kelakar juga sekali dengar bila semua orang kembali ke tempat berkumpul di rumah Kak Yat semula.... makan-makan lagi, masak lagi, lepak lagi hinggalah ke pukul 7.15 petang.

Petang tu agak kalut juga bila tiba-tiba salah seorang kawan yang telah berada awal di air port menelefon Dr. Kamarul mengatakan sudah kedengaran final call untuk penerbangannya. Tak tunggu dah, bergegaslah semua orang , apa lagi si empunya tiket penerbangan tu..... Jika kat jalan raya masa tu kena saman pun dah tak heran sebab pemandu pun tekan pedal minyak dengan lajunya.

Melihat kepada reaksi ini pun rasanya dapat di bayangkan betapa lajunya langkah di hayunkan....

Kerana kesuntukan masa agaknya, tak sempat nak melayan perasaan sangat atau nak bersedih-sedih. Habis je mengisi borang, terus boarding dan bye-bye.... Ketika ni macam funny sangat bila hand carry pun tertinggal, nasib baik cepat terlihat oleh pengiring semua. Terlaung-laung memanggil nama Dr. Kamarul sampaikan orang bahagian pemeriksaan tu pun terpinga-pinga pelik.

Masih setia menunggu walau hanya dapat bersembang di sebalik cermin. Kecil je air port kat sini..... Sehinggakan orang nak masuk flight pun masih boleh tengok lagi. Masa tengah-tengah menunggu ni, ingat tak akan hujan, rupanya ada juga hujan panas yang turun kat dalam airport ni. Tapi yang menurunkan hujan tu tak termasuk aku tau. Aku kena kebalkan diri.

Selamat berangkat.......
Telah habis perjuangan kalian di sini. Selamat jalan dulu, insyaAllah kita jumpa lagi kat Malaysia pula.......
Posted by Picasa

Friday, 4 January 2013

Mengindir Yang Nyaman


Suhu Hari Ini


Weather for Adelaide SA

37°C | °FFriSatSunMon
ClearClearClearClear
Clear
Wind: SW at 16 km/h
Humidity: 15%44°18°31°16°33°19°42°20°

***Tengoklah forecast cuaca Adelaide hari ni. Jumaat berada di antara 18 - 44. Oooo.... panas betul aku tadi. Nampak je paling rendah tu 18, tapi 18 tu masa awal pagi atau dah lewat malam dah. Siang harinya lebih 40. Aku yang jarang pasang kipas dalam rumah pun (cheeeeh....massih terpengaruh dengan cuaca musim sejuk) wajib pasang kipas tadi. 

Hari ni pulak badan rasa tak berapa sihat, sakit-sakit dan lenguh-lenguh, kepala pun sakit. Dah lama aku tak tidur siang, hari ni bagai di paksa-paksa pula supaya aku berehat lebih. Dari pagi aku masak tumis budu, esok nak sarapan pagi kat rumah Kak Yatt, majlis akhir untuk Kak Nana. Jadi tugas aku buat yang main 5 perkara basic untuk nasi kerabu. Dalam pada duk masak tu, rasanya hampir berpuluh kali aku bersin dan batuk, bau masakan, yelah... nak buka tingkap, takut masuk haba panas dalam rumah, harapkan penyedut dapur je... Makin tak larat dibuatnya, lepas je solat zohor awal waktu, terus aku masuk tidur, sampai lebih jam 5 petang, lamaaaanyaaaa aku tidur.....  kunci jam pukul 3, macammana boleh tak jaga, hari ini dalam sejarah ni....

Jaga-jaga tu pun sebab hubby call, saja nak check katanya. Hubby kan baik hati... :-) Tadi dah bagitau dia nak tidur jap. Mana tahu apa-apa jadikan... aku kan tak sihat... berpanas pulak kat rumah. Dia tak apalah nyaman dalam air cond kat opis. Nasib baik dia bukan call sebab nak balik dah, aku pun belum ready apa-apa lagi, belum solat dan belum masak.

**********
Teringat pulak pada hari minggu dua minggu lepas. Masa tu panas nya macam nilah. Culture kat sini jika cuaca panas, ramailah orang Ozi ni gi mandi pantai, mengambil angin sejuk. Kebetulan pulak masa tu salah seorang kawan aku yang kaki pancing la juga, ajak gi pantai. Boleh juga untuk mencari tempat yang sedikit nyaman daripada berkuap dengan haba panas saja dalam rumah. Nak mandi malaslah, tapi saja lepak-lepak atas jetty dan main air....

 
 
 

Lepak sampai ke maghrib.

 Formulanya di sini, jika cuaca panas, carilah kawasan yang ada air, insyaAllah dapatlah sedikit kenyamanan angin daripada wap air tu..... 
Posted by Picasa