Total Pageviews

Tuesday, 31 January 2012

Operation MenGeJuT TaUFiq

Ku mohon keizinan dari yang berhak untuk bercerita tentang topik ini di dalam blog kehidupanku dan menyiarkan beberapa gambar khusus buat tatapan family....

Hampir senja masa tu, aku mendapat panggilan kecemasan dari K Ma. Katanya Taufiq, anak saudaraku bakal dibedah pada jam 9.00 malam ini. Kenapa pulak ni? Aku pelik dan agak terkejut juga sebab baru dua hari lepas aku tengok dia, ok je.

Rupanya dia sakit perut gara-gara appendix. Tak pernah pula aku tahu kalau dia kadang-kadang ada mengalami kesakitan dalam perutnya. Jika zaman aku kecil dulu-dulu, orang-orang tua melarang kami dari makan biji jambu 'butir banyak', nanti kena appendik, kata mereka. Kalau nak makan pun kena kunyah sampai betul-betul hancur baru boleh ditelan. Itu dulu, tapi kini tak tahu lah apa punca yang menyebabkan Taufiq terkena sakit itu.

Sempat tak sempat, aku berkejar juga ke Kota Bharu Medical Centre (KBMC) selepas jam 8 malam. Alhamdulillah sempatlah sampai 20 minit sebelum pembedahan dilakukan. Lega saja bila tengok air muka Taufiq masih ceria, agaknya kerana dah makan ubat tahan sakit, tapi bila ya... sebab dia masih berpuasa sejak petang tadi.
Kira-kira jam 9.05 malam, Taufiq disorong masuk ke dewan bedah. Menurut kata doktor, pembedahan akan berjalan selama antara satu hingga dua jam. Lama juga ya... aku fikir hanya sekejap dalam setengah jam sahaja. Mungkin itu cerita dulu yang entah dari mana sumbernya aku dengar.
Penantian yang mendebarkan. K Ngah kelihatan sedikit resah, maklumlah seorang ibu... Mak sampai tertidur di kerusi. K Ma dan anak-anak kecil dia menunggu kat dalam bilik pesakit, tak boleh kat luar sebab Lutfi bakal buat bising nanti.
Penantian selama 1 jam 45 minit berakhir. Kebetulan hanya K Ngah yang tinggal masa operation tu siap sebab yang lain ke kedai kopi membasahkan tekak dan ada yang baru nak makan malam, tak sempat makan kat rumah dek kerana tergesa-gesa nak datang ke hospital tadi.

Kelihatan tiga lubang yang ditebuk pada bahagian perut. Kata K Ngah, Taufiq mengadu sakit dan sesak nafas tadi, yalah mungkin kesan ubat pelali dah hilang. Namun doktor dah masukkkan ubat untuk mengurangkan kesakitan serta memasang oksigen bagi menyelesakan pernafasan. Sabarlah ya Fiq.
Inilah bahagian usus terlibat yang dipotong, eeeeiii.... macam usus ayam jugak kan....
Terlena selepas di masukkan ubat penahan sakit dan dipasangkan oksigen.
Dengan tersiarnya gambar ini diharap dapat memberi khabar dan gambaran kepada Cik Long, Mama Gie, Pak Su dan anak beranak lain yang tidak dapat melawat Taufiq hari ini. InsyaAllah moga Taufiq tidak demam selepas ini dan moga cepat sembuh.... amiiin...
Posted by Picasa

Saturday, 28 January 2012

Dinner Yang Belum Lengkap

Seperti yang selalu aku katakan, kekadang sesuatu program yang terlaksana tanpa ada perancangan pun. Adakalanya bidang terjun lagi menjadi. Kali ini secara seloroh-seloroh saja aku, EG dan adik tiba-tiba dapat idea untuk keluar makan angin sambil makan-makan ringan dekat sesuatu tempat yang entah di mana pun belum tentu lagi. 

Kami keluar selepas solat isyak dengan dua kereta. Aku mengikut saja dari belakang kerana aku pun tak tahu di mana tempat yang bakal atau special untuk dituju, tapi kami akhirnya berhenti disatu restoran yang terletak di Kubang Kerian sahaja. Tiada siapa pun antara kami yang pernah singgah di situ. Kami harus mencuba dulu.

Puas berfikir, ingat mahu order je masakan panas masing-masing, tapi akhirnya kerana kami bertujuh, secara tak merancang, kami telah mengorder makanan berdasarkan pilihan set yang di tawarkan ; nasi putih bersama ikan siakap dan enam jenis lauk pilihan serta minuman pilihan samada sirap atau oren. 
Ikan siakap 3 rasa
Tomyam campur
Daging black papper
Puyuh goreng halia
Telur Bistik
Kerabu mangga
Buah pencuci mulut
Tauke besar untuk dinner malam ini
Suspek yang selalu mengekori kami ke mana saja nak pergi

Masakan yang disediakan keseluruhannya ok saja kecuali aku tak berapa suka dengan rasa tomyam nya kerana terlalu manis bagiku. Aku suka jika ada rasa masam-masam sikit. Yang lain ok.

Sekali pun kami makan dengan berselera sekali, namun jauh di sudut hati ku ini ada terselit rasa terkilan dan tidak puas hati kerana ayahku tidak join sekali pada malam ini. Ini kerana kebetulan ayah pergi ke majlis mengaji 40. Tapi tak apalah insyaAllah ada waktu dan rezeki nanti kita akan bawa ayah ya.... 
Posted by Picasa

Thursday, 26 January 2012

ManGGa Ku di Meru


Mangga masih putik.
Mempelam 'Mas Hitam', anak pokok kecil yang pernah ku beli di pasar pagi jumaat beberapa tahun dulu di Meru. Masa tu ada emak dan ayah berkunjung ke rumahku. Pokok ni ayah yang pilih. Aku beli dengan harga RM6 kalau tak silap.
Tapi aku bukannya ahli yang berpengalaman dalam menjaga pokok. Sekadar menengok dan meletak baja bolehlah. 
Masa aku berkunjung ke rumah yang ku sewakan, kebetulan pula pokok mangga ku ini berbuah sulung. Nak tunggu supaya tuan dia tengok jugak. Penyewa rumahku pula menyuruh dan membenarkan aku memetiknya supaya boleh di kecapi rasa buahnya walaupun masih terlalu muda. Memang masih bergetah dan aku makan dengan pencicah kicap dan gula. Sedap dan rangup, cuma kerana buahnya masih muda, lidahku macam rasa pedih sikit, macam terkena getah buah ' macang' je.

Inilah dia penyewa rumahku dengan anak kecilnya. Dah rasa macam adik-beradik sendiri pulak bila aku duduk dengan dia. 
Terima kasih kerana telah banyak dia bersusah payah memberi bantuan pada aku dan hubby dalam menjaga rumah, motor dan barang-barangku yang lain, terima kasih tak terhingga dan jasa kalian tetap kami kenang.
Posted by Picasa

Sunday, 22 January 2012

FaMiLy GatHeRing 2

Hari ini aku tambah bersyukur kerana setelah sekian lama masa berlalu..... dan aku ingat dalam masa lima atau lebih tahun kebelakangan ini, ahli keluargaku telah sekian lama tidak lengkap berkumpul. Tapi kali ini, Allah telah mengizinkan dengan lengkapnya aku 6 beradik untuk berada di rumah kedua ayah bonda kami di Kampung Chap, Bachok, Kelantan. Kebetulan kami semua dapat balik bercuti dalam waktu yang sama. Jika tidak, kekadang tu... hari raya pun kami tidak dapat berjumpa terutama adikku yang bongsu... tugasnya sebagai polis menuntut masa yang lebih dan susah pula untuk mendapatkan cuti.

Hari ini, sekali lagi kami merancang untuk berBBQ. Sekalipun simple, tapi kemeriahan dan keceriaan tetap terserlah. Antara menu BBQ kami ialah ikan, ayam dan sosej sahaja. Kali ini tiada sotong dan udang menyertai  kerana faham-fahamlah... hihihi... kesian orang yang berkolesterol tinggi dan yang ada gout.... Jom layan suasana BBQ malam ni...
Eeemmmmm....aroma ikan bakar, ayam dan sosej membuatkan kami tak sabar untuk meratahnya.
Sabar menanti BBQ masak... 
Para pembakar....
Dah mulakan majlis....
Sambil kerja, apa salahnya kita meratahkan....
Anak cucu K Chik...
Haaa.... Inilah dia anak-anak ayah bonda....

Para menantu ayah bonda pun ada semuanya kecuali menantu ke-3 (abang Za) sahaja yang kebetulan ada hal perlu di settlekan. Tak apalah lain kali kita berkumpul lagi.

Sesungguh aku mengharapkan sebuah ikatan dan hubungan kekeluargaan yang harmoni dan diberkati dalam kehidupan ini. Semoga Allah sentiasa memberi petunjuk, taufik dan hidayah kepada kita semua untuk sama-sama ingat-mengingati, saling memberi kerjasama dan saling mengasihi sesama kita. 

Masa yang berlalu tidak akan berulang lagi samada suka atau duka. Kenangan sewaktu zaman kanak-kanak kita dahulu tetap sentiasa diingatan.... 
Posted by Picasa

Thursday, 19 January 2012

Sahabat Selamanya


Salah satu family yang begitu rapat dan sentiasa mengambil berat tentang aku dan hubby. Waktu ni aku bertandang ke rumah mereka pada minggu lepas. 'Wajib datang' katanya. Jika tidak, aku tak sanggup menghadapi kemarahan dia. 

Keluarga Proffesor Madya Haji Fisol Bin Zain ini dah jadi macam saudara kami sendiri. Dia dan Kak Nab dah macam abang dan kakak aku dah. Sejak aku kahwin lagi dia sentiasa mengambil berat tentang kami. Tengok tu anak perempuannya yang paling tepi tu, nama nya Nazirah, tapi aku panggil dia adik je, walaupun dia bukannya anak bongsu. Dia adalah anak kedua dari 4 beradik. Tapi dia agak rapat denganku. Masa aku datang ke rumah dia ni, dia sanggup balik sekejap pada waktu rehat semata-mata ingin berjumpa denganku. Yalah di samping tu tempat kerjanya agak ok dan tak jauh dari rumahnya. 

Teringat pulak yang suatu ketika dulu Prof Madya Haji Fisol inilah yang banyak memberi tunjuk ajar dan membimbing aku dan hubby sewaktu sama-sama menunaikan umrah beberapa tahun dulu. Kini dia suami isteri telah menunaikan rukun islam yang ke 5 itu. Aku ni entah bila. Jika ikutkan tahun yang diberi sewaktu aku mendaftar dua tahun lepas, aku dapat ke sana pada tahun 2016. Mudah-mudahan dengan izin Allah...

Dalam masa beberapa tahun ke belakang ni, dia agak kurang sihat dan banyak berpantang dalam soal makan minum. Aku dapat lihat akan penyusutan berat badannya. InsyaAllah aku doakan dia akan diberi kesihatan yang baik dan kesembuhan dari kesakitan. 

Semoga ikatan persahabatan kami sentiasa di pelihara Allah SWT. Semoga berpanjangan dalam mendapat petumjuk dan keberkatan dari Allahh....

Posted by Picasa

Wednesday, 18 January 2012

Steamboat Buffet Bersama Adik Wani

Suatu tengahari adik iparku Wani mencadangkan kepadaku dan hubby untuk menikmati hidangan steamboat "chim chum" di alamat seperti yang tertera dalam gambar di atas. Katanya dia pernah beberapa kali berkunjung ke sana. Aku menyambut cadangannya dengan ceria dan berjanji untuk ke sana esok. Memang itu kesukaanku.  Bermakna aku kena kosongkan perut dulu sebelum menikmati  seafood di restoran itu.

Kami ke sana sebaik sahaja selesai solat maghrib. Bukan apa, senang nanti untuk berlama-lama di situ. Dengan bayaran serendah RM17.90 seorang, kita boleh menikmati bermacam-macam makanan bufet. Antaranya ialah seafood seperti kerang, udang, sotong dan berbagai jenis bebola dengan berbagai perisa. Terdapat juga sayur-sayuran, ayam, daging, buah-buahan tempatan, pelbagai jenis laksa, mee, mihun, kway tiaw dan ABC juga yang semuanya di ambil dengan cara layan diri. Boleh dinikmati seberapa banyak yang kita mampu makan dan boleh duduk berlama-lama di situ semahu kita. 



Dwi fungsi dapur, boleh dibuat bekas steamboat dan juga sebagai tempat BBQ di tengahnya. Aku lebih menumpukan pemakananku pada malam itu kepada seafood sahaja terutamanya udang, tetapi tidak sekali-kali sotong kerana aku tak makan sotong fresh.

Berbaloi kerana mengosongkan perut bermula pada awal tengahari. Aku makan sepuas-puasnya makanan kegemaranku ini. Terima kasih kepada adik Wani kerana membawa aku dan hubby ke tempat ini. InsyaAllah ada rezeki boleh kita datang lagi.....
Posted by Picasa