Tak semena-mena, dari semalam tiba2 saja teringin nak pergi lagi ke christies beach, satu tempat peranginan yang banyak aktiviti boleh dilakukan. Antaranya boleh fishing, picnic dan mandi, main bola tampar dan macam2 lagi. Jadi pada pagi ahad yang lepas aku pun buat lah persiapan yang simple saja. Saja nak pusing2 bukan nak beria2 picnic pun. Jika berdua je pergi, makanan tak perlu sangat pun, ada biskut kering dan air kosong pun jadilah buat alas perut. Kat rumah dah sarapan dah. Pergi pun ingat nak sekejap je. Lebih kepada nak menikmati pemandangan dan pusing2 je.
Aku memulakan perjalanan kira2 jam 8.30 pagi. Jarak untuk ke Christies Beach dari rumah ku yang terpapar pada skrin GPS kira-kira 36 km. Pemanduan santai2 je.....
Pernah pada musim panas yang lalu kami telah ke sana beramai2. Seolah satu Adelaide rombongan kami termasuk pelajar Post Graduate, adik2 undergrad dan juga PR. Masa tu bukan main seronok dapat mandi beramai2. Airnya sejuk sekali dan jernih membiru warnanya. Teringat lagi betapa merahnya mukaku selepas mandi kesan dari 'sunburn'.
Dekat2 nak sampai pantai tu, nampak ada
carboot sale, so apa lagi aku pun singgahlah, pusing2 pasar dulu. Luas juga kawasan
carboot sale ni. Pasar ni diberi nama
'The original Market'. Macam2 juga barang ada cuma sayur ngan buah tak banyaklah. Alah..... lebih kurang yang anda semua tengok
carboot kat Brighton dan Marion tu laaa... Satu lagi macam
carboot sale dekat Gepps Cross tu...... Lebih kurang lah... alah anda dah tahu pun.... saja je ni nak isi cerita. Pusing2 pasar tu, adalah juga beli beberapa benda yang berkenan di hati.
Dah puas pusing
carboot sale, aku teruskan perjalanan dengan motif sebenar nak menikmati keindahan alam ciptaan tuhan ini. Nun dari jauh dah nampak kecantikan air laut yang membiru dan ombak yang menghempas lembut ke tepian pantai, langit dengan awan yang bergerak perlahan dan angin yang laju menerpa dengan keriangan burung2 yang sekejap terbang dan sekejap singgah ke bumi.
Beberapa foto kenangan yang dapat di siarkan di sini...................
Sekali imbas, teringat pada pemandangan yang di nikmati di 'Great Ocean Rd' dalam perjalanan balik dari Melbourne.
Bunga-bunga ros yang bermacam warna seperti merah, kuning dan pink....
Berehat seketika.....berlatar belakang kan pemandangan yang indah......
Selamat tengahari Australia........... Semoga Allah mengurniakan hidayah kepada penduduk bumi mu.............
Dah tengahari tu, mula la rasa penat dah jalan2 dan
posing2. Tadi k Yatt ada sms... bila aku call, dia jemput makan tenghari kat rumah dia. Alhamdulillah rezeki sentiasa datang.
So balik ni singgah rumah K Yatt la.
Dah sampai tu, belum masuk rumah lagi Adini dan Syakirah dah berlari-lari keluar dan minta bawa diaorang gi
play ground yang aku pernah bawa dia orang hari tu. Kesian pulak. Tapi K Yatt kata, hai...... Cik Nani masih penat tuuuu.... jom makan dulu......
Kat Yatt masak
simple je, kuah sup sayur dan daging masak kicap berhalia, tapi sedap.... lebih2 lagi perut dah mula lapar bila terbau masakan. Lepas tu makan lagi buah
loquat yang dibawa balik dari rumah Yun. Kekeyangan la pulak.......
Dah habis makan dan solat, Kami pun pakat gi
play ground yang paling dekat dengan rumah K Yatt. Semua pergi. Tak muat kereta. Jadi budak2 naik kereta dengan Cik pian, manakala aku dengan K Yatt jalan kaki. Budak2 riang sekali bermain dengan puas. Masa ni angin kuat juga bertiup, pedih pulak rasanya mata ku.
Setelah budak2 penat bermain dan kami pun penat dah menunggu, semua pun balik semula. K Yatt menjamu pulak kami dengan kek coklat yang dia buat sendiri. Cantik dan menyelerakan. Syakirah dan Atikah berebut-rebut masing2 nak buat
decoration cake tu.
Dah selesai pasal kek tu, aku pun nak balik lah sebab dah lama dah lepak dan main dengan anak2 Kyatt. Tapi tiba-tiba Adini macam nak nangis sebab nak ikut Cik Pian balik rumah. Katanya nak tengok cerita
'Gnomeo and Juliet'. Alaaah cerita kartun tuuu..... Jadi kami pun bawa balik Adini dan kakaknya Atikah. Syakirah daripada nak ikut tak jadi sebab dia baru jatuh dan tengah sakit pipi.
Kat belakang rumah Kyatt..... rajin dia tanam bunga kubis ni. Dah nak boleh tuai dah.
Berlatar belakangkan kebun kecil K Yatt di
back yardnya.........................