Total Pageviews

Tuesday, 15 December 2009

Christmas Party Invitation Album

Mengimbas Kenangan.....

Jika kita sebagai muslim dengan 'aidil fitri' yang diraikan, terasa kemeriahannya selepas 1 syawal sehingga ke 30 syawal, malah kadang-kadang ada yang terlajak juga membuat majlis hingga ke bulan zulkaedah kerana mengelak bertindih tarikh dengan majlis lain atau tidak berkesempatan masa. Tetapi tidak kurang juga meriahnya dari awal ramadhan hingga ke malam raya dengan majlis-majlis berbuka puasa, solat terawih juga jamuan moreh. Itu pada kita sebagai muslim juga pada budaya.
Apa yang aku tahu dari my english teacher, perayaan christmas pula meriahnya bermula  pada sebulan sebelum tarikhnya sehinggalah ke petang hari terakhir yang disebut 'Christmas Eve'. Masa petang tu adalah program beraya bersama family, mungkin lebih kurang sama dengan perayaan 'Tahun Baru Cina' yang mengadakan 'makan besar' pada malam sebelumnya.

Tahun pertama aku di Australia, teacher aku menjemput semua pelajarnya ke christmas party ni. Mulanya aku menolak dengan baik, tapi aku dipujuk supaya boleh hadir. Malah boleh bawa kawan bersama dan makanan sendiri jika khuatir dengan makanan di sana. Jika begitu, aku terfikir nak ajak kawan Iraqi aku, Alaa yang memang berminat menghadirinya.
 Menepati masa betul, kami termasuk dalam tetamu yang datang awal . So tunggulah ketibaan tetamu-tetamu lain lagi. Sementara tu, boleh lah tolong-tolong dia orang menyusun makanan atas meja. Lepas tu lepak.
 Bersama Dalia....
 
 
Di hujung sekali tu adalah Margaret, salah seorang my english teacher dekat Findon Community Centre.
 
Yang ini pun salah seorang my english teacher juga. Aku pernah mengikuti kelasnya di Hamra Library Centre dan juga Findon Community Centre. Beberapa hari selepas ni dia akan balik ke India semula.

Suasana majlis....
 
 
 
Salah seorang rakan Indonesian, Lucy (PR sini).
 
 
 
 
 Terima kasih kepada tuan rumah, teacher Jun yang mengadakan party ini. Aku telah jumpa dia sehari sebelum party berlangsung....

Tuesday, 8 December 2009

Hari Anugerah Sijil Kelas Inggeris

Mengimbas kenangan.......
 Hamra Library Centre, Brooker Terrace...
 
Bersama teacher dan rakan sekelas.
 
 Bersama Kiyomi (rakan Japanese)
Di mana kah dia sekarang?

Friday, 27 November 2009

Album Adha Pertama Aku di Adelaide

Mengimbas kenangan.......
  
 
 
 
 
 
 
Tahun pertama di sini, MyPSA belum lagi ditubuhkan. Tiada acara korban pun diprogramkan.
 
Beberapa family rapat masa tu buat plan berkumpul di rumah ku selepas sahaja solat sunat aidil adha. Masa tu, rumah aku juga merupakan rumah yang paling dekat dengan masjid al-Khalil.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Yang mana selepas saja menjamu selera, masing-masing yang sibuk belajar teruskan saja memenuhi tuntutan kerja yang menimbun. 

Salam Aidil Adha 2009......

Saturday, 14 November 2009

Album Moonta Bay

Mengimbas kenangan :-

Moonta Bay dengan sebutan Aussie 'Moonta Bai' bunyinya seumpama nama orang berbangsa singh. Moonta Bay terletak kira-kira 170 km dari Adelaide dan perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam atau lebih.
Percutian 2 hari satu malam yang dirancang tergesa-gesa tanpa mengira bilangan ahli. Seramai 6 family yang join. Seperti selalu juga bila berombongan yang tidak formal, plan akan sampai ke tempat penginapan dalam jam 10.00 pagi tetapi problem ada geng kita yang terlambat bangun... hihihi... pukul 10.00 pun masih belum bertolak menyebabkan sampai ke tempat tujuan lebih jam 2.00 petang.
Aku masih ingat masa tu adalah summer pertama yang aku lalui. Malah pada hari kami bercuti itu, suhu adalah melebihi 41. Aduuuh...bayangkan tahap kekeringan dan kepanasan udara masa tu. 

Namun kerana telah sampai ke satu-satu tempat yang tidak selalu kita kunjungi, apa salahnya berjuang melawan udara yang panas masa tu untuk keluar berjalan-jalan ke area berdekatan. Hanya bandar kecil yang kurang sibuk.
 
 
Petangnya, kami ke pantai, plan seperti biasa, ada yang memancing, ada yang crabbing dan yang perempuan semuanya mandi pantai kecuali Puan Zara saja kerana dia wanita pregnant.
 
 
 
  
 
Selepas mandi pantai...
 
Salah satu sand crab
 
 Dapat ikan tommy agaknya tu....
Antara hasil tangkapan malam tadi. Ada yang sepanjang malam memancing dan crabbing. Kuat betul semangat dia orang. Ikan dibahagi-bahagikan antara untuk dimasak dan yang akan dibawa pulang.
Menu sarapan pagi....
 
Antara chef hebat....
 
 
 
Dua orang yang tengah ambil makanan tu adalah tukang pancing utama.

Di hadapan penginapan....
 
 
 
 
 
Perjalanan balik.....
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Ladang apakah ini...?
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Sekian.....