Total Pageviews

Tuesday, 31 May 2022

Dapanji Ringkas @Home Versi NS

Assalamualaikum...
Bila sesekali dapat menjenguk ke sini. Banyak yang perlu dikemaskan... berhabuk kan. Simple dari dapur NS... ala2 Dapanji Ayam...

Simple cara NS masak..


Selamat menikmati... dapat la melempias rindu pada dapanji di Adelaide suatu masa dulu...

Sunday, 3 April 2022

DAGING BAKAR DICOLEK ALA2 HARIMAU JJERIT

Assalamualaikum dan salam 1 Ramadhan... 
Semoga semua yang tersinggah di sini berkeadaan sentiasa sejahtera dan dirahmati Allah. Selamat berpuasa ya semua. Selamat berterawih juga dan selamat melaksanakan semua amalan dengan seikhlas hati agar sentiasa dalam lindungan-Nya. 
Dah jadi lumrah, puasa je mengidam itu dan ini... dan untuk hari pertama ini NS teringin nak mkn daging bakar cicah colek ni.... versi ala2 daging harimau nnangis tu la... hehe... ✌

Daging diperap dgn beberapa sos kemudian di bakar grill sekejap je... ala2 masak rare gitu. Kemudian dipotong atau dihiris nipis2 biar lembut dikunyah. 

Ini adalah sos pencicahnya. Kena ada rasa masin manis pedas masamnya. 


Ok... Selamat berbuka puasa ya... πŸ˜‰✌





Saturday, 1 January 2022

SELAMAT TAHUN BARU 2022

Selamat jalan & selamat tinggal 2021. Berada padanya bersama seribu makna warna-warni kehidupan, menjadi pengalaman berharga sebagai panduan meniti haluan tujuan ke destinasi utama. 

(Memori Padang Kota, Nov 2021)

Terima kasih ya Allah... Semoga di tahun 2022 ini, menjadikan kehidupan kita sentiasa lebih baik, lebih baik dan sentiasa lebih baik... Aamiien Ya Rabb... 🀲🀲🀲

Friday, 31 December 2021

KEPENATAN SELEPAS BANJIR

Berehat lah seketika...  

Kredit to google.

Friday, 19 November 2021

Ikan Masin Malong Goreng

 Assalamualaikum wbt... 

Sekian lama NS tak sempat menulis cerita di ruang ini. Cepatnya masa, rasanya baru je menulis, rupanya dah lama tak menyentuh diary ni. NS bukan nak meraih apa pun, cuma sekadar NS mendokumentasikan jalan cerita dari perjalanan kehidupan NS sahaja. Nanti besok2 boleh jadi sebagai kenangan. 

Jadi, sekiranya ada apa yang terkurang dan tidak menarik di hati pembaca yang terbaca kisah apa pun yang NS abadikan di ruang ini, harapnya tidaklah merendahkan NS ya. NS hanya insan biasa, cuma NS ada sekeping hati seperti kalian juga.

NS, pada Rabu tengah malam (malam khamis semalam) baru je balik dari Penang, selepas 5 hari 4 malam di sana, ikut hubby outstation. Masih kepenatan. Tengahari tadi terfikir nak makan nasi putih panas2 dengan ikan masin malong yang NS beli di pasar Chowrasta. Sebelum ni banyak kali bila masak ikan masin malong ni, NS masak gulai lengkuas. Tapi kali ni NS rasa nak goreng je.

Ikan masin malong goreng.... 

Cara masak yang ringkas tapi menyelerakan... 

Potongan ikan yang kecil2, mudah dimasak. NS basuh dulu ikan masin ni.

Sediakan potongan cili padi, cili hijau dan hirisan bawang besar.

Panaskan minyak dan goreng ikan malong hingga hampir garing.

Tolak ikan ke tepi dan goreng bawang serta cili seketika. Kemudian gaul semua sekali sebelum api dapur ditutup. 

NS perah limau nipis sedikit supaya ada rasa masam2 bagi mengimbangi rasa masin ikan ni.

Siap... ✌✌✌ Sedap dimakan bersama nasi putih panas2... Tak cukup nasi rasanya... 

Simple kan, cubalah... SekianπŸ˜ƒ





Friday, 1 October 2021

Creamy Garlic Pasta

Assalamualaikum wbt....  

Penyedian makanan samada untuk lunch atau dinner menjadi lebih mudah, cepat dan ringkas dengan bahan segera atau ready made. Bila nak cepat, selongkar dapur cari stok, keluarkan dan mula beraksi.... πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†

Pasta simple, cepat dan ringkas
Penyediaan yang mudah dengan sos ready made begini. Hanya panaskan dan digaul bersama bahan tambahan yang dalam stok di dapur, mana2 yang sedia ada.
Sos siap
Pasta pun siap direbus
Mix together...
Selamat menjamu selera...✌✌✌πŸ˜„

Monday, 23 August 2021

Pasta, Kentang, Sosej & Cheese (Fried & Baked)

 Assalamualaikum wbt...

Dinner yang simple. Cara memasak pun mudah. 

All in one, pasta cheese dengan kentang dan sosej.
Pasta, sosej dan kentang direbus empuk. NS sertakan dengan sedikit jagung frozen yang loose tu sekali. 

Tumis bawang putih dan merah, cili padi boleh ditambah jika ingin pedas. Di perasakan dengan garam, white pepper dan sedikit chicken stock. Masukkan bahan2 yang direbus, gaul sebati. 
Masukkan semua ke dalam caserrole...
Taburkan cheese sekadar mahu dan NS panaskan dengan microwave hanya selama 3 minit.  
Siap.. ready to dinner... Jom jom✌️✌️πŸ˜€





Nostalgia Biji Durian Rebus

 Assalamualaikum wbt...

Tahun ni boleh dikatakan tahun yang meriah dengan durian dalam musimnya. Menjadi betul durian pada musim ni. Tapi mengenangkan harganya yang melampau- lampau tinggi pada awalnya, ramai yang menahan keinginan untuk membelinya. Namun, dalam masa PKP sekarang ni, dengan lambakan buah yang berganda2, harga menjadi runtuh, sehingga ada tahap turun harga dengan rm1 sebijiπŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…. 

Namun bukan isi durian yg ingin NS bercerita kali ni. Tapi biji durian yang pernah menjadi makanan kegemaran NS di zaman kanak2 dahulu. Cukup nostalgia. Rindu sangat suasana masa tu.  

Biji durian rebus. 

Samada dibelah elok dengan pisau atau hanya di gigit begitu saja. 

Siapa yang ada pengalaman manis ni tentu rindu dengan suasana tu. Berebut dengan kawan2, makan sama2. Adakalanya sambil main kejar2. Letak dalam kelongsong kertas surat khabar dan dibawa makan sambil bermain. Masa tu, tak mengenal angin perut selepas makan. Masa kanak2, boleh masuk makanan apa saja...😁😁

Biji-biji durian akan dikumpulkan terutama yang besar2.  Dibersihkan terlebih dahulu tauπŸ˜€
Selepas dibasuh bersih, biji durian direbus kosong begitu sahaja. Rebus sehingga lama sikit mendidih. Agak2 empuk semua biji tu. Jika tak betul2 empuk, nanti makin kuat la berangin dalam perut nanti. 
Selepas masak. 
Dah boleh terus makan. Makan isi putih kat dalam tu je tau. Jangan dengan kulit tu, kelat la nanti... rasa dia agak pejal dan sedikit berlendir. Tapi ada nikmat nostalgianya yang tersendiri.
Yang NS tunjuk dengan anak panah oren tu ialah tunas biji durian ni. Orang Kelantan panggil dia sebagai 'punat'πŸ˜…πŸ˜…. Arrr yang punat tu elakkan makan. Ini pesanan orang2 tua. Katanya jika makan punat tu, akan naik bisul pada kita...🀣🀣🀣 Wallahu'alam
Makanan nostalgia. πŸ˜€✌️✌️



Saturday, 24 July 2021

Ikan Pekasam Lenggong

Assalamualaikum wbt... 

Untuk lunch hari ini, NS goreng pekasam Lenggong pemberian dari rakan sekerja hubby pada bulan puasa lepas. Habis kan baki satu lagi hari ni. 
NS goreng seperti selalu dengan bersalut telor kerana tak nak bagi ikan hancur. Kemudian NS akan gorengkan bawang besar sebagai penambah rasa diikuti hirisan cili padi juga perahan limau nipis. Ermm... pasti bertambah nasinya....

Tuesday, 13 July 2021

Mee Urai Versi Aglio Olio

Assalamualaikum wbt... 

Semoga kesejahteraan sentiasa bersama kalian. 

Menu semasa PKPB - Mee Urai Aglio Olio.
Simple tapi nice... For dinner. ✌️πŸ˜€