Total Pageviews

Monday, 5 August 2013

Solok Lada Versi Adelaide

Resepi yang terperap sekian lama dalam draf aku. Berkebetulan ada pula kenalan yang menyebut pasalnya semalam telah mengingatkan aku untuk memaparkannya.... :-)

Solok lada.... nama asal atau cili solok boleh dimakan bila-bila masa sahaja. Jika zaman-zaman aku kecil dulu, solok lada menjadi salah satu pilihan menu special yang dihidangkan  semasa kenduri-kenduri kawin. Namun bukan lah ia terikat di situ sahaja, malah boleh dibuat bila-bila masa yang di suka. Salah satu special solok lada juga bila ia dikaitkan dengan nasi kerabu. Nasi kerabu yang ada solok lada akan menjadi nampak lebih istimewa. 

Walau pun telah ada bermacam-macam versi resepi solok lada yang diketahui, namun di sini tetap juga aku nak kongsikan resepi solok lada versi aku di Devon Park, Adelaide ni. Bukannya aku sengaja nak mengubah resepi yang aku tahu sebelum ini (boleh rujuk juga mana-mana resepi), juga resepi dan cara-cara yang aku tengok mak aku buat, tetapi apa yang aku buat ni adalah demi untuk memudahkan proses memasak aku sendiri. Bagi aku, cara yang aku buat ni lagi mudah dan boleh disimpan lama bahan intinya. Ok.. jom mulakan.....

Bahan-bahan yang aku pakai :-
  1. Cili solok. Sewajibnyalah samada yang merah atau hijau, biasanya yang hijau. Dibelah perutnya untuk ruang inti nanti.
  2. Kelapa parut kering.
  3. Santan pekat
  4. Ikan mackerel tin dalam spring water atau in oil atau in brine.
  5. Bawang merah (blend)
  6. Bawang putih (blend)
  7. Halia (blend)
  8. Garam.
  9. Gula.
  10. Lada hitam.
Cara-cara yang aku buat :-
  1. Dalam kuali atau periuk, campurkan semua bahan kecuali cili je. Gaul sebati dan mulakan memasaknya (panaskan atas api)
  2. Di kacau sesekali agar tidak melekat hingga santan hampir kering. Tidaklah terlalu kering cuma ada lembab-lembab basahnya. 
  3. Sesuaikan rasa. (Petua berguna : Lagi banyak ikan lagi sedap)
  4. Tutupkan api dan biarkan suam. 
  5. Sumbatkan inti ini ke perut cili.
  6. Kukus hingga kulit cili sedikit lembut. Kekadang ada juga time aku tak kukus pun, cuma kena rendam dulu cili tu ke dalam air panas. Biar lembut sikit kulitnya, kemudian sumbatkan inti.
  7. Bolehlah dihidangkan.

Cili besar dengan harga yang agak murah ini sesuai untuk dibuat solok lada. Tak sangka cili yang banyak terdapat di negeri Kelantan ini boleh aku jumpai di Adelaide. Lagi besar spesisnya. Sepanjang aku di Selangor atau Kuala Lumpur, belum pernah terjumpa cili ini dijual di sana.

Inti yang telah masak dan sedia untuk disumbatkan ke perut cili. Jika masih berbaki, inti ini boleh difrozenkan untuk kegunaan dilain kali. Boleh tahan berbulan-bulan bila difrozenkan.
 

Besarkan saiz cili ni..... tu yang kena potong-potong lagi bila nak dihidangkan. Macam tak larat nak habiskan sebiji tu.
  

Samada mudah atau tidak, boleh lah mencuba dulu...... :-)
Posted by Picasa

Saturday, 3 August 2013

Garage Sale Sendiri

Gambaran buat family ku....
Barang-barang rumah terpakai yang perlu di buat 'garage sale', jualan rutin yang biasanya dibuat setelah hampir menamatkan pengajian di sini. Aku pun tidak ketinggalan untuk berbuat demikian. Ada yang boleh di jual murah-murah, diberi percuma dan ada yang hanya layak dibuang saja. Jualan juga mudah dilakukan melalui pengiklanan dalam gumtree. 

Biasa dan selalunya di sini, jualan garaj dibuat pada weekend, sabtu dan ahad. Iklan dibuat di gumtree, news paper ke atau melalui kotak-kotak penunjuk jalan yang diletakkan di jalan-jalan tertentu sebagai signboard adanya jualan garaj dibuat. Mungkin gambaran tidak datang atau tidak nampak sekiranya belum berpengalaman. Tak apalah hanya sebagai gambaran.

Pernah kami bertanya kepada seorang pak cik yang sedang mengadakan garage sale, samada ingin pindah ke atau kenapa...? Dia mengatakan hanya untuk suka-suka sebab tengok kawan-kawan dia pun ada buat garage sale juga. Seolah satu benda yang menyeronokkan mereka. Tak kurang juga biasanya kerana nak clearkan barang-barang rumah yang terlalu banyak, atau nak tukar kepada barang baru atau yang wajib selalunya bila nak pindah rumahlah. Dah nak masuk rumah baru, banyaklah barang-barang yang tidak ingin dibawa sekali perlu di let go kan.

Seingat aku, telah lebih 3 kali atau peringkat garage sale yang aku buat. Hanya pembeli yang datang ke rumah samada pelajar-pelajar yang terdiri dari adik-adik undergrad yang baru sampai, kawan-kawan dan juga mereka yang sebelumnya membuat panggilan telefon setelah melihatnya melalui gumtree. Sebahagian barang-barang garage sale yang sempat aku snap.... hanya sebahagian.... :-)


  
  
 
 

 

 
 
 

Semalam pula..........
 
 
Peti aku pun dah dibeli orang...... bye-bye my peti... :-( terima kasih jasa cemerlangmu untuk 3 tahun ini.
So...untuk kegunaan dalam masa 17 hari ni, aku pakai yang mini inilah dulu. Mujur juga ada yang ni. Ini pun banyak jasanya pada aku. Biasalah peti ni kan...memang bekerja terus-menerus.....

Ha sekarang ni memang tumpukan tugas-tugas membersih, meng'clear', packing dan seumpamanya. InsyaAllah ingin aku bercerita lagi pengalaman di sini.... 
Posted by Picasa

Thursday, 1 August 2013

Pre-Membersih Dapur

Gambaran buat my family....
Untuk menyenangkan segala kerja-kerja pembersihan, semua barang dan bahan-bahan samada yang sedang dipakai atau belum di gunakan.... perlu di keluarkan kesemuanya. Jadi senang membersihkan segala ruang kabinet. Dapur aku ni kecik je, tapi bilangan kabinetnya banyak, penuh atas dan bawah.
Sebahagian bahan-bahan memasak, segala rempah, seasoning dan segala rencah.
Masa ni sebahagian karpet dapur telah dibuka untuk mengelakkan basah atau kotor. Lagi pun karpet tu dah ada orang booking. Tak nak dicemari semasa proses pembersihan ruang dapur.
 
Bercampur-aduk segala.
 
 Mr Steamer ini mampu membantu menghilangkan kotoran tumpat dan degil.
 
 
Terpaksa juga memanjat....
Tidak berseoranngan....
Sepenuh ruang melatanya barang-barang. Namanya pun nak clearence dan cleaning rumah. Tak akan settle selagi belum keluar dari rumah. Akan updatekan rumah kosong nanti ya...

Wednesday, 31 July 2013

Hari Sampah Mingguan

Pengalaman dari pemandangan mingguan yang aku lalui di sini. Hari sampah mingguan. Jika kat rumah aku di Malaysia, sampah diangkut 3 kali dalam seminggu. Selain dari ruang tong sampah yang kecil, sampah pula tidak pernah diasingkan terlebih dahulu jenis-jenisnya samada dari dapur kita ke, sampah kitar semula ke, juga rerumput atau dedaun dari laman depan belakang. Pekerja yang mengangkut sampah pula beramai-ramai, mungkin lebih dari 5 orang. Setiap kali lori sampah melalui depan rumah, akan ada bau yang kurang menyenangkan dibawa angin menusuk hidung.
Pengalaman aku di Adelaide sini, melihat sampah diangkut dengan lori besar juga. Agak bersih lorinya dan hanya mempunyai seorang pekerja yang juga memandu secara left hand drive. Mungkin untuk senang melihat dan mengambil bin di tepi jalan. Jadual hari mengangkut sampah juga berbeza di setiap kawasan dan hanya diangkut seminggu sekali. Sampah isi rumah (dalam bin bertutup biru atau merah) diangkut setiap minggu, manakala sampah recycle (dalam bin bertutup kuning) dan sampah bahan hijau (dalam bin bertutup hijau) diangkut dua minggu sekali secara berselang seli antara keduanya. Pastinya setiap 3 jenis sampah ini akan diangkut oleh 3 lori yang berbeza.
Setiap minggu, pada hari yang ditetapkan, adalakalanya sejak dari sehari sebelum atau pada malam sebelum, tong sampah ini akan ditolak oleh pemilik masing-masing ke tepi jalan di hadapan rumah mereka. Adakalanya jika terlupa, pagi-paginya bila terdengar je enjin lori sampah datang, cepat-cepat tolak tong ke tepi jalan. Jika tidak sempat atau terlepas di tepi sini, masih boleh terus tolak ke seberang jalan kerana pasti lori akan pusing kemari lagi mengambil sampah di jalan seberang pulak. Untuk kawasan rumah aku di sini, jadual mengangkut sampah dilakukan pada setiap hari rabu. Jadi faham-fahamlah sendiri kepada kereta yang hendak diparking di tepi jalan pada hari sampah diangkut, agar tidak berbuat demikian jika sampah belum diambil bagi mengelakkan kesukaran daripada berlaku.
  
Sampah dalam bin biru sedang diangkut.

Diangkat secara begini. Mungkin kerana inilah pemanduan secara left hand drive digunakan dan tidak memerlukan ramai pekerja. Pernah sekali tersiar dalam berita di sini tentang seorang kanak-kanak bersembunyi di dalam tong sampah semata-mata kerana teringin sangat mengetahui dan ingin melihat suasana dalam lori sampah. Buat lawak pulak dia dan lucky terlihat oleh pemandu lori serta dapat menyelamatkan kanak-kanak tersebut selepas terlihat seolah benda pelik tercampak ke dalam bahagian sampah. Macam-macam....
 Salah satu pengalaman simple yang hebat..... :-)
Posted by Picasa

Monday, 29 July 2013

Cerpen Ahwaalulhayah


Komunikasi Yang Tidak Sempurna
Memperkenalkan watak-watak :-
  1. A = Pembeli
  2. B = Penjual 
  3. C = Pengangkutan
  4. D = Isteri pengankutan
  5. Z = nama tempat
A dan B baru saja berkenalan setelah si A mengunjungi kedai barangan second hand si B di suatu petang. Setelah membelek-belek barang dalam kedai si B yang dipamerkan, si A tertarik hati dengan satu barang dan bersetuju untuk membelinya. Mereka sama-sama telah menetapkan hari untuk si A mengambil barang. Tetapi urusan pengankutan akan di buat oleh si A. Prosedure biasa.

Selepas mendapat pengangkutan (C), maka A telah menelefon B bagi menetapkan masa yang sesuai untuk C datang ke kedai B mengambil barang itu. Peliknya A tidak dapat ikut bersama-sama datang untuk mengambil barang itu. Malah meminta bayaran dibuat kemudian hari setelah barang dibawa pulang terlebih dahulu. B menerima keadaan seadanya dengan mengharapkan kenalan barunya bukanlah seorang yang auta.

Di hari yang dijanjikan terlebih dahulu B bertanya A berkenaan masa, agak-agak jam berapa C akan datang. Jawapan A adalah "petang-petang" dan tidak menyebut waktu atau jam berapa, cuma menyebut "petang-petang". Sekarang ni bukan zaman dulu-dulu untuk jawapan yang sebegitu. Sekurang-kurangnya bagilah agak-agak jam berapa boleh datang. Jadi... dengan sepenuh hati B berpesan kepada A agar memberitahu C supaya jangan datang lewat sangat kerana petang nanti B akan menghadiri satu jemputan berbuka puasa di kawasan Z. Ok perjanjian beres. 

Maka menunggulah B disepanjang-panjang petang itu di kedainya. Sehinggalah waktu dah kurang setengah jam lagi untuk berbuka puasa. B menutup kedainya dengan perasaan penuh kecewa kerana janji seolah di mungkiri. B tahu C juga seorang yang berpuasa dan pasti dah dekat-dekat waktu berbuka ni, takkanlah dia boleh datang lagi untuk mengambil barang. Macam tak betul dan tak kena tempatlah jika dia datang waktu orang tengah berbuka.

Ketika B telah berada di kawasan Z, semasa sedang berbuka puasa... tetiba telefonnya berbunyi. Datangnya dari A....

A - "B..... C dah ada depan kedai tu... nak ambik barang..."

B - "Eh... Dia datang...??? Kenapa dia datang waktu ni...? Kan saya dah cakap kat awak... jangan datang petang sangat sebab saya ada kat  rumah orang untuk berbuka ni. Saya tunggu dah lama sangat tadi... dah dekat waktu berbuka dah baru saya tutup kedai... Awak bagitau dia tak yang saya ada jemputan berbuka ni...?"

A - "Saya dah cakap kat D (isteri C)...." 

B - "Pastu... D cakap tak pada C...? Saya kat rumah orang.. Baru sampai, berbuka dan plan kami di sini lepas terawikh baru balik".

A - "Kat mana berbukanya?"

B - "Kat kawasan Z"

A - "Macam ni lah... boleh tak awak telefon dan bagitau dia"

B - "Laaa... pelik la awak ni... dia tu urusan awak..., awaklah yang bagitau dia... kenapa saya pulak..?" B sedikit geram... "ada ke patut suruh kita yang bagitau... rupanya dia bercakap dengan D (isteri C), bukan dengan C sendiri... Jika C telefon aku sebelum datang tu ya juga, tanya dulu ke... ini tidak... nombor phone dia pun aku tak ada.." rungut B dalam hati...

A - "Ooo ya ke... a aah oklah nanti saya bagitau dia..." 

Beberapa minit kemudian...ketika B ingin berwuduk untuk solat maghrib... telefon dia berdering lagi... dari nombor yang tidak dikenali. B dapat mengagak dan cuba menjawab sesempurna mungkin... Rupanya dari C.

B - "Assalamualaikum..."

C - "Waalaikumussalam... Ini B ke...?"

B - "Ya saya..."

C - "Ini saya yang mahu ambil barang tu... saya ada depan kedai awak sekarang ni..."

B - "Laaa... kenapa awak datang waktu ni..? Saya dah pesan pada A tadi supaya awak jangan datang lewat petang sangat sebab saya ada jemputan berbuka... Ini waktu berbuka dan maghrib lagi. Lama saya tunggu awak tadi, dah dekat berbuka baru saya keluar kedai... kenapa awak datang lambat sangat?" 

C - "Saya bekerja sepanjang hari... masa ni je boleh datang...kenapa awak tak bagitau saya yang awak nak keluar...?" Suara C agak keras.

B - Aik ???????.... "Ya Allah...kenapa pulak saya yang kena bagitau awak..? Saya dah bagitau A. Awakkan urusan dia. Bukan salah saya. Dia tak cakap ngan awak ke yang saya nak keluar...?" B juga mula geram apabila mendengar suara keras C.

C - "Awak dekat mana?"

B - "Dekat kawasan Z"

C - "Z bukannya jauh sangat untuk awak patah balik untuk saya ambik barang tu..."

B - "Awak ni... kami plan solat terawikh dulu...". Dalam hati... "apa pulak dia kata dekat je kawasan Z ni untuk aku patah balik...? Pastu takkan baru sampai... makan-makan dan nak terus balik..." 

C - "Saya pun puasa juga, kerja sepanjang hari......... bla bla bla....

B - Tak sanggup lagi mendengar suara keras C... terus meletakkan telefon... "Manusia ini memang tak beradab bila cakap ngan orang, seolah dia saja yang betul..." rintih B dalam hati...

Tak lama lepas tu B mendapat sms dari C yang berbunyi "Ok. I'll tell her (A) that I'm leaving now. I'll pick that up next time if I have schedule in your area again. See you". Haaa... tahu pun C yang B pun boleh geram dengan suara keras dia tadi. Ada ke datang time orang berbuka... Jika nak lambat sangat biarlah lepas terawikh terus. Senang semua orang.

Kerana rasa terancam, B terus menelefon A menceritakan keadaan yang baru saja berlaku untuk mengelakkan salah faham. Kenapa A hanya menyampaikan kepada D, isterinya sahaja. Mungkin kerana itulah maklumat tepat tidak sampai... So siapa yang hendak di salahkan..... 

* "Berhati-hatilah dalam setiap urusan.... Sekian...."