Total Pageviews

Tuesday 8 November 2016

Pekasam Haruan Idaman


Lauk pekasam haruan, dinnerku tadi.

Minggu lepas, aku ada menghubungi dan bersembang dengan seorang sahabat dari utara melalui telefon. Mungkin ada chemistry ketika ini. Dia mengatakan ingin menghubungi ku juga. Katanya dia ada mengail dan mendapat beberapa ekor haruan. Ibu mertuanya telah membuat pekasam.... dan dia teringat yang aku menyukai lauk pekasam utara ni. Bagaimana nak sampai pada aku? Aku mencadangkan dengan cara pos. 

Semalam dia whatsapp aku, bagitau yang dia telah poskan pekasam tu pada hari semalam (kelmarin) dengan menggunakan perkhidmatan pos laju. Jadi aku dah dapat mengagak bila sampainya. "InsyaAllah hari esok", textku padanya semalam. 

..... dan tengahari tadi aku telah menerimanya dengan selamat, alhamdulillah.... 
Taksabar aku nak menengoknya.

Eloknya kawanku ni membalut... he he...
Lepas buka kertas, ada pulak berbalut plastik ni.
Erm.... waaau.. 
Tengok yang ni pun aku dah kecur liur dah. Baunya dah membuat aku rasa lapar.
Jadinya petang itu, memang pekasam haruan inilah yang menjadi lauk makan malam kami. Dah lama aku rasa nak makan pekasam haruan ni. Susah nak jumpa. Aku makan dengan penuh berselera, kelakar pulak bila aku dan hubby tak cukup nasi petang tu dek penangan pekasam haruan ni. Terima kasih banyak2 lah sahabat ku dari utara ni. Terima kasih daun keladi ya... :-)

No comments:

Post a Comment