Total Pageviews

Thursday 10 November 2016

Pasta Udang Simple

Salam semua... 
Tak daya rasanya... dah 2 hari demam, selsema, batuk, sakit tekak hingga pedih rasanya kerongkong ni. Bila batuk menjadi2, seolah menjolok sesuatu naik ke kepala... dan kepala pun jadi sakit... anak tekak rasa macam nak tercabut. Makan ubat seperti tiada rasa perubahan pun.

Ujian Allah, moga aku mampu bersabar dengannya untuk mendapatkan penyucian jiwa raga dari kesilapan mungkin. Allah jua yang maha Mengetahui. 

Ok... lari tajuk pulak. Cumanya nak cerita masakan ringkas aku untuk dinner petang tadi je... Semalam first day demam, hubby kata tak yah masak, kita beli je. Hari ni pun dia cakap macam tu juga. Cumanya aku yang dah jemu, tak tahu menu apa yg nak di beli. Asyik yang sama juga bila mengordernya. Dah memang itu je yg di suka kan. 

Jadi nya aku cuba memasak juga, tapi dengan menu yang mudah ini.
Ni dia menu dinner petang tadi... Pasta reben udang.

Aku menggoogle dan mengambil resepi mudah ini dari blog Cik Wan (duniacikguwan.blogspot.my). Terima kasih banyak dan minta halal ya cikgu Wan. Namun tidak lah dapat aku ikut 100% bahan2 yang di gunakan. Aku adjust sikit je kerana menggunakan bahan yang tersedia ada di dapurku saja. 

Bahan-bahan :-
  1. Pasta bentuk reben, anggaran untuk 2 orang dewasa makan.
  2. 10 ulas bawang putih dihiris mayang nipis
  3. 5 ekor udang
  4. 5 ketul king crab roll.
  5. 7 sudu besar minyak zaitun
  6. Sedikit cheese 
  7. Sesudu minyak masak biasa.
  8. Sedikit garam
  9. Sedikit serbuk lada hitam
  10. Sedikit daun ketumbar (cikgu wan pakai daun parsley, tapi tiada dalam stok dapur aku)
*** cadangan : boleh juga menggunakan seasfood2 lain yang digemari.

Cara-cara :-
  1. Rebus pasta. Masukkan lebih sikit garam agar masinnya terasa pada pasta. Tak payah letak garam lagi semasa menggaul nanti. Tuangkan minyak masak biasa bertujuan agar pasta tidak melekit antara satu sama lain. Bila dah lembut toskan.
  2. Panaskan minyak zaitun untuk menumis. Goreng bawang putih hingga garing dan rangup, angkat.
  3. Goreng udang dan crab roll. Jangan terlalu lama, takut keras. Sekejap je. Angkat. 
  4. Tunggu minyak zaitun dalam kuali tadi suam sikit. Masukkan pasta yang ditoskan tadi ke dalam minyak zaitun tadi. Masukkan juga bawang putih goreng, cheese, udang dan crab roll. Taburkan cheese parut dan gaul sebati.
  5. Kemudian bolehlah dihidangkan. Taburkan serbuk lada hitam dan daun ketumbar.

Pasta, bawang putih goreng, udang, cheese, crab roll yang dimasukkan ke minyak zaitun. Boleh juga digaul dalam bekas lain, dan tuangkan minyak zaitun ke pasta.
Sebelum digaul. Pasta nampak berkilat kan.
Selepas dihidangkan dalam mangkuk besar, taburkan serbuk lada hitam dan juga daun ketumbar.
Selamat menikmati menu sihat ini, insyaAllah..... Sekian.



No comments:

Post a Comment