Total Pageviews

Thursday, 17 June 2021

Maggie Kari & Kimchi (Home Made)

Assalamualaikum wbt... 
Ini cerita malam tadi ya... Cubaan pertama NS makan maggie letak kimchi... Ermm... Not bad. Versi masak ada macam2 cara. Ada ringkas dan ada yang perfect. Tapi kali ini NS try yg paling mudah dan simple dulu... Just masak maggie dgn air panas dan tambah je kimchi dalam mangkuk dish tu...  
Maggie kimchiπŸ˜†✌️

Ingatkan tak sesuai makan maggie kari dgn kimchi ni, rupanya masuk je... Rasa kari maggie yang enak, bertambah pedas dan masam, lagi kaw2. Kuah dia jadi bertambah pekat. 

NS mula2 tu letak satu sudu kimchi je dalam dish tu... Tapi bila makan tu, bertambah2 jadi 5 sudu jugak... Sedaaap... πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…
Bagi yang belum mencuba, jom la rasa maggie kimchi ni... ✌️πŸ˜€


Wednesday, 16 June 2021

Kari Ikan Jenahak

Assalamualaikum wbt... 
Kesejahteraan buat semua. Semoga tabah dan sabar sentiasa mengharungi situasi PKP sehingga ke hari ini. Good luck for all of us ✌️
Kari ikan Jenahak.
Hiasan bendi yang tua... πŸ˜†πŸ˜†
Ada telur dan melekat di telor tu sepertinya hati ikan. Erm... Hati ikan kan salah satu makanan di Syurga... 
Sayur pak choy goreng sedap. 



 

Tuesday, 15 June 2021

Grill Salmon Dengan Lemon Butter Sos

Assalamualaikum wbt...

Grill Salmon with Lemon Butter Sauce and Vege.

Untuk kesekian kali, NS abadikan lagi resepi dalam Ahwaalulhayah. Mungkin menu ini berulang tetapi mungkin ada yang berbeza, jika tidak banyak pun tentu ada jugak sedikit. Hehe... kan NS ni suka buat resepi campak2 ikut kesesuaian bahan yang ada. Stok ikan salmon froozen masih ada, stok sayuran ada. Jadi nak buat dinner yang simple sebab tak nak makan nasi. Maka ber-ala2 western la NS malam ni πŸ˜‚

Bahan untuk salmon :

  1. 2 slice ikan salmon yang dipotong melintang (slice mcm itu je yang ada pun)
  2. Garam
  3. Black pepper
  4. Minyak zaitun

Cara NS :
  1. Sapu ikan dengan 3 bahan tu diamkan sebentar.
  2. Grill ikan kira- kira 4 - 5 minit each side
  3. Angkat dan siap

Salmon sedang digrill.

Butter lemon sauce.

Bahan-bahan NS :

  1. 1 biji Bawang besar
  2. 3 ulas bawang putih
  3. Separuh biji perahan lemon
  4. Separuh tin susu cair (NS ketiadaan butter)
  5. Sedikit garam
  6. sedikit gula
  7. Sedikit white pepper
  8. Sedikit minyak zaitun & planta
  9. Hirisan parsley (NS guna Daun corriander yg dlm stok)
Cara NS :
  1. Panaskan minyak zaitun, tumis bawang merah n putih sehingga nampak jernih. 
  2. Masukkan susu cair, kacau jap.
  3. Masukkan planta sikit.
  4. Masukkan garam, gula, white pepper dan teruskan kacau.
  5. Masukkan jus lemon, corriander dan sesuaikan rasa.
  6. Siap.

Vegies... 
Bahan yg NS ada :
  1. Kentang
  2. Brokoli
  3. Cauli flower
  4. Carrot.
Cara NS : 
  1. Rebus semua sayur seminit je, kecuali kentang lama sikit hingga empuk. Carrot pun dlm 5 minit lebih kurang. 
  2. Lps tu golek2 dlm planta / minyak zaitun yg dipanaskan. Siap.
Untuk dihidangkan... Tinggal tuang gravy atau sosnya... 

Hiaskan dgn slice lemon dan tomato. 
Salmon Grill with Lemon Sauce siap untuk dinikmati... ✌️✌️✌️



Monday, 14 June 2021

Chicken Grill Simple

 Assalamualaikum wbt... 

For light dinner... Dish tak boleh too much sebab tak nak rasa kenyang sampai ke ulu hati nantiπŸ˜†πŸ˜†. 

Just Grill Chicken with salad. No add coleslaw or any other side set. 

Walaupun NS tahu yang kalian semua memang pakar dah dalam memasak chicken grill ke atau chicken chop ke atau seumpamanya, tapi NS nak jugak abadikan resepi NS di sini ya... Mungkin ada persamaan atau perbezaan yg tak jauh pun kan.

Ringkas bahan ayam grill: 
  1. Isi dada ayam
  2. Garam 
  3. Bawang putih
  4. Halia
  5. Black pepper
  6. Minyak zaitun
  7. Sedikit butter
Cara NS buat : 
  1. Lumurkan semua bahan pada isi ayam. 
  2. Diamkan sebentar
  3. Panaskan kuali pemanggang, letak sedikit butter dan olive oil, grill ayam. Balik2 kan sehingga masak. Ketepikan.
Bahan untuk gravy : 
  1. Sedikit butter dan olive oil
  2. 1 biji bawang besar potong dadu halus
  3. 3 ulas bawang putih cincang / tumbuk
  4. 3 sudu besar tepung gandum
  5. Black pepper
  6. Seketul kiub stok daging
  7. Kicap untuk pewarna
  8. Air.
Cara NS :
  1. Panaskan olive oil dan butter
  2. Tumis bawang besar dan putih hingga lembut.
  3. Masukkan tepung, air, kicap dan kiub daging. 
  4. Sentiasa kacau hingga pekat. Sesuaikan air dengan kepekatan. 
  5. Tutup api bila dah sekejap mendidih sambil terus dikacau sebentar. Siap.
Bahan untuk sayur : 
  1. Brokoli
  2. Bunga kubis
  3. Carrot (tapi NS terlupa letak carrot😌)
  4. Butter & olive oil
  5. Air 
Cara mudah NS :
  1. Potong sayur mengikut kesukaan
  2. Didihkan air dan masukkan sayur. Lps seminit terus angkat dan toskan.
  3. Panaskan butter dan olive oil, masukkan sayur dan gaul sekejap saja. Kita tak nak sayur over cook, nanti tak crunchy. Angkat dan ketepikan. 
Chicken Grill sedia untuk dihidangkan... NS tambah hirisan lemon dan tomato.
Chicken Grill. ✌️✌️πŸ˜€

Friday, 23 April 2021

Ikan Cencaru Bakar

Assalamualaikum wbt... Selamat meneruskan ibadah ramadhan... 
Cencaru Bakar Ala2 Arab Mudah.
Dicicah dengan sos masak home made by NS😁✌️



Stew Daging

 Assalamualaikum wbt...

Stew Daging.
Versi kuah lebih😁😁
Selamat berbuka puasa...πŸ˜€✌️

Thursday, 22 April 2021

Ayam Sambal & Nescafe Ais Tarik

 

Ayam sambal
Nescafe ais tarik. 

Bila terasa ngantuk dan letih seharian berpuasa, nak bagi segar sikit badan untuk bersolat terawih, NS akan menyediakan nescafe ais ni untuk berbuka puasa. InsyaAllah rasa cergas sikit badan dan mata pun segar tak ngantuk sangat dah...πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„

Wednesday, 21 April 2021

Ayam Percik Putih

 Assalamualaikum wbt...

Ayam Percik Putih.
Ala2 Kelantan's style.
Sayur Campur Goreng sos cendawan.





Tuesday, 20 April 2021

Ayam Bakar Madu

 Assalamualaikum wbt...

Ayam Bakar Madu, perapan dari rempah serbuk.
Roti john pemberian jiran.
Sirap Selasih Gula Kabung.
Selamat berbuka puasaπŸ˜€✌️








Monday, 19 April 2021

Kari Ayam Pencen

Assalamualaikum... Selamat meneruskan ibadah di bulan Ramadhan. Semoga mendapat keberkatan dan rahmat sentiasa.
Kari Ayam Pencen... Konon2nya berangan buat gulai ayam kampung la ni...πŸ˜€
NS masak selepas merebusnya terlebih dahulu dengan menggunakan presser cooker untuk mendapatkan isi yang lembut dalam masa yang ringkas.