Total Pageviews

Showing posts with label ikan salmon bakar. Show all posts
Showing posts with label ikan salmon bakar. Show all posts

Tuesday, 15 June 2021

Grill Salmon Dengan Lemon Butter Sos

Assalamualaikum wbt...

Grill Salmon with Lemon Butter Sauce and Vege.

Untuk kesekian kali, NS abadikan lagi resepi dalam Ahwaalulhayah. Mungkin menu ini berulang tetapi mungkin ada yang berbeza, jika tidak banyak pun tentu ada jugak sedikit. Hehe... kan NS ni suka buat resepi campak2 ikut kesesuaian bahan yang ada. Stok ikan salmon froozen masih ada, stok sayuran ada. Jadi nak buat dinner yang simple sebab tak nak makan nasi. Maka ber-ala2 western la NS malam ni 😂

Bahan untuk salmon :

  1. 2 slice ikan salmon yang dipotong melintang (slice mcm itu je yang ada pun)
  2. Garam
  3. Black pepper
  4. Minyak zaitun

Cara NS :
  1. Sapu ikan dengan 3 bahan tu diamkan sebentar.
  2. Grill ikan kira- kira 4 - 5 minit each side
  3. Angkat dan siap

Salmon sedang digrill.

Butter lemon sauce.

Bahan-bahan NS :

  1. 1 biji Bawang besar
  2. 3 ulas bawang putih
  3. Separuh biji perahan lemon
  4. Separuh tin susu cair (NS ketiadaan butter)
  5. Sedikit garam
  6. sedikit gula
  7. Sedikit white pepper
  8. Sedikit minyak zaitun & planta
  9. Hirisan parsley (NS guna Daun corriander yg dlm stok)
Cara NS :
  1. Panaskan minyak zaitun, tumis bawang merah n putih sehingga nampak jernih. 
  2. Masukkan susu cair, kacau jap.
  3. Masukkan planta sikit.
  4. Masukkan garam, gula, white pepper dan teruskan kacau.
  5. Masukkan jus lemon, corriander dan sesuaikan rasa.
  6. Siap.

Vegies... 
Bahan yg NS ada :
  1. Kentang
  2. Brokoli
  3. Cauli flower
  4. Carrot.
Cara NS : 
  1. Rebus semua sayur seminit je, kecuali kentang lama sikit hingga empuk. Carrot pun dlm 5 minit lebih kurang. 
  2. Lps tu golek2 dlm planta / minyak zaitun yg dipanaskan. Siap.
Untuk dihidangkan... Tinggal tuang gravy atau sosnya... 

Hiaskan dgn slice lemon dan tomato. 
Salmon Grill with Lemon Sauce siap untuk dinikmati... ✌️✌️✌️



Friday, 3 May 2013

Ikan Salmon Bakar

Renungan :- 

Antara 4 ciri-ciri kebahagiaan iaitu :
- Mengingati dosa-dosa yang telah dilakukan
- Melupakan kebaikan-kebaikan yang lalu
- Melihat ke atas dalam perkara agama dan
- mellihat ke bawah dalam perkara duniawi                                                              (Al-Hadis)
********************************************************************************
Resepi cepat dan mudah.....
Asyik aku berkata mudah je dengan menu terpapar. Tapi ya pun kerana memang cepat dah mudah, tak kurang juga sedapnya . Lauk mahal akhawaaat... apa pulak tak sedapnya... normalnya gitulah...

Kisahnya pada satu petang tu, ada member ajak gi jalan-jalan dan janji nak balik seawal jam 5.00 pm. Aku pun setuju je lah. Bukan apa...aku tak boleh lewat sebab ada tugas nak hantar makanan kat bos. Tapi tak boleh nak kata apa tentang menepati masa  bila dah asyik jalan-jalan tu, aku nak stop dan nak balik dulu pun tak boleh sebab tumpang dia orang. Dalam hati bukan main cuak dah sebab bos duk tunggu dengan kelaparan. Aku tadi dah bawa terus makanan yang nak di hantar pada dia, tapi letak dalam kereta aku dan kereta aku tu parking kat rumah member tu... Kesian bos aku.... 

Lambat juga baliknya, dah lepas maghrib nak dekat ke isyak dah baru sampai rumah member tu. Kenalah solat dulu dan tugas aku pula kena drive member yang sorang lagi ni untuk hantar dia balik rumah. Sementara tu bos aku telefon pulak, merajuk tak nak makanan di hantar tapi balik nanti nak ada nasi. Alamak...! tadi aku buat burger je.... maknanya aku kena keluarkan lauk frozen dan nak tunggu cair tu lambat juga. 

Mujur ada idea, kebetulan member yang aku kena hantar ni, minta nak singgah coles kejap. Kat situlah aku bergegas gi cari sepotong salmon yang tak ada offer pun masa tu. Alaaah... setakat seketul tu boleh lagi lah... nak cepat punya pasal, balik boleh terus proses. 

Bahan yang aku pakai :-
  1. Sepotong isi  ikan salmon tanpa kulit.
  2. Garam
  3. Serbuk lada hitam
  4. minyak zaitun
Cara-cara yang aku buat :-
  1. Ikan di sapu dengan garam, lada hitam dan minyak zaitun. Sapu nipis-nipis je dan jangan sampai masin.
  2. Panaskan oven.... dan
  3. Panaskan kuali serta grillkan ikan 2 minit setiap side ikan tu.
  4. Pastu angkat ikan untuk dibakar dalam avon selama lebih kurang 5 minit je atau lebih kurang lah sehingga setakat mana suka masaknya. (Boleh juga jika malas tukar pun, terus grill je dalam kuali tu hingga masak atau terus masak pakai oven je, mana-mana pun boleh, ikut sukalah) Siap....

Hidangkan bersama salad kegemaran. 
Jika sos pencicah ni sesuai tak... ?  Air asam, sambal belacan atau sambal kicap.... macam tak sesuai je.... dengan ikan bakar biasa bolehlah kot....

Ikan salmon ni sebagaimana kita dah maklum, isinya sedap, lemak dan lembut. Lagi sedap jika di makan terus selepas masak ketika dia masih panas-panas. Boleh dimakan begitu saja atau dengan sos kegemaran atau dengan nasi putih panas-panas bagi yang bertekak melayu... :-)...