Total Pageviews

Saturday 24 September 2016

Meratah seafood Kuala Perlis X1

0815....
Pertama kali mencuba ni pening nak pilih gerai mana satu. Kelihatan semuanya hampir sama, seafood yang sama, masakan yang sama juga layanan pun agak sama. Aku hanya bertanya pendapat pengurus kereta kuda berkenaan kedai sedap... yang mana satu. Dia mencadangkan kedai no.1 kerana dia kerap ke situ jika nak makan. Aku ikut saja pendapatnya.
Linda Ikan Bakar gerai no.1 bermakna paling tepi.
Disebabkan malam masih di kira awal (lewat petang), suasana masih kelihatan lengang. Aku ke meja seafood mentah untuk memilih beberapa jenis lauk untuk diratah pada malam itu. Sikit-sikit pun jadi banyak jenis jugak. Ya la itu nak try ini pun nak try. Selepas berbinacang jenis masakan yang nak di buat, aku menunggu di meja makan.
Hidangan pertama yang dibawa adalah jenis-jenis sos pencicah, waaaauuu banyaknya pencicah.
Kerang dibakar
Udang goreng tepung
Kepah masam manis
Ermmm... nampak fresh
Tomyam udang
Ketam goreng telur masin
Siakap 3 rasa or masam manis, dah lupa...
Gambaran selepas....

Malam hari....
 
Masjid al-Hussain

Jika masih berpeluang, boleh datang lagi....

No comments:

Post a Comment