Total Pageviews

Tuesday 5 April 2016

Tips & Cara Ku Meninggalkan Kucing Dalam Tempoh Yang Lama

3 kittens yg merindu... 
Suatu hari semasa ditinggalkan... 
Kesian... sabar ya... 

Beginila selalunya keadaan bila terpaksa keluar rumah lama2 atas urusan balik kg ke, out station ke, kursus ke dll. Apa yg aku amalkan selama ini, aku perturunkan pd adik aku ni... dan situasi di atas tu merupakan pengalaman pertama bgnya :-)

Letak kittens dlm satu tmpt yg selamat, tiada lubang2 yg membolehkan mrk lolos keluar. Lps tu wajib sediakan litter box, makanan dan minuman mrk secukupnya mengikut sukatan bilangan hari kita meninggalkan mrk.

***************************************************************
Di bawah ini pulak suasana ketika aku meninggalkan 3 ekor anak bulusku kerana pergi menunaikan umrah selama 12 hari. 
Litter box secukupnya...
 
Bekalan makanan dan minuman biar lebih sikit dari anggaran kita...
 
 
Mereka seperti telah dapat rasakan yang mereka akan ditinggalkan dalam tempoh yang agak lama.
 
Untuk keselesaan ketika ini, aku menyediakan sebuah bilik yang kosong untuk mereka lebih bebas bergerak dan bermain-main. Juga sedikit mainan seperti bola untuk menghilangkan boring mereka. Tapi tak tahulah realitinya mereka boring ke tidak kan... hehe...

Lepas tu tawakkal 'alallah... InsyaAllah mereka selamat. Nanti la ada waktu, aku boleh selang selikan ceritaku tentang kisah2 aku dan kucing2 ku :-)

No comments:

Post a Comment