Total Pageviews

Friday 8 April 2016

Janda Baik @ Cherengin Hills Convention & Spa Resort

Minggu ni aku dapat berehat. Rehat? Bukan rehat apa pun... rehat dari kerja-kerja rumah.. membawa diri ke luar kawasan ikut Mr. Hubby attend kursus penulisan anjuran jabatannya, sekaligus menyiapkan paper group project... gitu la lebih kurangnya.

Lokasi yang dipilih, bertukar dari Putrajaya ke Janda Baik. Asalkan tidak terlalu jauh perjalanannya kerana tujuannya tak nak penat drive. Lebih2 lagi hanya 2 hari satu malam saja masa yang ditargetkan untuk menyiapkan kerja yang dibawa masing2.
 Aku...? aku biasalah body guard yang jika ada ruang pasti menemankan bos aku ni... hehhe...

Bertolak dalam jam 11.30 pg... selepas settle semua urusan anak2 bulus kesayangan yang bakal ditinggalkan berdikari... Take care ye sayang semua... Pesanan aku pada mereka setiap kali ingin aku tinggalkan, "Tunggu Ummi balik ya" :-)

Sementara tunggu sampai masa nak check in hotel tu, singgah makan tengahari dulu di satu riverside, salah satu tempat mandi manda di sini. Masa tu tengah meriah la sebab dah hampir tengahari. Kiri kanan sungai tu ada pondok waqaf berderet tersedia untuk di sewakan. Kebanyakannya aku tengok dah penuh. Maklumlah hari minggu mungkin.

Sejuk je mata memandang. Tumpang seronok tengok orang mandi manda dengan keadaan cuaca yang panas terik begini.
Deretan pondok2 waqaf yang disewakan.
Dilengkapi tempat untuk berBBQ.
Berlatarkan sungai...
Di seberang jalan ada restoran ini. Di sinilah tempat lunch aku.
Specialnya hari itu, sabtu ada kambing golek bersama nasi beriani.
Menu lunch kami, nasi goreng daging merah, nasi goreng cina, sup perut, sirap bandung & neslo ice dan tambahannya kami nak meratah sedikit kambing golek tu. Nak lamb saja tak nak nasi berianinya. 
Dijual dengan harga rm5 untuk 100g. Jadi aku minta 100 gram je dulu. Yang atas ni lah, nampak banyak juga. Rasanya sedap jugak dengan sos cendawan dan salad tu set dia.

Check in time

Katanya harga sewa bilik di Cheregin Hills ni agak tinggi, rm300++ pernight. Tapi suasananya dan keadaan biliknya biasa2 saja.


View kolam dari bilik

Masa nak berendam petang tu, sekumpulan peserta kursus 'Team Building' ada beraktiviti lebih kurang setengah jam di kolam ni....

Bersama jiran sebelah rumah, Ema


Berenang dengan Kak Ida

Hubby & jiran sebelah rumah
Orang lain dah settle mandi, dia baru habis kursus petang tu. Nak jugak try mandi kejap...

Lamb chop rm 4.90. Murahkan.
Aku dan Ema ke Restoran al-Hidayah. Menu malam sebab nak cepat dek kerana restoran crowded dengan ramai pengunjung...

Selfie sebelum bersarapan dipagi hari ke 2

Bergambar dulu sebelum balik....

Tengah nak snap, kawan lambai nak balik dari dalam kereta dia... he he...
Pemandangan tanah rendah.
Depan hotel...

Al-kisahnya kali ke 2 aku ke Janda Baik. Kali pertama dulu family day bersama warga TDM. 


613091

No comments:

Post a Comment