Total Pageviews

Tuesday 24 June 2014

Risik, Pinang & Bertunang

"Selamat bertunang Putera Bongsu"

Pengalaman menjadi 'main group' dalam hal nak merisik dan meminang anak orang. Jika sebelum ni tidak pernah pun ada pengalaman melihat atau mendengar buah bicara dalam majlis sebegini. Ada sekali dulu ikut sebagai tetamu jemputan tetapi terlambat sampai di mana sesi perbincangan hampir tamat. Yang penting bagaimana majlis beradat tu bermula. Mungkin ada pernah tengok dalam cerita- cerita tv... adakah sama?
Kali ini, disebabkan beberapa masalah kecil, jarak dan masa, juga keuzuran kedua orang tua, jadi kami, sebahagian kakak dan abang diwakilkan menjadi 'orang tua' buat adik bongsu. Oh ya... leadernya semestinyalah kak long dan abang long... :-)
4 beradik termasuk si teruna... 

Perjalanan ke Sungai Petani, Kedah. Aku memulakan perjalanan pada jam 6.45 pagi. Mungkin mengambil masa 4 hingga 5 jam dari tempatku. Bertemu dan berkumpul dengan ahli rombongan kecil di R&R Rawang.
 Selepas bersarapan dan kembali memulakan perjalanan yang masih jauh ke depan. 
 Tak lupa nak juga ikat reben di belakang kereta. 

Sekitar perjalanan majlis yang mana bakat si 'bidang-bidang' terjun terpaksa ditonjolkan ... :-) .... 

"Pergi berkelah ke Pasir Pekan
Penuh padat kereta Kenari
Lafaz bismillah kami mulakan 
Membawa hajat kami kemari"
 Sesi pantun la tu.... :-)
"Tinggi anjung kereta Kenari
Terkena ranting dek gelapnya fajar 
Sirih junjung kami bawa kemari
Ingin menyunting si .... ...."
 Majlis penuh simple dan ceria....
Selepas cincin pertunangan di sarungkan sebagai tanda, Si dara tersenyum penuh makna
"Indah buaian di dahan sena
Tempat bermain si anak kera
Legalah sudah hati Teruna
Pinangan diterima keluarga si Dara"
"Datang berkunjung ke negeri Kedah
Singgah bersarapan di R&R Rawang
Hajat dijunjung di terima sudah
Legalah hati yang dibawa pulang"

Semoga permulaan yang tulus akan sentiasa diiringi dengan kebaikan yang seperti yang diharapkan... aamiin..... 

*210614*

2 comments:

  1. Alhamdulillah..semua selesai seperti yang diimpikan..mesti ceria si teruna dan dara ya..

    ReplyDelete