Total Pageviews

Wednesday 18 June 2014

D'Arab Cafe

Di kala menemani Mr Bos yang terpaksa bertugas di suatu hari minggu....

Mencuba-cuba salah satu 'A Taste Of Middle Estern Cuisine' yang terletak di bandaraya Shah Alam. Lokasinya mudah di lot 9 & 10, ground floor, Giant Supermarket, Jln Plumbun, T7/T, Seksyen 7, 50000, Shah Alam. 

Sumber : Mr Google
Antara menu yang disediakan. Cuma tak pasti masih diguna pakai atau mungkin telah dikemaskini. 
Pilihan 1, set nasi aukdah with lamb rm 17. Manakala minuman sirap juga tea samada sejuk atau panas boleh dibeli dengan harga rm2 dan boleh di top up semahu kita. 
Pilihan 2, set roti kebab ni berharga rm 13.90 (jika aku tak silap). 
Menyusun lauk dan saladnya sebelum dimakan.
Dari segi rasanya boleh diterima tekak.

Terlalu banyak portionnya setiap satu set bagi aku. Boleh di share untuk dimakan 2 orang. Namun kerana dah tergaul semua, berjihadlah untuk habiskan semua tu. 
Ermmm... masih berangan nak mencuba salah satu menu yang melekat di hati (menu yang menyebabkan aku merindui di sana) namun disebabkan pada hari itu berkebetulan tiada disediakan. InsyaAllah....

*010214*

No comments:

Post a Comment