Total Pageviews

Thursday 7 February 2013

On Our Anniversary Day

Sambutan untuk kesekian tahunnya. Anniversary keberapa...? Not important :-).....Tahun-tahun yang begitu pantas berlalu. Kenapa rasa pantas...? Banyak jawapan yang boleh diberikan. Samada banyak urusan yang belum selesai, atau terlalu banyak benda yang dirancangkan dan belum habis terlaksana, atau terlalu buntu dalam kepala sehingga tak sedar masa yang berlalu, atau kita berada dalam keadaan yang menyenangkan serta seronok dengan kehidupan yang diharungi sehingga rasa baru semalam peristiwa itu kita mulakan. Mana satu jawapan yang betul...?
Sama juga dengan keadaan aku ni, aku yakin jawapan aku adalah yang terakhir sekali tu.

Bila teringat balik, tahun lepas tarikh dan masa ni aku berada kat Malaysia kerana menemani hubby yang membuat data collection. Masih baru rasanya. Tetapi masa tu tengah sibuk packing nak kembali semula ke Adelaide melalui Perth. Tiada pun dinner khusus yang aku sediakan kerana kesuntukan dan ketidaksesuaian masa waktu tu. 

Untuk tahun ini, hubby lagi busy, tak terkira. Tapi dapatlah pulang awal sikit, sekurang-kurangnya untuk hari penting kami ni. Aku kenala masak beria sikit kan. Baru la ada beza sikit antara hari ni dengan hari-hari lain. Kali ini aku pilih tema 'crowded warna-warni kecerian dan bunga-bungaan'. Moga hidup kami juga sentiasa dipenuhi dengan warna-warni keceriaan juga kan... insyaAllah.... Kerana kat sini ada keistimewaan lamb bagi aku, aku rasa nak grill je lamb tu dan dimakan dengan nasi beriani ayam.
Dalam proses atas dapur....

Hidangan dan persiapan tempat.... betul tak tema aku; 'crowded dan colourful'.....
Simple dish that we have dan jom jemput dinner.........

Pengalaman demi pengalaman yang banyak membawa kenangan kepada semua.

So.... what we've got on our anniversary for this year.......
  
Kebendaan hanya tanda ingatan yang zahir, melambangkan penghargaan dan rasa hati. Yang terlalu bernilai adalah kasih sayang dan ihsan yang lahir dari ketulusan hati yang ikhlas dan dari jiwa yang suci.

Moga Allah sentiasa merahmati kita..... Amiiin.....
Posted by Picasa

2 comments: