Mengimbas kenangan :-
Moonta Bay dengan sebutan Aussie 'Moonta Bai' bunyinya seumpama nama orang berbangsa singh. Moonta Bay terletak kira-kira 170 km dari Adelaide dan perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam atau lebih.
Percutian 2 hari satu malam yang dirancang tergesa-gesa tanpa mengira bilangan ahli. Seramai 6 family yang join. Seperti selalu juga bila berombongan yang tidak formal, plan akan sampai ke tempat penginapan dalam jam 10.00 pagi tetapi problem ada geng kita yang terlambat bangun... hihihi... pukul 10.00 pun masih belum bertolak menyebabkan sampai ke tempat tujuan lebih jam 2.00 petang.
Aku masih ingat masa tu adalah summer pertama yang aku lalui. Malah pada hari kami bercuti itu, suhu adalah melebihi 41. Aduuuh...bayangkan tahap kekeringan dan kepanasan udara masa tu.
Namun kerana telah sampai ke satu-satu tempat yang tidak selalu kita kunjungi, apa salahnya berjuang melawan udara yang panas masa tu untuk keluar berjalan-jalan ke area berdekatan. Hanya bandar kecil yang kurang sibuk.
Petangnya, kami ke pantai, plan seperti biasa, ada yang memancing, ada yang crabbing dan yang perempuan semuanya mandi pantai kecuali Puan Zara saja kerana dia wanita pregnant.
Selepas mandi pantai...
Salah satu sand crab
Antara hasil tangkapan malam tadi. Ada yang sepanjang malam memancing dan crabbing. Kuat betul semangat dia orang. Ikan dibahagi-bahagikan antara untuk dimasak dan yang akan dibawa pulang.
Menu sarapan pagi....
Antara chef hebat....
Dua orang yang tengah ambil makanan tu adalah tukang pancing utama.
Di hadapan penginapan....
Perjalanan balik.....
Ladang apakah ini...?
Sekian.....
No comments:
Post a Comment