Mengimbas kenangan :-
Rombongan pertama yang aku join..... ke satu tempat yang memang sesuai untuk percutian, Aldinga Beach. Dirancang oleh beberapa sahabat yang berbakat dalam merancang satu-satu percutian.
Aldinga beach terletak kira-kira dalam 50 km dari Adelaide. Perjalanan mengambil masa dalam 50 minit atau munkin lebih dari satu jam, jika pandu slow-slow atau banyak henti-henti lah.
Ini perkara lumrah dan biasa, bila berombongan yang tidak formal, ada yang menepati masa dan ada juga yang memang suka melewat-lewatkan diri. Berkumpul dulu di rumah Kak Aishah. Makan-makan dulu sekali pun aku dah sedia bersarapan di rumah. Makan dulu pizza sedap yang dibakar oleh Mathithah.
Perjalanan....
Rombongan disertai oleh 7 keluarga.
Excited sangat bila pertama kali dapat tengok lavender masa tu.... memang aku budak daghat...
Petama kali juga aku dapat melihat ladang anggur yang luas masa tu...
Dihadapan tempat penginapan kami untuk dua malam....
Petang tu sudi Kak Roslina bawa aku dan Syitah jalan-jalan ke pantai... Aktiviti bebas lain, ada yang main snocker, ada yang memancing dan ada yang standby untuk mengambil gambar sunset.
Sepanjang jalan-jalan, Aiman tak pernah diam dari menyanyikan lagu kegemarannya, 'twinkle2 little star'..... :-) menghiburkan kami semua...
Kak Roslina Zakaria
Pepagi esoknya sudi lagi Kak Ros dan Abang Zul membawa kami ke garage sale dan ke lain pantai...
Bila beramai-ramai mandi kolam dengan air yang bersuhu bawah 17 darjah. Tak kisah menggigil.
Menggigil sambil menyuap bebudak makan maggie panas yang Kak Aishah masak...
Dalam rumah penginapan, dua tingkat.
On the way balik....
Selamat tinggal kenangan..... pertama kali dan mungkin terakhir datang sini... tiada lagi rombongan ke sini selepas itu...
No comments:
Post a Comment